ni aku petik dari laman sesawang um today..dibawah ni salinan penuh dari um today
Jan 18, Universiti Malaya : Berikutan pendedahan Ahad lalu (Klik) tentang spekulasi pentadbiran akan mengenakan caj perkhidmatan sebanyak RM 0.50 terhadap penggunaan bas UM di kampus, UMtoday hari ini menerima pengesahan tentang perkaran itu.
Menurut seorang pemandu bas UM yang enggan namanya disiarkan, beliau memang akui terhadap berita spekulasi itu.
“Saya tidak nafikan akan hal itu (caj perkhidmatan). Perkara ini memang ada dibangkitkan pengurusan bas di kampus dan kemungkinan akan dilaksanakan.”
“Cumanya saya tidak pasti adakah ia akan dikuatkuasakan serta-merta atau pun sekadar di peringkat cadangan.”
“Tetapi, perkara ini muncul akibat pendedahan beberapa mahasiswa yang kecewa dengan perkhidmatan (bas) yang diberikan dan caj ini dikenakan bagi memastikan perkhidmatan diberikan selepas itu akan bertambah baik.”, jelasnya lagi.
Pengesahan itu diterima melalui temu bual yang dibuat seorang mahasiswa UM dan dikirimkan kepada e-mail UMtoday (umtoday10@gmail.com).
UMtoday sebelum ini mendedahkan satu berita mengenai cadangan di peringkat pengurusan bas UM untuk mengenakan caj perkhidmatan sebanyak RM 0.50 kepada seluruh mahasiswa/wi di kampus dan juga luar kampus apabila setiap kali ingin menaiki bas Universiti Malaya. – UMtoday.
KOMENTAR PERIBADI AKU
pada mulannya aku diminta seseorang untuk main isu ini..tapi sebelum aku permainkan perasaan orang..aku nak bagi dulu sebijik dua ayat..hahaha
kenapa perlu naikkan 50 sen? aku lebih memilih untuk naikkan RM1.00..kerana UM KEHABISAN DUIT!!! KERAJAAN HAMPIR MUFLIS!!! DUIT YANG DIBERI HARUS DIKUTIP BALIK!!!
maka, dana untuk universiti ditarik..tiada peruntukan untuk biasiswa..biasiswa masuk lambat…hahaha…jadi kutip la duit banyak lagi…
pada aku, ini adalah cara paling halal untuk pentadbiran universiti “paw” duit pelajar..macam2 cara hantu ni nak “paw”..antaranya dikenakan caj yuran yang tiba-tiba pada akaun semasa cuti semester sebelum pendaftaran subjek..jadi, ura-ura ini aku langsung x pelik..
tapi, jangan pelik kalau ada sesuatu yang lebih pelik nanti..aku dah dapat hidu benda pelik tu…jangan marah-marahkan pentadbiran universiti kalau benda pelik tu berlaku..just watch out!!!
kalau benda tu berlaku jugak..salahkan diri sendiri kerana x humbankan HEP kedalam bakul sampah..kerana matlamat aku..aku nak hapuskan HEP..universiti milik mahasiswa..HEP sepatutnya dimiliki oleh mahasiswa..universiti adalah kerajaan mahasiswa yang di perintah mahasiswa mengikut acuan mahasiswa..