Thursday, November 11, 2010

INSPIRA : MALAYSIA BOLEH TIRU.


SALAM 1 DUNIA...hehehe..sebab aku ni adalah aku dan atok (peTUA KITA semua)..kalau sesipa lom penah tengok atok..boleh la ke ruangan tersebut dengan mengklik pada gambar di atas, bahagian tepi kanan anda..buat pembaca blog atok..ini adalah ruangan serius..buka tempat nak bergelak ketawa macam kat blog atok...kat sini senyu sipu2 je kalau lawak sekali pun..(pesanan dari ruangan atok)

hari ini sudah lebih 27 tahun usia PROTON..yang mula dirasmikan pembukaannya pada 7 MEI 1983..di sini aku bukan ingin mempersoalkan mengenai hebatnya INSPIRA..tapi apa yang x sepatutnya berlaku dalam dunia otomotif negara..pada aku, jika seorang manusia sudah berusia 27 tahun graduasi ijazah atau diploma universiti,dia sudah mampu menghasilkan assigment dan thesis tanpa COPY N PASTE segala ayat dan hanya menukar kulit bukunya sahaja..aku rasa kalau pelajar sekolah nak buat macam tu pun,ada rasa malu nak tunjuk pada kawan dan guru..apatah lagi pada masyarakat sekitar..

ini yang berlaku sebenarnya..bermula dengan proton saga keluaran pertama negara..hampir keseluruhan bahagian enjin dan struktur badan mengguna pakai produk mitshubitsi..ok..xpe...sebab masih baru belajar masuk tadika...saya pun dulu belajar menulis, mama saya yang pegang tangan..sama seperti proton ketika itu..mitshubitsi yang mengajar kita hampir keseluruhannya..mungkin tidak dalam pengurusan yang dikawal selia oleh kerajaan..

masuk sekolah rendah..pelbagai variasi kereta keluaran negara yang kita dapat lihat, proton satria,wira,n bla2....bayak jugak la...dan yang terbaru ialah inspira..namun, kereta yang paling laku pada zaman masing2 ialah proton wira..aku xtaw la mana hebat proton wira tu...tp apa yang aku tahu,kereta wira lebih elok dari kereta waja dan gen-2..kenapa kereta model lama lebih elok??

pertama..ada terbaca surat khabar? yang menceritakan bahawa proton mahu menarik balik model waja dan gen-2 keluaran 2004-2008..mengapa tidak pada wira? apa masalahnya? CLOCK SPRING..mengikut proton..jika clock spring rosak boleh menyebabkan air bag keluar dengan tiba-tiba sterusnya mengakibatkan kemalangan kerana panik pemandu..bahaya jugak..hehehe..mengapa kereta proton saga dan wira keluaran terdahulu tidak ditarik balik? tiada masalah besar ke? aku rasa sebab kereta itu semamangnya diimpot sepenuhnya dari jepun tetapi menggunakan "kulit buku" yang berbeza..itu hakikatnya..

mengenai prestasi enjin..aku akui bahawa kejuruteraan enjin proton semakin baik..bertambah pula model2 enjin yang baru dan yang terbaik dari proton,...proton sudah mampu hasilkan enjin sendiri iaitu cam-pro..pada aku ini adalah perkembangan yang amat menarik,namun perkembangan ini amat lah lembab..mengapa sepanjang 20 tahun proton ditubuhkan, tidak di peruntukkan satu dana khas untuk cendiakawan-cendiakawan universiti meningkatkan ilmu kejuruteraan enjin? adakah hanya univeriti malaya sahaja mempunyai bengkel proton? mengapa tidak diperkasakan ke seluruh negara?

adakah kerana kosnya mahal? kalau begitu..mansuhkan projek tenaga nuklear dan bangunan 100 tingkat..aku cadangkan kerajaan tubuh satu sekolah baru iaitu "sekolah kejuruteraan enjin"..disini semua rakyat,sama ada yang berijazah atau baru habis sekolah hatta mat rempit sekalipun bersama-sama duduk berbincang mengenai kejuruteraan enjin..semuanya tentang enjin..

