Saturday, November 20, 2010

KEMPEN ORANG RAMAI..

FORUM MENENTANG ISA DI PULAU PINANG

Forum bertajuk - ISA: ALAT POLITIK UNTUK PENINDASAN - pada AHAD 21hb November 2010. Forum ini bermula pada pukul 11.00 pagi hingga 1 petang bertempat di KOMTAR WALK, Pulau Pinang.

Kami menjemput bekas tahanan untuk berkongsi situasi politik ketika mereka ditahan bawah ISA.

Kami menjemput bekas tahanan 60an daripada Barisan Sosialis LIM CHOO LEONG

Kami menjemput ABANG MAT SABU bekas tahanan operasi lalang pada tahun 1987

Kami menjempuit V.GANABATIRU anggota HINDRAF pada 2008.

Kami menjemput Tukar Tiub untuk berkongsi penglibatan diri sendiri dalam era-reformasi pada 1998 hingga ditahan dibawah ISA.

SEBELAH MALAM:

JAM: 7.30 - 10.00

TEMPAT : KOMTAR WALK

ADA APA: Musik band DANNY THE RAPPER - WADUH WADUH dan nyanyian

LAGI ? : Tukar Tiub akan membuat Lawak Berdiri/ Stand Up tentang ISA

Semu warga utarak dijemput mai datang. Program ini diusahakan oleh Suaram Pulau Pinang


Friday, November 19, 2010

DAFTAR PEMILIH WUJUD RASUAH?

Nampaknya, cerita mengenai PRU-13 yang mungkin akan berlangsung dalam tempoh yang terdekat makin terbukti..malah, kalau dilihat percaturan pakatan rakyat, sudah dapat dinilai bahawa mereka sudah memulakan kempen untuk PRU-13..

kalau dilihat pada daftar pemilih yang di jalankan..sudah ada cakap-cakap mengatakan bahawa SPR mempunyai pakatan jahat dengan ATM..iaitu pakatan jahat mengenai undi pos..malah ada seorang guru telah ditukar kepada undi pos..

seorang pengundi terlibat tampil berkata tidak tahu menahu mengenai status pemilihnya yang kini didakwa ditukarkan menjadi pengundi pos.

Guru berumur 29 tahun di Sarawak itu berkata, beliau sebelum ini mengundi sebagai pengundi awam.

"Saya tidak tahu (ditukar status menjadi pengundi pos)," katanya sambil memberitahu mengetahui perkara itu daripada seorang pemimpin PAS.

"Dia yang buat semakan dan beritahu saya sudah hilang kelayakan sebagai pengundi awam," katanya yang merupakan isteri kepada seorang anggota tentera yang bertugas di negeri itu.

ini lah taktik yang cuba dimainkan antara SPR dan ATM untuk mengelakkan rakyat mengundi pakatan..ye ke?hehehe...

malah, telah berlaku penambahan undi pos di pulau pinang iaitu sebanyak 630..namun, SPR masih belum memberi keterangan yang jelas mengenai pertambahan undi pos tersebut..di kedah lain sedikit ceritanya..

Azizan yang juga pesuruhjaya PAS negeri malah menuntut Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) supaya menyiasat SPR berhubung senarai pengundi baru yang dipamerkan baru-baru ini.

Menteri besar itu berkata, seramai 283 orang pemilih baru dikesan didaftarkan Kem Bukit Kayu Hitam.

"Namun setelah disemak, nama terbabit adalah isteri anggota tentera. Peliknya kerana kem itu bukan kuarters keluarga, sebaliknya hanya tempat operasi," katanya yang dipetik dalam laporan tersebut.

Beliau juga menyebut mengenai senarai pemilih di sebuah pengkalan askar wataniah yang juga didapati terdiri daripada isteri anggota tentera.

"Macam mana isteri mereka dibawa ke kem berkenaan kerana itu pengkalan operasi dalam hutan. Tak ada keluarga tinggal di situ," katanya lagi dalam laporan berkenaan.

aish..ada pakatan sulit jugak ke? hehehe..macam si nordin tu cakap? pakatan syaitan..kah3..ini lebih teruk..pakatan bapak segala syaitan dan jin..hahaha..nak bodohkan rakyat lagi ye?

x perlu la main kotor..rakyat dah tahu bahawa undi pos adalah penyelamat kepada BN...cukup la memperguna askar dan polis sebagai talian hayat..tidak cukup dengan askar..isteri-isteri askar pun nak diperguna..

kalau macam ni..x perlu buat pilihanraya..menghabiskan duit je..demokrasi jenis apa? cakap secara senang je la..ini pemerintahan diktator UMNO..kan senang..hahaha..meminjam kata-kata isyam : kalau pilihanraya mampu mengubah sesuatu, sudah lama pilihanraya diharamkan..kah3...

