Saturday, November 6, 2010

SIAPA YANG IKHLAS?

dipetik dari utusan meloya

mengapa orang india diminta ikhlas bangunkan negara? adakah sebelum ini mereka x ikhlas? sentiasa meminta balasan? woit..UMNO-BN...dah lebih 3 generasi kaum india menetap di sini semenjak sebelum merdeka lagi...kaki-kai british yang bawa masuk..namun, adakah setelah mereka bersusah payah menoreh untuk membangunkan negara hingga menjadi pengeluar getah terbesar didunia perlu dinafi? adakah mereka menuntut agar diberi elaun atau bonus atas susah payah nenek-moyang mereka menoreh disini? tidak lain dan tidak bukan...ini adalah isu perkauman..

apabila rakyat menyedari bahawa yang suka permainkan perkauman ialah UMNO-BN..maka rakyat menolak BN...apabila rakyat mula menerima pakatan rakyat, BN menuduh pula DAP anti-islam, ada pakatan sulit ada antara PKR dengan DAP...ini adalah mainan politik..sengaja terlalu mempolitikkan agama hingga menuduh DAP anti islam..kalau dulu Karpal Singh haram mahu menubuhkan negara islam..dan sekarang LIM GUANG ENG cuba memerintah menurut acuan islam walau beliau bukan muslim..mereka menolak islam kerana tidak faham tentang islam..bukan menolak islam bulat-bulat..

apa yang sedihnya bila ada segelintir pemimpin UMNO islam yang sememangnya muslim, masih buat-buat tidak faham tentang islam..seolah-olah mereka tidak pernah mendalami ilmu agama..agama diguna hanya sebagai perisai untuk memperkukuhkan kekuatan parti dan modal menghentam lawan...

wahai UMNO-BN.,,anda kian tersungkur..namun, anda masih cuba menggunakan pelbagai "tongkat" untuk terus berjalan..maka,polis,sprm,askar,spr anda perguna sebagai talian hayat..sebab itu anda masih berupaya bernafas di galas dan batu sapi..jika anda kesorangan, sudah tentu anda bersandar di kuburan sekarang....

jadi...SIAPA YANG X IKHLAS SEBENARNYA?


p/s : da masuk kubur?

Friday, November 5, 2010

WANITA TERTUA DIDUNIA MENINGGAL..PARTI TERTUA MEMERINTAH BILA LAGI?

POINTE-A-PITRE, Perancis 5 Nov. - Seorang wanita tempatan yang dinobatkan sebagai manusia tertua di dunia, Eugenie Blanchard meninggal dunia hari ini pada usia 114 tahun, kata jurucakap pihak berkuasa hari ini.

Beliau menghembuskan nafas terakhir di Hospital Saint-Barthelemy yang terletak di sebuah pulau kira-kira 250 kilometer dari utara Guadeloupe pada pukul 3 pagi waktu tempatan (pukul 7 malam semalam waktu Malaysia).

Beliau dilahirkan pada 16 Februari 1896 di Saint-Barthelemy.

Eugenie diiktiraf sebagai manusia tertua di dunia pada 4 Mei lalu selepas kematian penyandangnya ketika itu, iaitu seorang wanita warga Jepun, Kama Chinen yang meninggal dunia pada usia 115 tahun. - AFP


TU CERITA ORANG MATI...INI CERITA PARTI NAK MAMPUS..


ni cerita parti nak mati..semenjak merdeka hingga sekarang, UMNO masih lagi hidup namun sekarang sedang tenat...betapa sedihnya melihat parti diazab rakyat..pemimpinnya semakin parah dan sakit dengan pelbagai masalah dan rasuah..pernah parti ini koma dan tidak dapat diselamatkan apabila diharamkan oleh mahkamah kerana terlibat dengan politik wang..

