Thursday, September 30, 2010

WAWASAN yang tidak pasti.................... 2020 tahun yang pasti

Hari ini, selepas saya ada terbaca satu artikel mengenai wawasan 2020 di laman web malaysiakini..saya terasa ingin berkongsi pendapat dan pandangan dengan anda..mengapakah Tun Dr M menganggar bahawa wawasan 2020 tidak akan tercapai pada tahun 2020...mungkin akan tercapai pada waktu yang lebih panjang...alasannya disebabkan oleh ekonomi..ye, ada benarnya sebab kuasa ekonomi bukan hanya melibatkan sebuah negara tetapi melibatkan seluruh dunia..faktor-faktor perkembangan dan pengucupan ekonomi Amerika Syarikat memberi impak yang besar kepada Malaysia kerana matawang dunia ialah US DOLLAR..selain itu, pelbagai faktor lain seperti kadar import dan eksport,kenaikan dan penurunan harga minyak dunia serta pelancongan turut memberi impak yang besar pada ekonomi negara..

p/s : yang ni x leh ulas panjang sebab x belajar pasal ekonomi..hehehe..tanya ayah saya..beliau mengajar subjek ekonomi..xpelah, ada masa saya akan tnya..



satu lagi artikel menarik dari malaysiakini adalah ucapan dari Azman, Pengerusi Yayasan Kepimpinan Perdana pada forum CEO anjuran yayasan tersebut..


Apa yang saya ingin jelaskan disini adalah tentang cabaran kritikal wawasan 2020 yang diperkatakan oleh beliau iaitu mengenai pengusaan bahasa inggeris yang lemah akibat "polisi yang kerap-kali ditukar" dan "kos tinggi rasuah"..

hal ini ada maksud sendiri...pada pandangan beliau, saya tidak ketahui dari sudut mana isu bahasa ini dirasuah...adakah menteri kebudayaan dan warisan dirasuah? atau dalam struktur pendidikan negara sendiri terlibat dengan rasuah..saya tidak tahu tentang mereka..hanya masa yang membuktikannya..

yang saya ingin utarakan adalah apa kaitan isu bahasa inggeris dengan wawasan 2020? saya tidak faham...adakah bahasa melayu tidak boleh dijadikan medium untuk memajukan Malaysia? negara kita telah melahirkan begitu ramai lepasan ijazah,master dan Phd..sepatutnya, mereka digalakkan menterjemah bahan-bahan ilmiah dari bahasa asing ke bahasa Melayu..bagi mengkayakan keilmuan Bahasa Melayu..contoh yang paling mudah dan sering saya utarakan adalah mengenai kemajuan baghdad sebagai kota keilmuan dengan adanya Baitul hikmah sebagai perpustakaan dan pusat penterjemahan semasa era kerajaan Abbasiyyah di Baghdad, Iraq. Ia dianggap sebagai pusat intelektual dan keilmuan semasa Zaman Kegemilangan Islam..mengapa tidak kita tiru model ini yang sudah terbukti berjaya menghidupkan tamadun islam dan mencerahkan zaman gelap eropah?

link info pasal baitul hikmah.. wikipedia

harap kerajaan tidak terlalu mengagungkan bangsa dan bahasa asing dengan menidakkan hebatnya rakyat Malaysia..kalau dahulu tulisan jawi dihalau keluar dari bilik darjah..adakah Bahasa Melayu pun ikut sama??

BAHASA MELAMBANGKAN BANGSA...

Tuesday, September 28, 2010

UNIVERSITI melahirkan siapa ?

Apakah matlamat penubuhan universiti?
Adakah tercapai matlamat tersebut?
Atau hanya sekadar retorik?