itu yang dilakukan oleh pengeluar-pengeluar kereta besar dunia..mengumpulkan sebanyak mungkin otak2 manusia dan bersama-sama mencurahkan idea untuk membangunkan enjin..jangan terlalu mudah menghukum mat rempit kerana mereka tidak masuk universiti..kerana mereka juga memiliki fikrah pemikiran yang lebih baik baik dalam bidang penambahbaikkan enjin.."graduated student" jangan terlalu angkuh....berani??

adakah kita hanya terus mampu manjadi negara pengguna? itu persoalan yang agak merumitkan dalam proton..sepanjang usia proton 27 tahun..adakah anda masih memerlukan "tangan" mitshubitsi untuk membantu anda melukis model proton dan ilmu kejuruteraan kereta? atau...adakah "tangan" proton sudah putus hingga terpaksa menggunakan model lancer untuk melariskan jualan? kalau begini keadaannya..sampai kiamat, kita tidak mampu menjadi negara pengeluar..

adakah kita tidak sedar semenjak zaman dahulu lagi kita dieksploitasi? kita menjual minyak sawit kepada negara eropah, dan kita membeli produk yang dihasikan dari minyak sawit dari negara eropah..kita diibaratkan seperti pesawah..pesawah menanam padi..namun membeli beras dari kedai..secara logiknya petani sudah mempunyai bekalan beras melebihi kerana mempunyai sawah..namun begitu hakikatnya..kita malas untuk mamajukan diri sendiri..padahal suatu masa dahulu pesawah dan petani hanya menumbuk padi menggunakan sejenis alat untuk mengeluarkan beras dari sekamnya..

sepanjang madey melaungkan slogan malaysia boleh..apa yang boleh sebenarnya? adakah MALAYSIA BOLEH MENIRU?? sama-sama kita bincangkan di ruangan komen dibawah...


p/s : naka baca lagi tentang INSPIRA? klik di sini

4 comments:

  1. Salam,
    saya dah lama dan dah buat komen pun pasal ni dalam blog dan beberapa blog automotif. Saya sebenarnya ada perkara dalam tulisan di atas saya sokong, ada yang tak berapa.

    Saya sebagai seorang bekas penyelidik dalam bidang trafik dan pengangkutan, saya melihat trend proton rebadge balik lancer ke inspira sesuatu yang normal, malah ia terjadi juga pada kereta2 lain buatan eropah dan jepun, so saya ok je mengenai hal ini.

    Tambahan lagi, tgk saja kereta wira yang ada, elok dah keluar wira - p tukar gak jadi lancer, mekap beria-ria abiskan duit untuk sesuatu yang tak perlu, jadi lebih baik dari peringkat pengeluaran dah rupa camtu .. tak yah nak mekap2 lagi.... so ia adalah baik untuk mereka yang sukakan bentuk M, walaupun ia nama Inspira.

    Saya tak salahkan Proton utk tidak bangunkan RND lebih skit, sebab saya tahu, dan saya memang pasti, belanja untuk RND adalah tinggi. Buat masa ini, biarlah RND tertumpu untuk segmen yang sekarang memang dah jadi brand dia - SAGA baru dan juga Persona. So RND patut buat kat core tu sebab lining dalam factory dah buat yang tu - kos tinggi lagi kalau nak tukar lining.

    Saya sependapat ttg bajet kerajaan yang gatai izinkan buat menara billion tapi tak nak melabur dalam pelaburan seperti ini. Saya faham ... kerajaan sekrang ni tak ada duit - itu sbb N pergi oversea, minta pelaburan masuk dan buat pinjaman. Tapi kalau dah ada syarikat korporat yang ada duit nak wat pelaburan, kenapa tidak disalurkan ke sini .. itu yg saya tak setuju.

    Malysia sememangnya boleh, malah MELAYU memang boleh. Kalau kita sering kata tidak boleh dan kata benda negatif ..benda negatif la yang datang. Tuhan pun tak suruh kita dedahkan aib (kalau ada) sebab kata2 kita itu ibarat doa. Lebih baik kita berkata positif dan tutup aib sebab itu yang Tuhan suruh. Apapun, tak salah juga kita menegur, tegur dan beri cara. Tak beri cara, macam mana nak buka jalan ke arah itu.