sekarang parti ini sedang memakai topeng baru berupa anak dara cun walhal rakyat sudah tahu dia sudah menapouse..hahaha...x boleh mengandung lagi..siapa yang nak?..namun, dengan segala teknologi botox dan susuk...UMNO berjaya menghilangkan kedut di tangan iaitu dengan program JUARA RAKYAT..mengapa setelah 50 tahun lebih memerintan negara masih perlu program juara rakyat? kalau betul UMNO dihati rakyat..tidak lain dan tidak bukan, UMNO dah ditolak rakyat...terpaksa guna duit rakyat untuk kecantikan susuk tubuh..kah3...

kesian UMNO....hahaha





Thursday, November 4, 2010

PAKATAN RAKYAT KALAH


GALAS

Barisan Nasional merampas kembali kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas apabila calonnya, Ab Aziz Yusoff, menewaskan calon PAS, Dr Zulkefli Mohamed, dengan majoriti 1,190 undi pada pilihan raya kecil hari ini.

Ab Aziz memperoleh 5,324 undi manakala Dr Zulkefli meraih 4,134 undi.


BATU SAPI

Di Batu Sapi, calon BN dari parti PBS, Datin Linda Tsen mendapat 9,773 undi dan berjaya mengekalkan kerusi yang dimilik mendiang suaminya, Datuk Edmund Chong.


Calon SAPP yang juga presiden SAPP, Datuk Yong Teck Lee hanya mendapat 2,013 manakala calon PKR, Ansari Abdullah pula mendapat 3,414 undi.

Majoriti yang diperolehi oleh BN adalah 6,359 undi.


KOMENTAR

nampak Pakatan rakyat perlu berusaha lebih keras lagi..BN masih lagi mampu memancing undi rakyat..adakah selepas ini cerita pengundi hantu akan keluar lagi? itu tak dapat dipasti..yang pasti BN menang di kedua-dua kawasan...alasan bahawa calon BN yang kurang berpendidikan berbanding calon Pas di Galas bukan alasan..mungkin kerana pengundi di Galas telah termakan milo dan susu 1 MALAYSIA yang telah dibomoh menyebabkan pengundi Galas memangkah BN..hahahaa...gurau je la...ini bukan fitnah..kah3...

di batu sapi...jambatan runtuh setelah berkali-kali yang dilalui calon PKR dan media tidak meruntuhkan cinta dan sayang pengundi batu sapi terhadap BN..mungkin mereka rasa BN boleh bagi jambatan baru kot..hahaha..xyah bermimpi la..manek urai pun x jadi2 jambatannya..lagi pun kuasa Pakatan Rakyat baru terasa di Sabah dan Sarawak...


p/s : pakatan kalah..Bn menang...



GALAS JATUH KE TANGAN BN

Tidak rasmi: BN berjaya rampas Galas
Keputusan rasmi dijangkakan: Menjelang jam 9 malam

Galeri Foto


7.30pm: Sehingga waktu ini, keputusan tidak rasmi menunjukkan BN mendahului dengan majoriti 1,069 undi. PAS ketinggalan dengan 4,108 undi, berbanding BN yang mendapat 5,177 undi.

7.20pm Peluang BN untuk merampas kerusi DUN Galas semakin cerah. Ini berikutan BN menang semula undi pengundi Cina yang menyokong pembangkang dalam pilihan raya umum lalu.

Pakatan kalah di Kampung Baru dengan majoriti 41 undi - yang merupakan kawasan majoriti pengundi Cina yang mereka menang dengan majoriti lebih 200 undi dalam pilihan raya umum lalu.

Pakatan pada mulanya mensasarkan untuk menang di Kampung Baru dengan majoriti besar bagi menampung kemungkinan tewas di Pulai.

Dua kawasan majoriti pengundi Cina itu, Pulai merupakan kubu kuat BN. Pakatan kalah 25 undi di Pulau dalam pilihan raya umum lalu.

BATU SAPI MILIK BN?