Monday, November 15, 2010

POLITIK KEPARTIAN SATU PENIPUAN

Nampaknya proses pendemokrasian PKR melalui satu ahli, satu undi hanya menjemput jembalang ke dalam parti tersebut..kalau dahulu ada sekelumit manusia yang mengadakan protes semasa pemilihan cabang berjalan, kini calon pula yang menarik diri..apa yang berlaku sebenarnya?

kalau dilihat secara kasar..memang parti ini amat bermasalah sekali disebabkan proses "demokrasi" ini..namun, kita harus sedar, bahawa memang terdapat segelintir manusia yang akan mengambil kesempatan atas proses pemilihan seperti ini, seperti yang berlaku kepada UMNO...politik wang dan salah guna kuasa adalah satu realiti yang x dapat kita lari bila bergelumang dalam parti politik..

kerana kuasa, manusia sanggup buat apa sahaja..kalau semasa pilihanraya, pakatan selalu mendakwa bahawa UMNO dan BN sentisa merasuah pengundi..apa kurangnya dalam proses pemilihan UMNO dan PKR sendiri? walaupun tidak ada pemberian wang secara jelas atau rasuah di dalam PKR, namun pengusaan Anwar didalam PKR berjaya menjejaskan pendemokrasian dalam PKR itu sendiri..

kerana apa? kerana Anwar telah tidak sengaja mempromosikan beberapa ketul calon yang sedang bertanding..apabila Anwar memberikan pandangan sedemikian, maka ia akan mengubah persepsi sesetengah pengundi terhadap calon tersebut.maknanya, Anwar telah menjatuhkan kredibiliti calon yang lain..dan ini amat mengusarkan calon lain..maka keluar la mamat2 PKR yang mengatakan Anwar pilih kasih..Anwar cuba memonopoli pemilihan PKR..Anwar patut berundur..dan mesej ini amat jelas disampaikan oleh ahli PKR sendiri..

ini cukup jelas bahawa dalam mana-mana pemilihan, walhal pilihanraya sekalipun, proses pendemokrasian yang benar2 bersih sukar untuk wujud..rakyat harus faham, bahawa calon yang mempunyai wang dan "kabel" sahaja yang mampu mendominasi undi dalam setiap pemilihan..jika satu calon itu hanya ke masjid dan terlalu tawaduk...maka dia akan kalah dalam pengundian walau ramai orang setuju bawa calon tersebut baik..kerana pengundi tidak hanya melihat kepada amal ibadat sahaja..masih banyak lagi faktor yang mempengaruhi pengundi..

oleh itu,kita harus faham bahawa perkara buruk dalam proses pendemokrasian pemilihan masih wujud apatah lagi bagi parti PKR yang buat pertama kali melakukan pemilihan seperti ini..malah, ini adalah langkah paling berani yang dilakukan Anwar untuk melestarikan demokrasi negara dengan mencuba di peringkat parti sendiri..ini perlu dipuji..tapi, rakyat masih belum faham, bahawa mereka yang mempunyai wang dan kuasa hanya mampu mengusai parti..malangnya Zaid ibrahim tidak mempunyai kuasa yang besar dibelakang seperti yang dimiliki Azmin Ali..

siapa kuasa dibelakang??????


kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...

Sunday, November 14, 2010

GENDANG PRU-13 SUDAH BERBUNYI

setelah mengamati perhimpunan agong United Malay National Organisation...parti "taik" britis yang tertinggal oleh British ni..dan perkembangan percaturan politik pembangkang..aku dapat rasa pilihanraya ke -13 akan menjelma tidak lama lagi..mungkin tahun depan? siapa yang tahu..ini melibatkan percaturan politik najib..

mengapa sekarang? kerana populariti najib sudah hampir pulih..banyak cakap2 tentang undi di mulut ahli politik..rakyat sudah mula menerima penipuan UMNO..kalau dilihat..buat masa sekarang..UMNO cuba mendapatkan kemenangan melalui pecahan kaum...tetapi mereka cuba nak bermain di gigi air...sebab najib bimbang kalau rakyat sedar mereka memainkan politik perkauman..ye ke ni? x nk percaya? tengok video ni...



wujud isu perkauman bukan? tapi mereka cuba menjadi baik bila di depan rakyat kebanyakan...


kerana apa? kerana KUASA POLITIK....oleh itu..pelbagai taktik penipuan WAJIB DI LAKSANAKAN...antaranya..



tapi Pakatan harus sedar..matlamat UMNO tidak pernah berubah..yang berbeza adalah taktiknya..jadi, buat masa sekarang..cara terbaik untuk Pas,PKR,DAP ialah hilangkan politik perkauman dan raih undi setiap kaum...bukannya mendabik dada bahawa "Kekuatan politik di tangan Melayu"..ini jelas politik perkauman seperti UMNO..

oleh itu Pas wajib berubah..menerima kepelbagaian agama dan kaum dalam mendapatkan undi..jangan terikut dengan HIDUP MELAYU ciptaan UMNO...sebab ini akan merosakkan Pas di mata rakyat..Jangan terlalu taksub untuk mendapatkan undi mengikut pecahan kaum kerana ini menyebabkan semangat perkauman semakin menebal dalam masyarakat..

p/s : pakatan rakyat : SELAMAT BERJUANG.....umno : SELAMAT BERSANDAR DIKUBURAN...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...