    Mengenai masalah penarikan balik kenderaan tu ikut masa2 tertentu tu, saya tak hairan. Setiap tahun ada perubahan dan penambah baikan, dan setiap langkah pasti ada yang tersadung. Jadi saya tiada masalah jika proton minta tarik balik tu, ia lebih baik dari dia dok diam2 dari tak buat apa. Cara yang proton lakukan (dan banyak lagi yang buat termasuk Toyota, Puegeout dan Mitsu) tarik balik kereta keluarannya pada tahun tertentu adalah sesuatu yang bertanggungjawab dan patut diberi kredit.

    Terima kasih.

    ReplyDelete
  2. dan satu lagi. utk satu2 model kereta proton memerlukan rm700juta dana utk research. dan kerjasama mitsu dan proton ini mengurangkan hampir separuh dana bagi model inspira ini.

    bygkan, proton menghabiskan 700juta - 1billion dana utk rekaan model setanding lancer, tapi adkah modal dana itu akan segera dikembalikan jika memandangkan tipikal local views yg memandang kereta malaysia tidak berkualiti, dan dgn pengeluaran dana sebanyak itu untuk kreta setanding lancer mungkin harganye mncecah 120K. dan ape kate pengguna malaysia yg inginkan produk setanding lancer dan harga setaraf waja? pkir-pkirkan la. sebab proton juga perlukan modal utk research2 akan datng. tq

    ReplyDelete
  3. aku akan komen lagi sal ni...x perlu research gila babi besar sampai beratus juta

    ReplyDelete
  4. Halo, semua orang, tolong, saya dengan cepat mahu menggunakan media ini untuk berkongsi kesaksian saya tentang bagaimana Tuhan mengarahkan saya kepada pemberi kredit yang benar-benar mengubah hidup saya daripada kemiskinan kepada seorang wanita kaya dan sekarang saya mempunyai kehidupan yang sihat tanpa tekanan dan kesulitan kewangan,

    Selepas berbulan-bulan cuba mendapatkan pinjaman di internet dan saya telah ditipu dari 400 juta, saya menjadi sangat terdesak untuk mendapatkan pinjaman daripada pemberi pinjaman dalam talian yang sah dalam kredit dan tidak akan meningkatkan kesakitan saya, jadi saya memutuskan untuk beralih kepada rakan saya untuk nasihat tentang bagaimana untuk mendapatkan pinjaman dalam talian, kami bercakap mengenainya dan kesimpulannya adalah tentang seorang wanita bernama Puan Maria yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Maria Loan. Syarikat

    Saya memohon untuk pinjaman (900 juta) dengan kadar faedah yang rendah sebanyak 2%, supaya pinjaman yang diluluskan itu mudah tanpa tekanan dan semua persiapan telah dibuat dengan pemindahan kredit, kerana fakta bahawa ia tidak memerlukan cagaran untuk pemindahan daripada pinjaman, saya hanya diberitahu untuk mendapatkan sijil perjanjian lesen mereka untuk memindahkan kredit saya dan dalam masa kurang dari dua jam wang pinjaman telah dimasukkan ke dalam akaun bank saya.

    Saya fikir ia adalah satu jenaka sehingga saya menerima panggilan dari bank saya bahawa akaun saya telah dikreditkan dengan jumlah 900 juta. Saya sangat gembira bahawa akhirnya Tuhan menjawab doa saya dengan memerintahkan pemberi pinjaman saya dengan kredit sebenar saya, yang boleh memberi harapan saya.

    Terima kasih banyak kepada Cik Maria kerana membuat hidup adil untuk saya, jadi saya menasihati sesiapa yang berminat untuk mendapatkan pinjaman untuk menghubungi Puan Maria dengan baik melalui E-mel (mariaalexander818@gmail.com) ATAU Via Whatsapp (+1 651-243 -8090) untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang bagaimana untuk mendapatkan pinjaman anda,

    Jadi, terima kasih banyak kerana mengambil masa anda membaca tentang kejayaan saya dan saya berdoa agar Tuhan akan melakukan kehendak-Nya dalam hidup anda.
    Nama saya adalah kabu layu, anda boleh menghubungi saya untuk rujukan lebih lanjut melalui e-mel saya: (kabulayu18@gmail.com)

    Terima kasih semua.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...