Batu Sapi kekal milik BN
Keputusan rasmi dijangkakan: Menjelang 8 malam

Galeri Foto


8.00pm:

Linda Tsen (BN-PBS) -8,538
Yong Teck Lee (SAPP) -2,007
Ansari Abdullah (PKR) - 3,281
Undi rosak votes - 420
Majoriti -5,257

(Jumlah keluar mengundi:15,774)

7.12pm: Calon BN, Datin Linda Tsen dilaporkan tiba di rumah tetamu Ketua Menteri, Sabah, Datuk Seri Musa Aman di Sandakan. Beliau diberi tepukan gemuruh daripada penyokong.

Setiap kali saluran yang dikira memihak BN, tepukan gemuruh bergema daripada skrin besar yang dipasang.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Musa sedang makan malam dan dijadualkan ke pusat penjumlahan undi di Dewan Masyarakat Sandakan, selepas itu.

6.55pm: Calon PKR Ansari Abdullah tiba di pusat penjumlahan undi dengan diiringi sekumpulan kecil penyokong.

Presiden SAPP yang juga calon parti itu, Datuk Yong Teck Lee tiba beberapa minit kemudian dan diikuti oleh pegawai SPR yang membawa kotak undi dari 12 pusat pengundian untuk dijumlahkan.

Keputusan tidak rasmi

6.47pm

Linda Tsen (BN-PBS) -5,051
Yong Teck Lee (SAPP) - 1,018
Ansari Abdullah (PKR) - 1,709
Undi rosak votes - 420
Majoriti -3,342

(Jumlah keluar mengundi:15,774)

KERTAS UNDI TIADA LAMBANG PARTI..

Ni mesti kes tipu orang buta huruf..hahaha..ramai la orang asli yang x boleh membaca sepenuhnya..jadi taktiknya..jangan letak lambang parti..kalau letak lambang parti..pasti pengundi yang x pandai membaca akan pangkah bulan..hehehe..jadi nk kelirukan..baik x payah letak..maka pengundi pun pangkah semua petak yang boleh..maka jadi lah undi rosak..kalau BN kalah...undi itu dikira milik BN ..sebab ada pangkah kt petak BN sekali..hahaha..walaupun kertas undi tu rosak..kah3....kotor2...jahat betol aku nih...

RASUAH : UMNO DAN PAS SAMA?

Pengarah pilihan raya PAS, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman hari ini menafikan laporan Utusan Malaysia dan menjelaskan bahawa pemberian wang oleh menteri besar kepada sebilangan masyarakat Orang Asli yang diislamkannya sebenarnya adalah wang zakat dan bukannya rasuah seperti didakwa.

Katanya, beliau telah menyemak dengan setiausaha politik Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk mendapatkan penjelasan sebenar berhubung isu itu. "Saya diberitahu ia adalah wang zakat. Tok Guru mengislamkan tiga Orang Asli ini dan bagi wang zakat. "Takkan zakat ini rasuah?" katanya dalam sidang media di markas jentera PAS di Gua Musang hari ini.


hahaha..SPR ni buta ke? Ketua SPR pernah x belajar agama kat sekolah dulu? ni mesti masa ustaza ajar agama ponteng kelas..dah sah..nik aziz bagi zakat dikatanya sogokan untuk pengundi..tp yg peliknya bila BN bagi janji tu..bagi ni...bg baju 1 malaysia,milo,susu..xde la pulak rahsuah..yg tu x nk siasat ke? maka keluar la ekor-ekor UMNO-BN ni..kononnya nak kuatkan sokongan bahawa wang zakat adalah rasuah...


hahaha..aku dah agak dah..mesti budak2 perkasam akan keluar taring..kah3...brehim mana? lama x berkokok..kah3..dah mati ke? x lama lg pilihanraya kecil pasir mas la pulak deh..orang perkasam buat parti sendiri..hahahaha..

sampai ada video...xnk caye?? ni dia...LINK...

