Saturday, October 16, 2010

BAJET 2011 : MEMBAZIR,MENIPU,MENGKAYAKAN KRONI..hehehe


semalam selesai sudah cik najib bentang bajet 2011...hampah!!

korang taw x projek si bik mama, suami najib tu dapat bape?? RM111 tuk program PERMATA...hohoho..ni hadiah tuk famili ni...projek unutk suami isteri...kah3..

yang ni satu lagi yg boleh jadi projek kroni..Pembinaan projek bersepadu "Warisan Merdeka" dengan menara 100 tingkat tertinggi di Malaysia bernilai RM5 bilion yang dijangka siap pada 2015.kah3..woit...yg loji tenaga nuklear cmne? hehehe...byk tol malaysia ade bangunan..tinggi2 lak tu....ade ke pelancong datang tiap2 tahun nak tgk bende tu je?? malaysia ni suka menonjol guna kepakaran negara lain..hehehe..tu la jadinya...buat bangunan 100 tingkat..ya ALLAH, jgn la runtuh...

yang ini ada sket yang aku x setuju.. RM213 juta lagi dibajet sebagai ganjaran kepada sekolah berprestasi tinggi serta imbuhan kepada Pengetua atau Guru Besar dan Guru Cemerlang...aku setuju bg imbuhan kepada guru cemerlang..tp sekolah cemerlang mendapat ganjaran...mcm mn korang menilai sekolah cemerlang?? pencapaian akademik pelajar? hebat aktiviti kokurikulum..pada aku ini satu tindakan yang tidak adil..sebab kebanyakan sekolah yang di ketogerikn sebagai sekolah cemerlang mempunyai pelajar cemerlang dalam akademik dan kokurikulum yang ramai..macam mana sekolah luar bandar? apatah lagi sekolah yang tidak ada kemudahan asas yang cukup...ini satu pencabulan terhadap sistem pendidikan..sepatutnya, bagi pengagihan guru dan kemudahan yang sekata serta adil..supaya semua murid mendapat keadilan dalam sistem pembelajaran negara..

bagi aku..ni projek 3M..MEMBAZIR,MENIPU,MENGKAYAKAN KRONI..menipu duit rakyat tuk program BIK MAMA,mengkayakan kroni dengan bg projek warisan merdeka kepada kroni, dan tahun 2016 dan ke atas..SPRM kerja lagi kuat..hehehe..tunggu la skandal2 projek DATUK2....TV3,TV1 pun ade cerita nak buat..kah3...

Friday, October 15, 2010

UKM4 :PERJUANGAN MENENTANG PENINDASAN



salam mahasiswa dan rakyat...

setelah beberapa hari keluar kenyataan akhbar bahawa injuksi kes UKM4 ditolak oleh mahkamah rayuan.maka, secara automatiknya 4 orang mahasiswa ini akan dikenakan tindakan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berdasarkan AUKU..dimana mahasiswa yang lain? kemana perginya dulu mahasiswa-mahasiswa yang berikrar untuk membantu mereka?

itulah akibatnya jika kita melihat isu bini puaka dan UKM4 dalam konteks yang jauh bezanya..saya nak bawa isu ini dalam ruang yang lebih luas supaya kita dapat menilai seadilnya..secara khususnya kita melihat kes bini puaka ini lebih menjurus kepada kes jenayah dan kes UKM4 ini kes yang melibatkan AUKU tetapi dibawa ke mahkamah sebagai saman pemula terhadap UKM kerana mengenakan tindakan AUKU kepada mereka..itu persepsi yang dilihat oleh kebanyakan mahasiswa..


antara mangsa AUKU dari kes UKM4

sebenarnya kita boleh lihat 2 isu ini dalam satu iktikad atau pegangan..kedua-duanya melibatkan mahasiswa,perjuangan mahasiswa untuk bersuara dan mahasiswa bukan penjenayah atau orang yang boleh diperkotak-katikkan..sepatutnya mahasiswa berhak untuk bersuara atas semua isu kerana mahasiswa adalah sebahagian dari rakyat malaysia..mahasiswa perlu diberi hak untuk mengkritik mana-mana pemimpin secara terbuka seperti yang dilakukan oleh PBMUM pada tahun 70'an dahulu dalam memperjuangkan bahasa melayu..sehingga mencabar PM untuk berdebat..itu yang kita mahukan..ada toleransi antara pemerintah dan mahasiswa..

