Friday, September 3, 2010

PROSES PEMBODOHAN MAHASISWA

Apakah kebebasan mahasiswa di Malaysia? dimanakah had nya? adakah berdemonstrasi secara aman itu salah bagi mahasiswa?

Itulah persoalan yang sering timbul apabila mahasiswa sudah celik tentang politik-sosio-ekonomi dan cuba untuk mengubah landskap pemerintahan di Malaysia. Jika suatu masa dahulu mahasiswa begitu lantang bersuara untuk mempertahankan hak mereka, dan mereka tidak pernah jemu untuk membela nasib rakyat, adakah mahasiswa sekarang sudah hilang semangat itu? kalau dahulu mahasiswa berani untuk berdemonstrasi di jalanan sehingga ditangkap dibawah ISA, adakah mahasiswa sekarang penakut? Tepuk dada tanya selera...dengan penguatkuasaan AUKU 1971 sudah jelas menunjukkan bahawa pemerintah zalim mahu menakutkan mahasiswa untuk bersuara..umum mengetahui bahawa mahasiswa pada zaman tersebut mampu menggugat pemerintahan mereka jika suara dan tindakan mereka tidak dihapuskan..mahasiswa sentiasa mambawa suara rakyat bawahan untuk didengar dan dibahaskan..mahasiswa mampu menjana idea-idea untuk menyelesaikan masalah rakyat..Namun pemerintah zalim ingin mengekalkan kuasa mereka..oleh itu PROJEK PEMBODOHAN MAHASISWA harus dijalankan, supaya mahasiswa tidak mampu berfikir diluar kotak..

Pelbagai projek pembodohan yang dilakukan seperti mengharamkan sudut pidato, menghalang public lecture yang tidak diiktiraf oleh universiti, menghalang mahasiswa berpolitik dan bepersatuan serta menghalalkan mahasiswa ditahan dibawah ISA. ini semua dikuatkuasakan untuk menghalang mahasiswa sedar mengenai kelemahan pemerintahan mereka..mereka juga mahu mahasiswa tunduk pada kemahuan mereka untuk kepentingan politik sempit mereka sendiri..

Adakah pendidikan di UNIVERSITI adalah pendidikan menindas seperti pendidikan semasa Tanah Melayu dijajah atau pendidikan untuk mengembangkan demokrasi di MALAYSIA..??

p/s : wait..thats will be discuss upnext..

Wednesday, September 1, 2010

PEMBUKA BICARA

Assalamualaikum,
hari ini bermula penulisan blog baru aku walaupun sebelum ini aku sudah mempunyai blog..blog ini agak berbeza dengan blog sebelumnya sebab blog dahulu banyak mengisahkan tentang kehidupan aku..namun blog ini aku. berdasarkan pandangan aku terhadap sosio-politik-ekonomi malaysia dan tidak lupa juga tentang dasar, akta atau sebarang keputusan yang telah dibuat kerajaan.aku harap blog ini dapat membuka pemikiran pembaca sekalian..terima kasih atas kesudian anda membaca blog ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...