SIAPA YANG SUKA RASUAH??? PARTI MANAKAH YANG PERNAH DIHARAMKAN KERANA POLITIK WANG?? AKU X NAK MENJAWAB..SEBAB ANDA YANG MENENTUKAN..

p/s : pas xnk upah ke aku sket..hahaha..aku tolong korang ni..bg la duit kopi..kah3...

MELAKA MAJU : TIPU!

Melaka maju..untuk apakah melaka maju?hehehehe

jangan marah orang melaka..sebenarnya cerita ni dah tersebar sejak 2 hari lepas..namun, atas kesibukan bertugas untuk negara, aku terpaksa tangguhkan..bukan snegaja tapi terpaksa...apakah dasar yang menjadikan melaka maju sebenarnya? maju dari segi manakah? dari segi pertanian? perindustrian? pelancongan? atau pelacuran? eh...silap2..hehehe

kalau nak dikatakan selangor itu maju..ada jgk alasannya, maju dari segi perindustrian...kelantan dan kedah..ada mungkinnya, maju dari segi pertanian terutama padinya...kuala lumpur, maju dari segi pelancongan dan pelacurannya..itu adalah hakikat yang kita lalui sekarang...

tapi atas dasar apakah melaka itu maju? sebab ada sekolah yang pelajarnya boleh mengandung? hahaha....bukan melaka jela..sebenarnya hampir semua negeri ada..tapi atas nama yang berbeza iaitu sinar harapan la.bla,bla....semuanya menjadi tempat perlindungan bagi remaja yang hamil luar nikah..tp hebatnya di melaka..ia dipromosi dan ditanggung oleh kerajaan negeri melaka sendiri atas nama yang berbeza..

malah..MELAKA MAJU ini tidak pernah diiktiraf oleh OECD..siapa OECD ni? OECD ini adalah sebuah badan bebas yang mengiktiraf kemajuan sesebuah kawasan...jadi MELAKA TIDAK MAJU...hahaha...meLAYU KENA TIPU..kah3....

itulah kisah sebenarnya..namun apakah tujuannya diadakan majlis sambutan gilang gemilang untuk menyambut kemajuan melaka? sehinggakan najib sendiri turun ke melaka untuk merasmikan program tersebut? tidak lain dan tidak bukan..semata-mata untuk mengaut duit rakyat..untuk membahagikan duit rakyat kepada kroni-kroni..x nak percaya? percayalah..kalau tidak anda akan ditipu..hahaha

p/s : terengganu pun maju....hahaha..maju dengan ikan

Tuesday, November 2, 2010

HARGA PETROL NAIK LAGI


Harga minyak naik lagi...adakah ini keputusan rosmah yang mengambil alih tampuk pemerintahan negara setelah cik puan najib terlantar sakit demam campak..hahaha

dan macam biasa nak kurangkan beban subsidi yang terpaksa ditanggung oleh kerajaan..alasan yang sama berulang-ulang kali..apabila harga barang di naikkan pasti alasan kerajaan bagi untuk mengurangkan beban subsidi yang terpaksa ditanggung..x pernah pulak kerajaan bg alasan untuk mengkayakan duit negara untuk di guna oleh pemimpin kerajaan..dan untuk membebankan rakyat..hmmm....itulah malaysia..

bersiaplah dengan kenaikan barang lain esok..

p/s : dengar cerita yuran kolej dan universiti akan dinaikkan..betul ke?

Monday, November 1, 2010

MAHASISWA DIPERGUNA LAGI?

