Wednesday, November 24, 2010

NYAWA ARWAH BUKAN MAINAN

Memetik berita dari malaysiakini :

image

Seorang saksi dalam perbicaraan kes pembunuhan Aminulrasyid Hamzah hari ini mengakui bahawa beliau bertindak cuai dalam penyiasatannya.

Cif Insp Mazli Jusoh mengakui demikian ketika ditanya peguam Salim Bashir dalam perbicaraan hari ini.

Katanya, beliau telahpun mengetahui bahawa kes tersebut melibatkan tembakan senjata api ketika tiba di lokasi jenayah di Seksyen 11, Shah Alam.

Ketika ditanya, Mazli mengakui bahawa beliau tidak menemuramah anggota polis yang berada di tempat kejadian.


Ditanya lanjut, beliau juga bersetuju bahawa kenderaan polis yang mengejar mangsa merupakan bahan bukti sekunder dalam penyiasatannya.


Dalam jawapannya, Mazli berkata beliau pada masa itu telahpun mengetahui bahawa sebanyak tiga buah kereta peronda terlibat mengejar mangsa.

Mazli juga mengakui tidak bertindak merampas apa-apa senjata api yang digunakan oleh anggota polis berkenaan, mahupun pakaian mereka untuk mengesan individu yang bertanggunjawab melepaskan tembakan.

komentar : kah3..ini satu lagi lawak sedih…bergelak ketawa dalam tangisan sayu..ko igt nyawa Arwah tu mcm nyawa katak ke? main pijak2 sampai mati atas jalan..lepas tu biar kering..hahaha

kalau kucing aku mati skali pun..aku akan pergi siasat kenapa kucing aku mati..mungkin ada orang yang bunuh kucing aku..atau kucing aku sakit..atau kucing aku bunuh diri..kah3…

seriusly..ini satu lawak bodoh dan bangang..sengaja buat-buat cuai n x ambil bukti serta keterangan dengan tepat..bodoh tol..kalau aku jadi PM…dah lama aku pecat polis/forensik/penyiasat camni..xde bakat langsung..hahaha…baik ko pegi siasat kenapa katak mati banyak sangat atas jalan…kah3…

SEMOGA ROH ARWAH DICUCURI RAHMAT

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...