Thursday, September 30, 2010

WAWASAN yang tidak pasti.................... 2020 tahun yang pasti

Hari ini, selepas saya ada terbaca satu artikel mengenai wawasan 2020 di laman web malaysiakini..saya terasa ingin berkongsi pendapat dan pandangan dengan anda..mengapakah Tun Dr M menganggar bahawa wawasan 2020 tidak akan tercapai pada tahun 2020...mungkin akan tercapai pada waktu yang lebih panjang...alasannya disebabkan oleh ekonomi..ye, ada benarnya sebab kuasa ekonomi bukan hanya melibatkan sebuah negara tetapi melibatkan seluruh dunia..faktor-faktor perkembangan dan pengucupan ekonomi Amerika Syarikat memberi impak yang besar kepada Malaysia kerana matawang dunia ialah US DOLLAR..selain itu, pelbagai faktor lain seperti kadar import dan eksport,kenaikan dan penurunan harga minyak dunia serta pelancongan turut memberi impak yang besar pada ekonomi negara..

p/s : yang ni x leh ulas panjang sebab x belajar pasal ekonomi..hehehe..tanya ayah saya..beliau mengajar subjek ekonomi..xpelah, ada masa saya akan tnya..



satu lagi artikel menarik dari malaysiakini adalah ucapan dari Azman, Pengerusi Yayasan Kepimpinan Perdana pada forum CEO anjuran yayasan tersebut..


Apa yang saya ingin jelaskan disini adalah tentang cabaran kritikal wawasan 2020 yang diperkatakan oleh beliau iaitu mengenai pengusaan bahasa inggeris yang lemah akibat "polisi yang kerap-kali ditukar" dan "kos tinggi rasuah"..

hal ini ada maksud sendiri...pada pandangan beliau, saya tidak ketahui dari sudut mana isu bahasa ini dirasuah...adakah menteri kebudayaan dan warisan dirasuah? atau dalam struktur pendidikan negara sendiri terlibat dengan rasuah..saya tidak tahu tentang mereka..hanya masa yang membuktikannya..

yang saya ingin utarakan adalah apa kaitan isu bahasa inggeris dengan wawasan 2020? saya tidak faham...adakah bahasa melayu tidak boleh dijadikan medium untuk memajukan Malaysia? negara kita telah melahirkan begitu ramai lepasan ijazah,master dan Phd..sepatutnya, mereka digalakkan menterjemah bahan-bahan ilmiah dari bahasa asing ke bahasa Melayu..bagi mengkayakan keilmuan Bahasa Melayu..contoh yang paling mudah dan sering saya utarakan adalah mengenai kemajuan baghdad sebagai kota keilmuan dengan adanya Baitul hikmah sebagai perpustakaan dan pusat penterjemahan semasa era kerajaan Abbasiyyah di Baghdad, Iraq. Ia dianggap sebagai pusat intelektual dan keilmuan semasa Zaman Kegemilangan Islam..mengapa tidak kita tiru model ini yang sudah terbukti berjaya menghidupkan tamadun islam dan mencerahkan zaman gelap eropah?

link info pasal baitul hikmah.. wikipedia

harap kerajaan tidak terlalu mengagungkan bangsa dan bahasa asing dengan menidakkan hebatnya rakyat Malaysia..kalau dahulu tulisan jawi dihalau keluar dari bilik darjah..adakah Bahasa Melayu pun ikut sama??

BAHASA MELAMBANGKAN BANGSA...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...