Selepas keluarnya sebijik surat yang mendakwa ditulis oleh YDP MPMUM di malaysiakini...aku terpena...ahh..betul kah ini? lalu aku memberi komenter...tidak ku sangka post tersebut sekejap melonjak naik..ah...ramainya yang baca..namun, itu palsu semata-mata..

hahaha..jiwang lak...kah3...maaf..ter'sajak' lak..

hmm...nampaknya nama mahasiswa diperguna lagi..siapa yang pergunakan tu belum dapat dikatahui..laporan polis baru sahaja dibuat oleh YDP MPMUM sendiri..balai mana tu x diberitakan..yang pastinya surat kepada malaysiakini itu adalah satu fitnah..

mengapa mahasiswa di perguna? adakah mahasiswa sudah layu? sepanjang perkara ini berlalu..aku tgk tiada sesiapa yang nak ambil tahu pasal kejadian ini seseriusnya..adakah semuanya hanya mengadap buku? apatah lagi sekarang ni musim peperiksaan..aku faham..namun, luangkan masa untuk melihat dunia luar..jangan sampai nama kita difitnah di media namun kita buat tidak tahu sahaja..mungkin ada siifat tidak mahu ambil cakna..namun percayalah bahawa dunia luar memerhatikan kita..

tindakan YDP MPMUM membuat laporan polis itu adalah tepat..namun apa yang perlu adalah mengetengahkan isu tersebut bahawa kita,mahasiswa sedang diperguna sewenang-wenangnya..dimana sensitiviti mahasiswa lain? mengapa tidak bersama untuk menidak dan mengiya?

sewajarnya kita perlu turun bersama rakyat untuk menjustifikasi apa yang dilakukan oleh pemerintah supaya wujud "check and balance" dalam pentadbiran kerajaan..supaya mahasiswa disedari wujud dalam kalangan mereka..kita bukanlah robot...universiti bukanlah kilang..kita adalah manusia yang mempunyai fikrah untuk berfikir..sewajarnya mahasiswa menggunakan masa,ruang dan keselesaan pemikiran untuk menjadi pemikir dan agen perubahan kepada masyarakat..tiada guna kita berbangga mempunyai ijazah namun kita tidak mampu mengubah struktur rakyat kearah yang lebih baik.

pemikiran anak muda adalah salah satu daripada pengisian kemerdekaan..jika mentaliti mahasiswa masih di jajah..jika kita melihat sebarang isu diatas kapal penjajah..maka kita masih lagi belum merdeka..kemerdekaan paling penting adalah kemerdekaan pemikiran dan jiwa daripada anasir penjajahan..selepas merdekanya jiwa, barulah kita dapat memperjuangkan kemerdekaan tanah air...

adakah semangat "student unity" dalam kalangan mahasiswa sudah lupus? adakah mahasiswa sudah terlalu lena bersama nota dan buku pelajaran? adakah pentadbiran universiti bukan tugas kita? tepuk dada, tanya la macam mana..hehehe

p/s: mahasiswa selalu diguna?

KENYATAAN YDP MPMUM DI FACEBOOKNYA...

klik la di gambar kalau xleh baca..jangan jd buta IT...hahaha


di petik dari FACEBOOKnya...pinjam ye..hehehe

PERUTUSAN MAAF KEPADA MPMUM...

SAYA MEWAKILI DIRI SENDIRI DAN ORANG LAIN MEMOHON MAAF DI ATAS PENYEBARAN FITNAH MENGENAI MPMUM...

SEMOGA ANDA(MPMUM) DAPAT MENUNTUT KEADILAN..SETIDAKNYA KITA DAPAT MENUNJUKKAN BAHAWA MAHASISWA BUKAN MANUSIA YANG BOLEH DIPERKOTAK-KATIK...bukan itik...hehehe..nasi itik pun bez gak..

STUDENT....POWER!!! hahaha..

