Barisan Nasional merampas kembali kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas apabila calonnya, Ab Aziz Yusoff, menewaskan calon PAS, Dr Zulkefli Mohamed, dengan majoriti 1,190 undi pada pilihan raya kecil hari ini.
Ab Aziz memperoleh 5,324 undi manakala Dr Zulkefli meraih 4,134 undi.
Di Batu Sapi, calon BN dari parti PBS, Datin Linda Tsen mendapat 9,773 undi dan berjaya mengekalkan kerusi yang dimilik mendiang suaminya, Datuk Edmund Chong.
Calon SAPP yang juga presiden SAPP, Datuk Yong Teck Lee hanya mendapat 2,013 manakala calon PKR, Ansari Abdullah pula mendapat 3,414 undi.
Majoriti yang diperolehi oleh BN adalah 6,359 undi.
KOMENTAR
nampak Pakatan rakyat perlu berusaha lebih keras lagi..BN masih lagi mampu memancing undi rakyat..adakah selepas ini cerita pengundi hantu akan keluar lagi? itu tak dapat dipasti..yang pasti BN menang di kedua-dua kawasan...alasan bahawa calon BN yang kurang berpendidikan berbanding calon Pas di Galas bukan alasan..mungkin kerana pengundi di Galas telah termakan milo dan susu 1 MALAYSIA yang telah dibomoh menyebabkan pengundi Galas memangkah BN..hahahaa...gurau je la...ini bukan fitnah..kah3...
di batu sapi...jambatan runtuh setelah berkali-kali yang dilalui calon PKR dan media tidak meruntuhkan cinta dan sayang pengundi batu sapi terhadap BN..mungkin mereka rasa BN boleh bagi jambatan baru kot..hahaha..xyah bermimpi la..manek urai pun x jadi2 jambatannya..lagi pun kuasa Pakatan Rakyat baru terasa di Sabah dan Sarawak...
p/s : pakatan kalah..Bn menang...
No comments:
Post a Comment