Thursday, October 21, 2010

DEMOKRASI DALAM PENDIDIKAN

Demokrasi dalam pendidikan..apa itu demokrasi sebenarnya? jom tanya lebai google..

aku tanya pakcik wikipedia..dia cakap demokrasi tuuuuuuuu....

Demokrasi ialah suatu bentuk kerajaan di mana kuasa menggubal undang-undang dan struktur kerajaan adalah ditentukan oleh rakyat. Dalam sistem demokrasi, undang-undang digubal sama ada oleh rakyat atau wakil yang dipilih oleh rakyat. Sebuah negara atau kerajaan yang mengamalkan sistem demokrasi adalah dipanggil negara atau kerajaaan yang demokratik.

pendidikan lak??

Pendidikan merangkumi proses pengajaran dan pembelajaran kepakaran khusus, dan juga sesuatu yang tidak dapat dilihat tetapi lebih mendalam: pemberian pengetahuan, pertimbangan dan kebijaksanaan. Salah satu asas matlamat pendidikan adalah untuk mengajar kebudayaan melangkaui generasi.

tulisan jawi telah dihalau dari sekolah kebangsaan menghilangkan jati diri melayu

jadi disini aku buat kesimpulan sendiri bahawa Demokrasi Dalam Pendidikan ialah kebebasan rakyat untuk memilih mana-mana pengetahuan atau kebijaksanaan untuk dipelajari dimana-mana tempat..tapi untuk menjayakan konsep ini, kerajaan perlu membuka seluas-luasnya ruang untuk ibubapa dan pelajar memilih tempat belajar..kerajaan perlu menyediakan platform-platform untuk semua jenis pendidikan tumbuh di malaysia..

kalau dahulu, penswastaan sekolah amatlah ditentang oleh kebanyakan rakyat malaysia..namun, ia telah menjadi satu permintaan yang agak baik setelah diperkenalkan pelbagai pihak..ini kerana, ibu bapa boleh memilih untuk menghantar anak-anak mereka belajar, samada di sekolah kerajaan mahupun swasta berdasarkan kepada kemampuan dan kehendak masing-masing..namun kita harus ingat bahawa penswastaan sekolah kerajaan akan meningkatkan jurang pendidikan antara masyarakat, kerana hanya golongan yang berkemampuan sahaja mampu menghantarkan anak mereka ke sekolah..pada aku, sekolah kerajaan masih perlu ditambah dan berjalan seperti biasa disamping adanya sekolah swasta supaya hak kebebasan ibubapa memilih untuk menghantar anak mereka belajar wujud..

malah dengan adanya pendemokrasian pendidikan juga sekolah jenis kebangsaan masih wujud di negara kita dan ia adalah sesuatu yang positif..semasa persidangan UMNO baru-baru ini, ada pihak mencadangkan agar sekolah satu aliran sahaja bagi memupuk perpaduan antara kaum di malaysia..tapi,kita harus sedar bahawa ibubapa akan mempunyai pilihan yang terhad untuk menghantar anak mereka belajar..mereka juga fikirkan tentang budaya dan tulisan mereka akan hilang..pada mulanya mungkin sekolah satu aliran nampak berjaya pada pandangan mata kasar..namun ibubapa dan anak muda mungkin akan mendendam perasaan mereka dan apabila tiba masanya akhirnya ikatan perpaduan akan terurai kerana timbulnya perasaan tidak puas hati secara senyap..
sekolah agama rakyat

negara kita amat memerlukan pendemokrasian dalam pendidikan supaya kita dapat memaksimumkan ilmu yang sedia ada untuk dikongsi bersama..contoh yang paling mudah ialah Sekolah Agama Rakyat (SAR)..SAR ditubuhkan dan berjalan menggunakan kewangan daripada derma rakyat dan bantuan pihak yang prihatin malah tidak mendapat sokongan kerajaan sepenuhnya..stigma sesetengah masyarakat dan kerajaan mendakwa bahawa sekolah agama rakyat perlu berjalan sendiri dan tidak memerlukan bantuan kerajaan adalah SALAH di dalam sebuah negara demokrasi dan mengamalkan pendemokrasian dalam pendidikan..

ya, aku x nafikan bahawa kerajaan telah banyak memperuntukkan dana untuk memajukan sekolah dan sistem pelajaran di sekolah kebangsaan dan jenis kebangsaan..namun, dalam sebuah negara demokrasi, SAR tidak boleh dibiarkan kerana hak rakyat untuk memilih corak pendidikan tersendiri..malah sistem pendidikan di SAR juga mempunyai matlamat yang sama dengan sekolah kebangsaan..semuanya untuk menuju kesempurnaan dalam hidup dan membangunkan masyarakat berilmu..sepatutnya kerajaan wajib membantu SAR supaya pilihan ibubapa tidak terhad..
rosaknya pemikiran pelajar sekolah

malah, ada ibubapa yang sanggup menghantar anak mereka ke sekolah SAR kerana mereka ragu-ragu untuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah kebangsaan..pelbagai masalah agama dan sosial yang telah melanda di sekoalah kebangsaan merunsingkan lagi ibubapa untuk menghantar anak mereka ke sekolah kebangsaan...

oleh itu, kerajaan perlu menyediakan platform untuk berlaku proses pendemokrasian dalam pendidikan supaya ibubapa tidak terhad untuk menghantar anak mereka ke sekolah..selain itu, kita juga dapat memaksimakan ilmu pengetahuan masyarakat dengan adanya sekolah pelbagai aliran..malah, ibu bapa dapat mencorakkan pemikiran anak-anak mereka mengikut acuan yang dikehendaki...



p/s : ada lagi yang akan aku tulis..ini baru demokrasi dalam pemilihan sekolah..lps ni aku akan tulis pendemokrasian dalam ilmu pengetahuan.....

2 comments:

  1. SAR bkn ke dpt peruntukn ek dlm bajet 2011?

    ReplyDelete
  2. yup..SAR dapat peruntukan..aku x ckp yg kerajaan lnsng x support dana..kerajaan ada bg dana..tp adakah cukup?
    sedangkan sekolah kebangsaan mendapat bangunan 3 tingkat baru dengan makmal komputer yang lengkap..
    tp berapa banyah SAR dapat bangunan baru 3 tingkat? berapa buah komputer yg SAR dpt??

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...