MPMUM : FITNAH SEMATA-MATA...

menambah mengenai kenyataan media tentang mpmum...

menurut sumber yang boleh dipercayai..bahawa sesungguhnya artikel itu bukan nya ditulis oleh YDP MPMUM sendiri..namanya telah diguna pakai oleh pihak yang tidak bertanggungjawab untuk menyiarkan artikel tersebut..motif kejadian belum dapat dikenal pasti..adakah ini modus operandi untuk menjatuhkan namanya? hahaha..masih diragui..

tadi..beberapa orang wakil MPMUM membuat laporan polis atas fitnah tersebut..di bawah akta ape ke bende aku xtaw..akta mengelakkan malu dan fitnah kot..hehehe...kesian kat korang, nama diperguna..nasib la badan..hahaha

esok buat kenyataan media lagi ye..

p/s : MPMUM..selamat berjaya...kah3...

MELAYU MUDAH LUPA..




Dr M memperkenalkan, cik Najib memperhebatkan..

adakah semasa madey jd PM dulu,dia tidak sedar bahawa sektor swasta hanya mampu mengaut keuntungan semata-mata tanpa menghiraukan soal kebajikan? sebenarnya aku percaya dia tahu..sebab dulu dia pernah buka klinik..orangnya bijak pandai..namun diatas nama WANG, kebajikan rakyat sanggup digadaikan..alasan untuk mengurangkan beban kerajaan di perhebatkan..memang tugas kerajaan untuk dibebani dengan masalah rakyat..sebab rakyat yang memilih anda..kalau rasa x mahu dibebankan..TURUN DARI KERUSI PARLIMEN DAN DUN...

malah sekarang ini..bila najib memperhebatkan sektor swasta..madey dah mula bising..kerana dia sedar..dia adalah rakyat biasa yang terpaksa menanggung segala kos akibat proses penswastaan tersebut..tanggung kos makanan yang diimpot dari tesco,kos perubatan dari hospital pantai,dan kos pendidikan dari KLMU....hehehe..dulu masa segelintir kecil masyarakat menentang dia x ambil kisah...huh!

utusan meloya

ini 1 lg kesan penswastaan..sekarang duk nasihat rakyat jangan bagi sewa pada pendatang..siapa yang sewakan pada pendatang terlebih dahulu? TESCO,JUSCO,GIANT,KFC,BURGER KING...yang tu mereka x nmpak..yg mereka nampak peniaga kecil di chow kit,pasar selayang dan sekitar bandar kl..kenapa dulu x galakkan rakyat malaysia yang tanam sayur dan buka tesco sendiri? kenapa dulu x galakkan anak muda belajar memasak dan buka starbuck sendiri? kenapa dahulu x buka peluang berniaga seluasnya? malah lebih teruk lagi terpaksa ada lesen...mengapa tidak utamakan rakyat malaysia? dipilih juga pendatang luar berniaga dimalaysia?

inilah ekonomi kapitalisma...memerah keringat orang lain semaksima mungkin untuk mencapai keuntungan seoptimum yang boleh...begitu juga dengan kerajaan..memberi pajak pada pendatang untuk mengaut cukai semata-mata..dan cukai perkhidmatan akan dikenanakan terhadap pembeli iaitu kita,rakyat malaysia..mereka tidak hiraukan kebajikan kita...

adakah rakyat terpaksa membayar lebih kerana penswastaan dikala rakyat masih kemiskinan?

p/s : ntah mana yang betul...hmmm..

MPMUM LEMBU PM?

maaf,,,sengaja aku x letakkan komen aku ni sekali dengan post pasal KENYATAAN MEDIA MPMUM tentang HUB HIBURAN..sebab aku taw kalau aku letak sekali pasti panjang jadinya...dan aku paham korang pasti xnk baca...hehehe

deria rasa ke-enam aku sudah memberitahu aku sebelum kenyataan media itu keluar lagi bahawa MPMUM ni adalah LEMBU YANG DICUCUK oleh PM..dan semua itu terbukti hari ini..tatkala rakyat diluar sana membantah mengenai hub hiburan..Segelintir kecil mahasiswa UM bertindak BODOH & BEBAL teramat sangat apabila menyokong HUB HIBURAN yang dicadangkan oleh najib melalui program ETP..