Mari kita tengok visi,misi dan matlamat universiti yang telah ku pilih...







hampir keseluruhan universiti mempunyai matlamat yang sama iaitu ingin melahirkan mahasiswa yang bukan sahaja cemerlang dari segi akademik,malah kokurikulum, sahsiah dan penampilan diri, serta cara bergaul dengan masyarakat sekitar..persoalan yang timbul...adakah universiti berjaya melahirkan mahasiswa yang sedemikinan? atau sekadar tenaga kerja mahir untuk memenuhi permintaan dunia?


mari kita fikir sejenak............adakah kita mahasiswa?
apakah kemahiran yang kita mahukan selepas tamat belajar di universiti?


lupakan seketika soal wang.....................


macam mana kalau kita menggangur??...........


nak cari kt mana duit?? nak sara diri lagi...bayar hutang ptptn lg...........


SALAHKAN UNIVERSITI............


PELAJAR LA SALAH.....


KERAJAAN LAGI LA SALAH......


cukuplah salahkan mereka(kerajaan&universiti) apabila anda(pelajar) telah tamat belajar...itu adalah masalah anda..bukan masalah mereka..

bagi yang masih bergelar mahasiswa atau mahasitua...ini adalah masa untuk kita memperkembangkan soft skill supaya masalah yang dihadapi oleh mereka yang telah graduasi dapat kita atasi sebaik mungkin... jangan malu untuk bersosial ke arah kebaikan la..hehehe.cuba sertai pelbagai aktiviti yang dianjurkan oleh universiti dan badan-badan pelajar..

p/s : nasihat senior..tp aku x dgr sgt pn...


Apa yang aku ingin hasut hari ini adalah mengenai hak kita...dalam misi,visi universiti ada jelas memaparkan mereka ingin melahirkan siswazah yang berkepimpinan, mempunyai jati diri dan mempunyai semangat cinta akan negara..apa yang aku kesali..misi ini seolah-olah retorik semata-mata..kerana universiti dan kerajaan semacam tidak mahu melihat pelajarnya menjadi dewasa dalam memimpin....lihat sahaja kes UKM4...mengapa mahasiswa jurusan sains politik ini dikenakan tindakan tatatertib kerna menyalahi AUKU..disebabkan menunjukkan simpati terhadap parti politik..betulkah mereka menunjukkan simpati?

kalau mengikutkan jurusan(sains politik) yang diambil di universiti oleh mereka...saya merasakan berada di kawasan pilihan raya adalah hak mereka...jangan jadi terlalu dungu wahai pemimpin hipokrit..anda menjadi pemimpin politik dan masyarakat sekarang..semasa anda pelajar universiti dahulu, pernahkah anda turun ke kawasan pilihan raya untuk menilai sejauh mana keberkesanan SPR dan kempen parti politik? sebelum menilai orang....cermin dulu diri sendiri..jangan salahkan keempat-empat mahasiswa ini, kerana mereka ingin belajar..seperti penulisan sebelum ini..sudah jelas kerajaan tidak ingin mewujudkan mahasiswa yang dapat menilai tindakan mereka dan berfikir luar dari kotak kuliah...mahasiswa "yes sir" matlamat mereka..

tindakan ini jelas bercanggah dengan nilai-nilai teras Universiti Malaya iaitu KEBEBASAN AKADEMIK..sejauh mana kebebasan akademik yang dicanangkan oleh universiti? anda boleh tgk pada gmbar yang paling atas..antaranya ialah bertoleransi dengan pendapat atau aktiviti yang berbeza dengan pandangan peribadi..betulkah HEP betul2 bertoleransi..kalau ya, mengapa projek "syarahan STUDENT POWER" oleh fahmi reza diharamkan? atas beberapa alasan yang langsung pada aku tidak munasabah..video...aku merasakan hak kita telah dirampas..tidakkah anda fikir? dimanakah letaknya satu lagi teras dalam kebebasan akademik iaitu Menggalakkan aktiviti yang boleh menjana dan menyebarkan ilmu pengetahuan yang boleh memanfaatkan negara dan kemanusiaan...apa yang dibawa oleh Fahmi Reza dalam syarahan tersebut adalah mengenai sejarah kebangkitan mahasiswa pada zaman 1960-1970'an...jadi satu lagi teras dalam kebebasan akademik iaitu Menghargai semangat kebebasan untuk mendapatkan penjelasan; penggalakannya akan menjurus kepada perkembangan intelektual dan kesedaran; penghakisannya akan menjurus kepada salah panduan dan kemerosotan intelektual adalah satu retorik semata-mata..