antara mangsa AUKU dari kes UKM4

apabila mahasiswa tidak diberi peluang untuk bebas bersuara dan mencabar..maka jadi la seperti kes bini puaka..contengan pada dinding dewan kuliah utama Akademik Pengajian Islam akibat timbulnya rasa tidak puas hati..kalau di tentang secara terbuka. dikenakan AUKU..maka contengan menjadi caranya sebagai menunjukkan protes...sebagai pemerintah, anda tidak boleh menyalahkan mahasiswa, kita(mahasiswa dan pemerintah) sama-sama menilai apa yang kami(mahasiswa) tuntut..tapi lagi sedih, apabila 4 mahasiswa jurusan sains politik dikenanakn AUKU kerana didakwa memberi simpati pada parti politik..saya rasa ini akta yang paling bodoh...sepatutnya mahasiswa dibenar berpolitik, bagi menanam cinta pada tanah air..saya x mahu lihat negara ini mempunyai ramai orang berilmu tapi x hiraukan keadaan sosio-politik-ekonomi..semua diserah pada penguasa politik..maka akan ada compang-campingnya..mahasiswa wajib diberi hak untuk membangkang, berhujah dan berbincang serta melancarkan sebarang tindakan yang patut atas sebarang pendapat, tindakan dan dasar yang digubal..supaya apa yang dibuat oleh kerajaan itu adil bagi semua pihak..

antara mangsa AUKU dari kes UKM4

mahasiswa bukannya kambing hitam..begitu semangat kata-kata ini terhambur dari mahasiswa apabila kes bini puaka tiada prima facie...ye..kita bukan penjenayah seperti yang disangka..begitu juga kes ukm4..mahasiswa yang turun ke medan pilihan raya bukanlah penjenayah..jadi mengapa mereka perlu didakwa?? kerana tidak mahu mahasiswa ada kesedaran politik?? ya..itulah hakikatnya..kerana mahasiswa mampu menggugat bila sedar tentang kepentingan politik..jadi, AUKU digubal...malah perlembagaan negara pun diubah sesuka hati semasa pemerintahan regim "madey" dulu..sehingga 500 kali di ubah perlembagaan negara..maka perlembagaan menjadi senjata utama untuk menekan mahasiswa..UKM4 DAN MAHASISWA BUKAN PENJENAYAH..

antara mangsa AUKU dari kes UKM4

apabila proses injuksi ditolak..maka 4 orang mahasiswa ukm akan dikenakan AUKU..rata-rata mereka adalah pelajar tahun akhir..adakah ini satu konspirasi dan pakatan untuk merosakkan masa depan mahasiswa ini? jika mereka dibuang universiti..hampir 4 tahun masa usia didewan kuliah membazir...padahal apa yang mereka buat bukannya kesalahan jenayah..beri peluang pada mereka..gugurkan dakwaan AUKU terhadap mereka dalam menunjukkan bahawa universiti merupakan tempat pembudayaan ilmu dan membina karekter modal insan..saya percaya, mereka yang akan memegang tampuk pemerintahan negara satu hari nanti...

saya menyeru agar kita mahasiswa bangkit untuk menentang penindasan terhadap kita dan membantah hak-hak kita yang telah dicabul..moga2 api perjuangan tidak akan padam..STUDENT UNITY..STUDENT POWER..

TUHAN DAH TUNJUK...

yang ni utusan meloya punye..

baru je aku berdoa dan berharap kepada Allah dan aku ada tulis dalam blog sebelum ini supaya Allah bagi hidayah sket kat pemimpin bongkak supaya diorang sedar..n hari ni yes!!! ade dlm media bahawa GAS AMMONIA BOCOR!!!!!

woit najib!! ko nk berkhayal lg ke nk buat loji nuklear? loji bahan kimia kt Gurun pun boleh bocor...sampai 10 pelajar dan guru terpaksa ke hospital..nasib baik X MATI...macam mana kalau loji nuklear bocor? tong uranium pecah? ko igt tu tong gas dapur ke? tong gas dapur tu pn punya la berhemah keluarga aku jaga..bimbang meletop..sebab melibatkan nyawa..ni uranium kasi pecah negara..mgkn najib x penah belajar sains..ko sekolah mana dulu najib???

kalau macam ni la kerjanya, x perlu la nk bongkak jadi maju macam negara lain..buat acuan sndiri dalam memajukan masyarakat dan negara..wujudkan masyarakat sivil madani...demokrasikan negara..wujudkan pembudayaan ilmu..ramaikan pemikir..baru la boleh buat loji nuklear...klu x..ko suh jgk mat salleh2 kt seberang laut keje kat malaysia..aku nk rakyat malaysia keje..n tambah la sikit mat salleh supaya ada perkongsian ilmu..aku xnk jd mcm SAUBER PETRONAS F1 dulu..bape kerat je anak melayu keje lam prospek tu? bilang sebelah tgn pun, lebih jari lg dri anak melayu...

p/s : jangan rosakkan malaysia..aku sayangkan malaysia...

