Tuesday, March 15, 2011

PEMBODOHAN YANG TIDAK PERNAH SUDAH

setelah lama tidak bercoret disini, hari ini aku terpanggil balik ututk menulis di mata lensa kerana terseru oleh SERU..

SERU?

STUDENT EMPOWERMENT AND RESOURCE UNIT (SERU)

itulah bendanya.kenapa la x BM kan unit ni? buat susah-susah je aku nak terjemah..

masa makan tengah hari tadi ada seorang wakil dari SERU datang ke meja tempat aku makan..tujuan dia datang nak buat macam temuduga la, mengenai aktiviti kolej kediaman masing-masing..namun, yang sedihnya aku x boleh jawab soalan tu kerana aku baru tahun pertama..hanya mahasiswa tahun kedua dan keatas sahaja yang boleh menjawab soalan-soalan yang ditanyakan secara personal.

antara soalan yang menarik minat aku ialah soalan terakhir iaitu bagaimana nak tingkatkan kemahiran insaniah pelajar ?

ahh…best…ada idea..kah3…dalam hati aku masa makan..apa yang bermain difikiran aku ialah…

kemahiran insaniah..dia cakap kemahiran insaniah tu macam soft skills la..

aku paham..sebelum aku jawab..aku nak tanya..apa fungsi HEP sebenarnya? adakah tugasnya untuk menyelia pelajar? membantu pelajar? atau menghadkan aktiviti pelajar?

sebelum HEP diwujudkan, mahasiswa zaman 1960-an boleh menjalankan bermacam aktiviti dan kegiatan melalui “Student Union”..tapi, student union telah mati akibat AUKU dan HEP..

bagaimana mahasiswa mahu meningkatkan kemahiran insaniah kalau kegiatan aktivisma mahasiswa dihalang? pada hari ini, mahasiswa telah dilikup ilmunya pada definisi yang amat terbatas. mahasiswa hanya dibenarkan mentelaah pelajaran yang telah ditetapakan oleh pentadbiran universiti..mahasiswa dihalang untuk mempelajari ilmu bertindak mengikut kemahuan rakyat..mahasiswa diharamkan untuk sama berdemo menentang kezaliman terhadap rakyat oleh kerajaan..mahasiswa dihalang menggugat dan menegur tindakan kerajaan yang dirasakan zalim dan tidak patut..kenapa?

kerana para kangkung telah mendefinisikan universiti sebagai kilang pemprosesan tenaga kerja untuk berkhidmat dan sebagai jalan paling untung untuk menjalankan perniagaan..maka, kolej dan universiti begitu pesat tumbuh dicelah-celah pasar dan disebalik pusat perniagaan..ILMU SUDAH DISWASTAKAN!!

kesannya, mahasiswa yang statik adalah mahasiswa yang terbaik..mahasiswa yang mentelaah buku dengan “sepi” dan menjawab peperiksaan dengan cemerlang adalah tenaga kerja yang “terbaik”..

kerajaan tidak mahukan menghasilkan tenaga kerja yang “jahat”..kerajaan amat benci pada tenaga kerja yang mampu berfikir diluar bidang kerja mereka..kerajaan amat takut kepada anak muda yang bangun melawan penindasan dan anak muda “nakal” yang turun ke jalanraya unutk membela nasib rakyat teraniaya..

MAHASISWA TELAH MENJADI ROBOT!!!

ahh…aku pun sama….adakah aku mahu manjadi robot??

aku bukan menolak apa program yang dianjurkan oleh SERU..sepatutnya mahasiswa turut sama menyokong SERU dalam meningkatkan kemahiran insaniah..

tetapi, pada skala yang lebih besar…HEP perlu memberikan kebebasan kepada mahasiswa untuk mentelaah ilmu..izinkan mahasiswa untuk berdiskusi masa depan mahasiswa..biarkan anak muda beraktivisma..kerana ini juga adalah elemen terpenting dalam kemahiran insaniah..

selepas mahasiswa menjadi manusia, barulah ada gunanya kita mansuhkan AUKU.

buat kakak yang mewakili SERU tu..atau HEP yang baca tulisan ni..harap-harap dapat nasihatkan TNC HEP ye…hahahaha.yang tu dah cukup baik..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...