anda mahasiswa, nilailah sebaiknya....

jadi...apakah matlamat penubuhan universiti sebenarnya? adakah disebabkan AUKU, visi,misi dan matlamat asal universiti terpaksa dilupakan? sama-sama kita fikir.....

MATIKAH perjuangan MAHASISWA??


Aku berasa agak terkiilan apabila tidak dapat ke Mahkamah Jalan Duta petang td (2.00-28/9/2010) kerna ada kelas..hihihihi..tp kelas lagi penting....apa yang lebih mendukacitakan apabila kes saman pemula UKM4 ditolak oleh mahkamah...maka dengan ini seksyen 15 AUKU boleh diterima pakai...

maka dengan ini AUKU masih lagi terpakai dan mengusai dengan menggila di seluruh universiti di Malaysia..aku terasa amat terkilan kerana selama 53 tahun kita merdeka, mahasiswa diperbudakkan..mahasiswa hanya dibenar berfikir dalam kotak kursus yang diambil di universiti semata-mata..seolah-olah universiti menjadi tempat perindustrian memproses tenaga kerja semata-mata..bukannya tempat untuk memajukan rakyat dan mewujudkan 'civil society'..

pemerintah harus sedar, apa yang mereka buat akan memberi kesan kepada seluruh rakyat, bukan hanya masyarakat luar kampus..jadi, mahasiswa perlu di beri hak untuk menambahbaik apa yang dilakukan oleh kerajaan..mahasiswa sepatutnye digalak untuk berfikir menyelesaikan masah rakkyat kerna mereka adalah golongan terpelajar yang mempunyai bayak masa untuk memikirkan penyelesaian kepada segala permasalahan yang timbul.mahasiswa juga perlu diberi peluang untuk membentangkan idea-idea tersebut dengan pelbagai cara seperti mengadakan diskusi,rapat umum,syarahan dan perbahasan dengan pemimpin sendiri..supaya rakyat dapat merasai hadirnya mahasiswa di negara kita..

adakah selepas saman pemula UKM4 ini ditolak, momentum pergerakan mahasiswa akan berubah?? sama2 kita lihat....ini akan di diskusikan oleh pihak2 terlibat..

setakat ini saja penulisan kali ini..nanti akan ku update lagi dengan cerita sensasi..hahahaha..

p/s : terima kasih sudi meluangkan masa bersama penulisan ku ini..lps diskusi tu..bru aku akn tulis cerita selanjutnya..

Monday, September 27, 2010

PREVIEW BUKU...

salam...

Gatalnye nk menaip..hahaha...sebab hari ini aku jumpa buku yang dah agak lama aku idamkan...MAHASISWA MENGGUGAT tajuknya...buku ini dah dalam 2 bulan pencarianku..akhirnya terjumpa jua di satu sudut,tersimpan rapi di rak library UM..aku tertarik sebab aktornya dan cerita dalam buku ini...diterbitkan pada tahun 1973..muka depan dah terkoyak tapi isinya ok lg..hihihi..aku tgk lam website library ada 4 bijik..tp aku cari ada 1 ni je..padan muka sapa yang lambat..aku xkn hantar buku ni selagi aku x puas baca..aku tidak mahu mengulas sendiri sebab aku pun belum baca lagi buku ni..aku letak dulu kata pengantar tu korang semua..

MEDIAFIRE..