pada aku...kenyataan media ini langsung tidak mencerminkan sahsiah dan peribadi seorang mahasiswa...aku rasa budak sekolah pun tahu kalau pergi ke kelab malam itu adalah orang yang perangai kurang elok..patutkan diberi justifikasi bahawa kelab malam mampu mengurangkan kejadian jenayah??hahahahahhaha

pada aku ini adalah satu sandiwara untuk menutup ketidak cerdikan PM dengan mempergunakan mahasiswa..adakah mahasiswa ini robot yang hanya masuk ke universiti untuk di "upgrade" sebelum di hantar ke pusat perindustrian selepas graduasi kelak? tepuk dada, tanya selera...ini adalah satu taktik untuk mengaut wang bagi membayar hutang negara melalui cara yang haram..tidak cukup kah pub,disko dan pust judi yang ada?? semuanya untuk wang.....malah sebelum ini apabila wang rakyat dibazirkan mereka langsung x ambil kisah..dan sekarang rakyat yang terpaksa tanggung semuanya..

inilah mentaliti pemimpin kita...mereka memperdobohkan rakyat dan menganbil kesempatan atas kejahilan rakyat yang telah mereka semai sejak merdeka...paling parah, mahasiswa turut terkena...ayuh mahasiswa,BANGUN,BANGUN.BANGUN...kita terlalu enak diulit mimpi peperiksaan, kita terlalu enak dibuai nota dan buku...BANGUN..sedar lah..bahawa kita ditindas,kita dipermainkan,kita dipersendakan...jangan lagi kau leka..hingga lupa siapa yang menghukum kita...BANGKIT MENENTANG KEZALIMAN....

ini sesuatu yang memalukan...

p/s : xnk la duk um..hehehe...

MPMUM sokong ETP, hab pusat hiburan malam

KENYATAAN MEDIA PENUH...dipetik dari malaysiakini

Baru-baru ini Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mencadangkan penubuhan hub pusat hiburan malam bagi memacu Program Tranformasi Ekonomi (ETP).

Perancangan itu adalah sebahagian daripada 12 projek permulaan bagi memperkasakan sektor pelancongan di negara kita. Bayangkan betapa besar angka yang keuntungan yang akan diraih. Saya difahamkan sehingga mencecah RM 1.8 bilion seandainya projek ini mendapat sokongan semua.

Bagi saya saranan penubuhan hub pusat hiburan malam ini adalah bertepatan dengan slogan 1 Malaysia, rakyat sememangnya didahulukan seterusnya memenuhi citarasa warga Malaysia yang bagi saya tidak salah untuk berhibur.

Inilah sebenarnya kerajaan yang betul-betul memahami hasrat hati rakyat dan juga kami sebagai mahasiswa.

Saya juga berpendapat ini juga satu langkah yang cukup bijak bagi mengatasi gejala-gejala negatif yang timbul apabila hiburan disekat sekeras-kerasnya oleh pihak tertentu. Mereka tiada tempat untuk berhibur, dan keadaan inilah yang akan menyebabkan berlakunya masalah seperti pusat-pusat hiburan haram dan gejala lepak di jalanan.

Selaku mahasiswa juga saya melihat langkah ini sudah pasti sedikit sebanyak membantu kadar penurunan jenayah yang banyak kes melibatkan warga asing yang berpeleseran di ibu kota. Gangguan di jalanan juga dapat dibanteras apabila mereka tidak lagi berkumpul di jalanan semata-mata.

Saya juga berasa sedih apabila usaha murni kerajaan ini dianggap sia-sia oleh sesetengah pihak. Mereka tanpa ada pandangan dan maklumat yang jelas tentang situasi sebenar dengan mudah dan bongkak menolak bahkan membantah usaha kerajaan ini. Apakah mereka ini lebih rela melihat kadar jenayah di negara semakin meningkat hari demi hari?

