Monday, November 1, 2010

MAHASISWA DIPERGUNA LAGI?

Selepas keluarnya sebijik surat yang mendakwa ditulis oleh YDP MPMUM di malaysiakini...aku terpena...ahh..betul kah ini? lalu aku memberi komenter...tidak ku sangka post tersebut sekejap melonjak naik..ah...ramainya yang baca..namun, itu palsu semata-mata..

hahaha..jiwang lak...kah3...maaf..ter'sajak' lak..

hmm...nampaknya nama mahasiswa diperguna lagi..siapa yang pergunakan tu belum dapat dikatahui..laporan polis baru sahaja dibuat oleh YDP MPMUM sendiri..balai mana tu x diberitakan..yang pastinya surat kepada malaysiakini itu adalah satu fitnah..

mengapa mahasiswa di perguna? adakah mahasiswa sudah layu? sepanjang perkara ini berlalu..aku tgk tiada sesiapa yang nak ambil tahu pasal kejadian ini seseriusnya..adakah semuanya hanya mengadap buku? apatah lagi sekarang ni musim peperiksaan..aku faham..namun, luangkan masa untuk melihat dunia luar..jangan sampai nama kita difitnah di media namun kita buat tidak tahu sahaja..mungkin ada siifat tidak mahu ambil cakna..namun percayalah bahawa dunia luar memerhatikan kita..

tindakan YDP MPMUM membuat laporan polis itu adalah tepat..namun apa yang perlu adalah mengetengahkan isu tersebut bahawa kita,mahasiswa sedang diperguna sewenang-wenangnya..dimana sensitiviti mahasiswa lain? mengapa tidak bersama untuk menidak dan mengiya?

sewajarnya kita perlu turun bersama rakyat untuk menjustifikasi apa yang dilakukan oleh pemerintah supaya wujud "check and balance" dalam pentadbiran kerajaan..supaya mahasiswa disedari wujud dalam kalangan mereka..kita bukanlah robot...universiti bukanlah kilang..kita adalah manusia yang mempunyai fikrah untuk berfikir..sewajarnya mahasiswa menggunakan masa,ruang dan keselesaan pemikiran untuk menjadi pemikir dan agen perubahan kepada masyarakat..tiada guna kita berbangga mempunyai ijazah namun kita tidak mampu mengubah struktur rakyat kearah yang lebih baik.

pemikiran anak muda adalah salah satu daripada pengisian kemerdekaan..jika mentaliti mahasiswa masih di jajah..jika kita melihat sebarang isu diatas kapal penjajah..maka kita masih lagi belum merdeka..kemerdekaan paling penting adalah kemerdekaan pemikiran dan jiwa daripada anasir penjajahan..selepas merdekanya jiwa, barulah kita dapat memperjuangkan kemerdekaan tanah air...

adakah semangat "student unity" dalam kalangan mahasiswa sudah lupus? adakah mahasiswa sudah terlalu lena bersama nota dan buku pelajaran? adakah pentadbiran universiti bukan tugas kita? tepuk dada, tanya la macam mana..hehehe

p/s: mahasiswa selalu diguna?

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...