Tuesday, February 15, 2011

KEMPEN TOLAK CADANGAN Ghauth Jasmon(NC UM) MENGENAI BAHASA INGGERIS

Salam perpaduan dan salam malaysia..bukan salam 1MALAYSIA..harap faham dan memahami..

malam ini, aku terpanggil untuk berkongsi mengenai cadangan dan gesaan Ghauth Jasmon, Naib Chanselor Universiti Malaya (UM) untuk memperkasakan bahasa inggeris melalui komunikasi harian dan dalam pembelajaran..

pada malam ini..aku dengan secara terbuka menenteng keras cadangan tersebut dan menganggapnya sebagai satu penghinaan kepada bahasa melayu khususnya..alasannya?

pertama, jika kita melihat penggunaan bahasa inggeris diperingkat universiti dan alam kerjaya yang hebat semata-mata..sememangnya ada betul kita wajib menggunakan bahasa inggeris..tetapi adakah kita perlu menggunakan bahasa inggeris dalam komunikasi dan pembelajaran setiap masa?

jika kita terlalu mengagungkan bahasa inggeris, kita akan kerugian satu keratan kek yang agak besar..kenapa? jika hanya bahasa inggeris sahaja digunakan sebagai medium utama untuk menyampaikan ilmu, maka nilai keilmuan dalam bahasa melayu akan jatuh dengan teruk..maka, bahasa melayu hanya menjadi bahasa pasar yang tidak mempunyai nilai keintelektualan.

apa yang lebih parah,kesannya kita akan dapat lihat selepas 10 tahun keatas..akan wujud 2 golongan yang besar..iaitu golongan elit yang menggunakan bahasa inggeris dan golongan miskin yang menggunakan bahasa melayu..apa yang dikesali, jika rakyat tidak mampu berkomunikasi dalam bahasa inggeris akan diketepikan untuk mendapat pekerjaan yang baik di peringkat awam dan swasta..dan, mereka yang tidak mampu berkomunikasi dalam bahasa inggeris ini ialah mereka yang kurang berpendidikan dan MISKIN..adakah kita mahukan rakyat yang miskin terus ditindas?

apa yang lebih teruk, tidak semua pelajar sekolah berjaya menempatkan diri di peringkat pengajian tinggi dan masih ramai pelajar yang tidak lulus dalam bahasa inggeris pada peperiksaan awam setiap tahun..maka, sudah pastilah mereka ini akan mewarisi kemiskinan yang sedia ada..yang lebih miskin akan terus di papa kedana kan..

kesimpulan mudah, corak pentadbiran british dahulu yang hanya memberi peluang kepada mereka yang mahir dalam bahasa inggeris untuk melanjutkan pelajaran di peringkat tertinggi dan menjawat jawatan penting terus berlaku..APA GUNANYA KITA MERDEKA?

jika diteliti sejarah..adakah masyarakat melayu melaka menggunakan bahasa inggeris untuk maju dalam perdagangan? adakah baghdad yang terkenal dengan institusi keilmuan baitul hikmah pada masa dahulu menggunakan bahasa yunani untuk mematangkan keilmuan mereka? sama-sama kita berfikir..aku xnk bagi jawapan..biar anda mencarinya..

kesudahannya..aku menentang keras cadangan Ghauth Jasmon, Naib Chanselor Universiti Malaya (UM)..alasan aku yang lain akan menyusul di lain kali…

6 comments:

  1. tersangatlah baik untuk ditolak pemikiran NC itu...

    ReplyDelete
  2. harusnya di tolak....bm adalah bahasa rasmi negara

    ReplyDelete
  3. BIADAP DAN KHIANAT hingga sanggup menidakkan hak dan maruah BAHASA MELAYU sendiri.

    ReplyDelete
  4. photo4editor.blogspot.com

    huhunk skong yg mner 1 ni ea jd pngadil aci x ??? haha grau je

    ReplyDelete
  5. kalau takut jadi miskin, belajarlah bahasa inggeris..

    it's happening now.. orang yang tak tahu bahasa inggeris akan ditolak bekerja di syarikat multinational besar..

    kalau orang melayu nak terus ketinggalan dan jadi miskin seperti yang awak tulis.. terus lah dalam mimpi bahasa melayu..

    Bahasa Melayu jadi bahasa pasar apa salahnya? sekarang pun buku ilmiah melayu pinjam bahasa inggeris.. budget jadi bajet.. apa cerita tue..?? apa bahasa intelektualnya???

    terimalah hakikatnya sekarang.. face the reality..

    jgn asyik berjuang pasal bahasa Melayu, sampai ketinggalan jauh..

    kalau lee kuan yew boleh korbankan bahasa cina, kenapa tak orang Melayu demi kemajuan bangsa sendiri??

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...