Justeru , saya mewakili seluruh mahasiswa yang berdiri teguh bersama kerajaan menyokong penuh usaha murni ini. Berdiri sama tinggi, duduk sama rendah.


Penulis adalah Yang Dipertua, Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya
....................................................................................................................................................................

BUDAK X SEKOLAH MANA YANG BUAT KENYATAAN MEDIA NI??
INIKAH PEMIKIRAN PELAJAR UNIVERSITI?

"
Bagi saya saranan penubuhan hub pusat hiburan malam ini adalah bertepatan dengan slogan 1 Malaysia, rakyat sememangnya didahulukan seterusnya memenuhi citarasa warga Malaysia yang bagi saya tidak salah untuk berhibur."

"Inilah sebenarnya kerajaan yang betul-betul memahami hasrat hati rakyat dan juga kami sebagai mahasiswa."


"satu langkah yang cukup bijak bagi mengatasi gejala-gejala negatif yang timbul"

INIKAH YANG DIAJAR DI UNIVERSITI?

aku rasa pelajar sekolah menengah dapat membuat pertimbangan yang lebih baik berbanding budak Yang Dipertua, Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya...

p/s :awk sekolah kat mana dulu? hehehe

KAKI AMPU MENIPU MEMBODEK SEBAIK MUNGKIN..

malaysiakini

hahaha..kaki bodek dah keluar...hahaha..x nampak lagi ke mahasiswa? dan aku x hairan pun kalau mahasiswa UM sendiri yang buat kenyataan media ni..sebab mahasiswa seorang yang amat suka membodek..hahaha...siapa yang layak dipilih?

MAHASISWA..inikah yang anda pilih? BANGUN,BANGUN....kita diulit mimpi...oleh lenanya kita dengan CGPA 4.0..hingga kita lupa siapa yang menguruskan keputusan sosial kita..siapa yang menetapkan AKTA & UNDANG-UNDANG untuk kita...BANGUN,BANGUN...kita melawan penindasan dan kezaliman..

Sunday, October 31, 2010

LINK VIDEO KESYIRIKAN ZAMBRY..

baru2 ni aku ada post pasal kesyirikan zambry...dan aku ade letakkan sekali link video tu kt blog alu..namun, user yang menguploadkan video tu telah membuangnya..dan..aku uploadkan video tu balik disini...hahahaha.....

SIAPA YANG BERDAKYAH TIPU..


SIAPA YANG MENIPU?
SIAPA YANG DITIPU?
SIAPA YANG MEMBELA RAKYAT?

Siapa yang lupa tragedi kampung melayu yang diroboh?

KAMPUNG PLENTONG


KAMPUNG BEREMBANG


KAMPUNG CHUBADAK



Siapa yang lantang memperjuangkan hak orang melayu?
siapa yang merobohkan hak milik orang melayu?
siapa yang menindas orang melayu?
siapa yang mengkhianati perjuangan orang melayu?

TAHI BRITISH = United Malay National Organisasi...

hahaha..belakang je malayu...sebab kononnya perjuang nasib orang melayu..

BEGINIKAH RAKYAT PATUT DILAYAN?




P/S :anda yang menilainya...

UMNO BERHASAD DENGKI..


PAS PERLU KAJI BALIK?

umno la kaji balik pakatan dalam BN..hehehe..xperlu nak burukkan orang lain kalau hati sendiri yang buruk...baiki hati dahulu sebelum nasihat hati orang lain...

adakah salah PAS berada dalam pakatan? kesilapan Pas adalah mengikut cakap UMNO..hahaha
macam dukung biawak hidup...kah3...

MAT BODEK..hahaha

klik la klu xleh baca..jgn jadi bangang..


KAKI AMPU DAN BODEK...hahaha..
kalau NC,TNC di beri rasuah semacam ini..
macam mana pentadbiran universiti mahu bebas dari kongkongan politik kotor???
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...