Sunday, January 23, 2011

DEMOKRASI BERKUBUR, MAHASISWA MANDUL

imagemalam ini bulan menyaksikan segelintir mahasiswa UM, berhimpun di API untuk menghadiri forum yang bakal dijalankan..pilunya, forum tersebut telah dihalang oleh pihak keselamatan universiti atas arahan TNC HEPA..

ahh…segalanya bisa diatur..mulut manis lidah bercabang..macam musang membaham ayam..TNC HEPA,Professor Dr. Rohana Binti Yusof hari ini bergelar biawak..sah! ini bukan mainan..aku menagih janji mu di ROAD SHOW KK1..kau pernah bilang pada ku untuk menggalakkan mahasiswa bersuara..tetapi mengapa forum membincangkan halatuju MPMUM disekat??

 

cukup la bersandiwara bermadah kata, hari ini kita menjadi saksi bahawa idealisme mahasiswa telah disekat..perjuangan aktivisma mahasiswa dicabuli sesuka hati oleh tangan-tangan pengusa jijik..kenapa mahasiswa perlu disekat untuk membincangkan masalah mahasiswa? kenapa kita perlu dihalang untuk membela nasib mahasiswa? kenapa pihak pentadbiran menghalang forum mahasiswa?

image

notis amaran yang dikeluarkan oleh pihak tidak bertanggungjawab universiti untuk menghalang mahasiswa hadir ke forum tersebut

kerana mereka takut jika mahasiswa menentukan nasib mahahasiswa melalui mahasiswa…mereka sajalah yang betul..

nampaknya demokrasi dikampus semakin dalam terkubur..malah lebih teruk lagi..dilumurkan najis pada pusara demorkasi oleh pihak pentadbiran universiti..mahasiswa sudah ketandusan platform untuk membincangkan masalah mahasiswa..kalau forum sebegini pun dihalang..apatah lagi forum yang lebih terbuka melibatkan sosial, politik dan ekonomi malaysia? itu belum lagi bercakap soal agenda kerajaan pada rakyatnya..

universiti sekarang sudah hilang cahaya keilmuannya..universiti hanyalah sebagai tempat bertapa staf dan kakitangan akademik untuk menebalkan ke”iman”an masing-masing..sepatutnya, universiti adalah tempat untuk membahaskan segala macam perkara dari sedalam seluar dalam hingga ke langit terbuka..sekarang mahasiswa telah hilang ideanya dan pemahamannya tentang peranan universiti disebabkan oleh AUKU..

oleh itu, bersama-sama kita bersedia untuk koyakkan mata, lukakan telinga darahkan hati..dengar dan hayati kebenaran ini..

hari-hari esok adalah milik kita..kita yang menciptakan sebuah masyarakat yang sejahtera..kita yang akan membentuk tata masyarakat..ke arah demokrasi kampus yang baru yang lebih telus..marilah kawan, mari kita khabarkan..ditangan kita tergengam arah bangsa..marilah kawan bersama kita raikan kebebasan demokrasi kampus..

Diskusi Dihalang !!! Mahasiswa Berkumpul Di hadapan API

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...