Sunday, September 26, 2010

SARKIS UMNO MEREKRUT "BINATANG" DI ZOO

Bila tnya ko org mana...malu weh nk ckp orang UMNO..takot di cop dengan segala mcm cop..hehehe...sebeb apa?? adakah sebab SI SUDIN dah ckp UMNO tu sarkis? jadi orang mengikut UMNO adalah haiwan sarkis?? ini videonya.... youtube




apa yg sebenarnya berlaku? terlalu besar konteknya apabila kita bercakap mengenai politik...jadi aku ingin bawa kepada konteks yang lebih menjurus kepada mahasiswa...

Apakah yang telah dilakukan oleh pemerintah(UMNO-BN) kepada mahasiswa?
Hari ini baru saya mengerti mengapa dalam sudutan filem tersebut sudin mentafsirkan UMNO sebagai sarkis..lihat sahaja apa yang berlaku dalam filem tersebut..mengapa dipilih sekolah buta huruf sebagai sasaran untuk mantafsir UMNO sebagai sarkis? kerana UMNO-BN tidak mahu memberi pendidikan yang membebaskan rakyat ke arah sistam pendemokrasian..maknanya kita masih lagi dijajah..kerajaan persekutuan sekarang tidak mahu kita anak muda dan rakyat umumya untuk bangkit menentang penindasan yang telah mereka lakukan sepanjang tempoh kemerdekaan tanah air daripada penjajah British..kita hanya bebas dari penjajahan British, namun kita masih lagi belum bebas untuk bersuara,menegakkan keadilan dan berpolitik..Ini adalah neo-kolonisme..UMNO-BN menjajah rakyat bertopengkan rakyat..

Kita mahasiswa harus sedar sebenarnya kita mempunyai kuasa..kita adalah suara ketiga yang berpengaruh selain pemerintah dan badan kehakiman..dengan terlaksananya AUKU, ini jelas menindas mahasiswa untuk bersuara..dengan tidak mansuhnya ISA, rakyat masih dijajah oleh neo-kolonisme..kemerdekaan perlu dinilai dalam 2 aspek utama iaitu penjajahan dan struktur masyarakat..jika kita hanya merdeka dari penjajah, namun struktur masyarakat masih lagi terabai, maka akan muncul golongan neo-kolonisme(UMNO-BN) ini untuk terus menjajah rakyat..kita harus sedar..sepanjang kemerdekaan Malaysia..apa yang rakyat dapat nikmati? kebebasan menulis? berhujah? mencetak? berhimpun? berkartun? kalau dahulu kerajaan takut dengan komunis,maka ISA dijalankan.sekarang takut dengan kartunis akta hasutan dicanangkan..

Berbalik kepada soal mahasiswa, di dewan kuliah kita diajar untuk berfikir secara kritis dan kreatif..belajar menyelesaikan masah tanpa kebergantungan kepada kuliah dan pensyarah semata-mata..namun apabila mahasiswa mahu mempraktikkan untuk menyelesaikan masalah mahasiswa dan manusia sejagat, kita dihalang..malah yang lebih mengecawakan mahasiswa perlu mamatuhi garis panduan yang telah ditetapkan oleh golongan yang mempunyai kepentingan sendiri..ini bertentangan dengan pendidikan yang sebenar untuk mengubah struktur rakyat ke arah yang lebih baik..kalau begini keadaaannya, maka pendidikan di universiti sekarang adalah tidak kurang bezanya dengan pendidikan yang diberikan oleh penjajah British..pendidikan untuk melancarkan penjajahan mereka..seharusnya universiti menjadi tempat untuk segala perbahasan dan syarahan umum serta pandangan semua pihak agar idea-idea dalam masyarakat dapat hidup dengan subur..inilah yang dikatakan pembudayaan ilmu dalam masyarakat..sebagai contoh, pada zaman kegemilangan kota baghdad iaitu BAITUL HIKMAH..perkara pertama yang dilakukan adalah mencari,membeli,mengumpul,mentafsir dan membahaskan buku serta falsafah dari yunani..pelbagai ilmu dari segenap pelosok dunia dikumpulkan dan diterjemahkan ke dalam bahasa arab..maka budaya ilmu itu wujud dengan sokongan daripada khalifah pada zaman itu....sesiapa yang menterjemahkan buku akan mendapat ganjaran seperti emas dan hadiah-hadiah lain..perbincangan dan perbahasan turut dilakukan..maka idea-idea mereka hidup sehingga sekarang dan menjadikan tamadun mereka tamadun yang berilmu..jika anda ada terbaca kisah mengenai Al-Farabi, anda akan mengetahui bahawa beliau adalah orang yang bertanggungjawab dalam proses pencerahan tamadun eropah..Al-Farabi mengumpul karya Aristotle dan socrates serta memahami apa yang ditulis oleh 2 tokoh ini...kalau anda mengkaji falsafah, Al-Farabi digelar the second Aristotle kerana Al-Farabi yang menerangkan falsafah Aristotle..maka kalau Al-Farabi tidak wujud..dunia eropah masih lagi mundur pada waktu itu..

