Monday, October 25, 2010

SEJARAH WAJIB LULUS SPM 2013

Hmmm...satu cadangan yang baik? atau tidak? atau sama saja? hehehe

sebelum dan sekarang mana-mana calon SPM hanya perlu lulus BM bukan BN eh..hehehe..untuk mendapatkan sijil SPM..jika subjek sejarah dijadikan subjek wajib lulus, adakah semakin ramai pelajar yang akan gagal mendapat sijil SPM?? maka bertambah lah anak muda yang tidak dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi? adakah itu yang di impikan kementerian pelajaran??

pada hakikatnya, aku sendiri tidak faham dan tidak dapat praktikkan apa yang aku belajar semasa spm...rasanya, macam 1 proses yang memaksa untuk aku menghafal dan mengingat lalu menulis balik ape yang aku ingat semasa peperiksaan..pastu dapat markah byk2..doa minta ngn tuhan supaya berjaya dalam peperiksaan..itu je yang aku tahu...tiada masa untuk aku aku fikir dimana tempat yang sesuai untuk aku praktikkan apa yang dipelajari..

itu yang berlaku pada subjek sejarah sebenarnya..pada, aku soal lulus atau gagal subjek sejarah dalam peperiksaan adalah sesuatu yang agak bias untuk kita bincangkan..sebab kita tidak boleh menilai kecerdikan seseorang pada peperiksaan semata-mata..malah untuk menentukan samada pelajar itu patriotik atau tidak bukannya bergantung pada keputusan subjek sejarah...

apa yang penting disini ialah kita perlu kaji balik falsafah subjek sejarah...subjek sejarah diwujudkan antaranya untuk menanam sifat cinta akan tanah air,memahami ras2,budaya dan sejarah malaysia..adakah matlamat itu tercapai??

sebenarnya kalau matlamat dan falsafah subjek sejarah tu dah tercapai tanpa sejarah menjadi subjek yang wajib diajar di dalam kelas,aku rasa itu adalah sesuatu yang amat menarik..malah aku rasa itu adalah cara yang terbaik untuk menanam rasa patriotik..kalau kita paksa pelajar untuk lulus subjek sejarah, aku x pasti pelajar makin minat dan sayang pada negara kerana mereka makin tertekan untuk belajar dan menduduki peperiksaan..

apa yang penting sekarang ialah cara proses pembelajaran dan pengajaran perlu ditambah baik supaya falsafah subjek sejarah diwujudkan tercapai..bukan soal gred A,B,C,D, dan gagal yang menjadi ukuran, namun kefahaman rakyat tentang sejarah dan semangat patriotik dapat ditingkatkan..jika kita masih pentingkan gred dalam peperiksaan,maka guru dan ibubapa yang akan lebih tertekan kerana mereka terpaksa mengajar murid sehingga pandai dan ibubapa terpaksa menghantar anak2 ke tuisyen..kos sara hidup pun makin meningkat..adakah itu dapat meningkatkan rasa sayang pada negara?? itu harus difikirkan..

p/s : kt universiti pun ade subjek sejarah..huhuhuhu..

2 comments:

  1. masa mula2, aku setuju apabila sejarah nak dijadikan subjek wajib lulus spm.. tp sekarang pas bace artikel ni, aku agak ragu2 jgk.. tp bagi aku la..

    ade kebaikannya jugak jadikan sejarah subjek wajib lulus. cuba tengok anak muda skrg ni.. aku rase lebih banyak yg negatif dari yg positif. dengan rempit, bohsia, pergaulan bebas.. at least bile dorang wajib lulus sejarah, dorang xde la ambik mudah subjek ni.. at least boleh tambah jati diri dorang.. belajar pasal kemerdekaan, patriotisme, tamadun islam.. sume 2 boleh membantu menjadikan mereka insan yang lebih baik..

    mmg ade subjek pendidikan islam n moral n sivik.. tp kebanyakan student ambl mudah subjek ni.. sbb bagi dorang memang mudah nk skor dalam spm.. aku jz harap bile subjek sejarah jadi subjek lwajib lulus, dorang dapat mendalami dan mengaplikasikan ilmu sejarh yg dorang dpt.. sbb sejarah ni bukan soal fakta semata-mata.. aku berharap dgn ilmu sejarah ni, mentaliti pelajar2 ni menjadi lebih baik dan berwawasan..

    kalo nak ckp pasal kewangan, memang sume benda ada harganya. nak berjaya, bayarlah dgn wang n usaha. xyah g tuisyen pon boleh belajar sejarah kot.. rujuk aje buku teks.. cuma mahu atau x mahu saje..

    satu lg, dah tentu penilaian 2 penting utk pastikan sama ada pengajaran yg disampaikan tercapai atau tidak.. untuk lulus, ade 9 gred yg kite boleh pilih.. a+,a,a-,b+,b,c+,c,d, n e..
    usaha yang menentukan kita dapat gred yang mana..

    majulah sejarah untuk negara..;)

    ReplyDelete
  2. salam..boleh tak kalau sy nak amik pendapat tuan pny artikel ni utk melengkapkan assignment sy berkenaan wajib lulus sejarah spm ni?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...