Alangkah indahnya jika Universiti manjadi seperti Baitul Hikmah, budaya ilmu akan subur dalam bumi malaysia dan struktur masyarakat akan bertambah baik...oleh itu universiti haruslah dibebaskan daripada tangan-tangan jijik ahli politik..universiti perlu diberi kebebasan autonomi..perkara pertama yang perlu diubah dalam universiti adalah pemilihan Timbalan Naib Censelor..siapa yang memilih mamat ni?? bukankan Menteri Pengajian Tinggi yang mempunyai kuasa penuh untuk melantik TNC bagi setiap universiti di Malaysia?..oleh itu, tidak hairan jika orang yang dipilih ini mempunyai kepentingan politik sempit Menteri tersebut..mesti ada hubung kait secara langsung antara mereka..jika TNC bebas, maka bebahagian besar pentadbiran universiti bebas dari orang politik jijik..universiti sekarang tidak ubah seperti tempat latihan haiwan sebelum masuk ke SARKIS(UMNO-BN)..mengapa saya berkata demikian? kerana mahasiswa diasuh seperti haiwan..manusia deberi akal untuk berfikir dan alhamdulillah Allah mengurniakan kelebihan kepada mahasiswa untuk berfikir dengan lebih baik..jadi kita hendaklah hapuskan tradisi menjadikan universiti sebagai sarkis..kami bukan haiwan yang hanya diajar untuk melompat,menari dan membuat aksi bodoh demi mengkayakan pemilik sarkis(UMNO).tapi kami manusia..kalau haiwan pun..jika ditindas mereka akan memberontak..tapi kami mahasiswa sedar bahawa pemberontakan tidak menyelesaikan masalah..pemimpin negara harus memberi ruang kepada mahasiswa dan universiti menghirup udara kebebasan supaya rakyat sedar mahasiswa wujud dalam kalangan mereka dan mampu menjadi "pembesar suara" bagi pihak rakyat yang ditindas seperti kes di Baling..ini juga penting dalam mewujudkan mayarakat madani (civil society)...

Akhirnya...mahasiswa wajib bersatu dan mengukuhkan "STUDENT UNITY" agar mahasiswa bukan ditakrifkan sebagai "binatang peliharaan"...mahasiswa perlu bersatu atas nama untuk membebaskan universiti dari pemimpin politik yang jijik dan pembebasan mahasiswa untuk melontar idea serta berbahas...

p/s : apakah dasar untuk mewujudkan "STUDENT UNITY" dan cara membangkitkannya...itu yang akan dibincangkan pada penulisan selepas ini..

p/s : jika ada sebarang pandangan boleh dipanjangkan ke facebook saya atau call ke 0145226443...pandangan anda amat saya hargai..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...