ADAM LAMBERT : Salah siapa?

pakcik google bagi pinjam..hahaha


Semalam begitu meriah nampaknya konsert adam lambert..setakat aku tgk dalam youtube....aku tgk begitu bersemangat pemuada-pemuda pas dan mahasiswa islam turun ke konsert adam lambert untuk membantah konsert itu diteruskan..namun apakan daya, dalam sebuah negara berdemokrasi konsert itu tetap diteruskan dibawah kawalan FRU..

apa yang sebenernya menjadi matlamat PAS dan mahasiswa islam turun untuk berdemo dan memberikan risalah semalam? sebagai membantah bahawa Adam Lambert ini GAY..ya, saya bersetuju budaya gay tidak diterima di malaysia walhal agama mana-mana sekalipun..dan saya bersetuju dengan demo tersebut..

tapi yang menjadi persoalannya..adakah dengan berdemo masalah gay sudah terhapus semalam? kita harus sedar bahawa tabiat ini sudah menjadi barah...mengapa sebelum ni kita hanya senyap-sunyi bila ramai "mak nyah" dan sengaja menjadi "betina" mencari "rezeki" di sekitar Kuala Lumpur? tidak pulak demo di kawasan yang "panas" dengan pelacuran dan gay....

saya rasa kalau Adam Lambert buat konsert kat Singapura pun ada je yang akan pergi..bukan soal tempat yang menjadi pemangkin utama menarik orang ke konsert tu..kerana nyanyian,lagu dan populariti yang mendesak jiwa anak muda untuk ke konsert itu..mungkin ada yang ke konsert itu gay..tp adakah semua ke situ? masih ada yang "berniaga" tubuh semasa konsert berjalan...

saya boleh beri ibarat separti ini...saya masuk pertandingan lumba lari..tapi saya kalah..dan saya salahkan peserta yang menang kerana berlari x tunggu saya dan berlari terlalu laju..rasional ke alasan itu? sepatutnya saya perlu berlatih dengan bersungguh-sungguh dan mempertingkatkan stamina..bukan salahkan orang lain..

jadi..sebelum kita salahkan Adam Lambert buat konset di malaysia..tengok diri sendiri terlebih dahulu..apa yang kita buat untuk menghalang Gay di Malaysia sebelum kita salahkan orang gay luar negara..moga2 demo ini x berhenti disini sahaja..teruskan dakwah anda..bukan menghalang bakat seseorang...moga perjuangan kita di rahmati Allah...

Thursday, October 14, 2010

PROJEK KRONI...

gambar cilok dari malaysiakini...sory

hari ini Datuk Seri Anwar berkata-kata sedemikian...

Kontraktor utama yang dipertanggungjawab membina Istana Negara yang baru tidak layak mengendalikan projek bernilai jutaan ringgit itu.Katanya, syarikat berkenaan, Maya Maju (M) Sdn Bhd, disenaraikan sebagai tidak aktif oleh Suruhanjaya Syarikat ketika ia diberikan tender untuk projek berkenaan oleh Jabatan Kerja Raya pada 26 Oktober 2007.

"Syarikat ini dikuasai oleh seorang yang bernama Datuk Haji Man bin Mat, yang merupakan bekas bendahari Umno bahagian Merbok,” kata Anwar pada sidang akhbar di lobi parlimen hari ini.

"Ia hanya berdaftar sebagai sebuah syarikat pembinaan pada Ogos 2008. Ia tidak dilesenkan oleh PKK (Pusat Khidmat Kontraktor) atau CIDB (Construction Industry Development Board), yang menjadi antara syarat wajib.”

(dipetik dari malaysiakini)

ni la 1 malaysia...1 tipu..hahaha..buat projek semua nak tipu...buat istana untuk Yang Di Pertuan Agung pun nak tipu jgk ke? dah la, dulu dah ada kes kontraktor yang buat istana ni kontraktor yang sama bertanggung jawab dalam robohnya bumbung stadium terengganu yang baru..kan ade pulak kes macam ni..kalau begini la projek pembangunan di malaysia, aku terus-terang cakap, aku haramkan nuklear di bumi malaysia..

aku dah x percaya lagi kontraktor-kontraktor bumiputra buat projek..asyik rosak je...kan ko buat loji nuklear tu, roboh jugak...xde la malaysia dalam peta...

p/s : ya ALLAH...berila hidayat pada pemimpin-pemimpin Malaysia..

POLIS MAIN KEJAR2..hahaha


dipetik di malaysiakini

oii..xkn la nak guna alasan si arwah tu langgar lampu isyarat pun ko nak tembak sampai mati? kalau aku suruh adik aku jadi hakim pun,dia boleh bg justifikasi...bagi aku ini jelas salah laku tatatertib polis..xperlu la bg alasan si arwah langgar arahan lampu isyarat suh berhenti..


p/s : moga2 nasib arwah terbela...

1 MALAYSIA 3 PUNCA KUASA ELEKTRIK..hahaha

curi kat berita harian lagi..hahaha

ini ade kelakar..lepas aku emo n tacing giler2 ngn harga kereta proton...kali ni aku rasa nak gelak lak..hahaha..najib2....

Semalam dalam media massa, sapa yang dah lupa n xtaw pasal nuklear tu mari nak bagitaw balik..semalam, najib ni cakap dalam tempoh 10 tahun lagi malaysia akan ada pemprosesan nuklear untuk kegunaan tenaga elektrik...dan hari yang sama x silap aku, lantai sekolah runtuh..aku komen la..kalau lantai sekolah pun boleh roboh,longkang tersumbat, ni kalau tong uranium pecah, hancuss malaysia..n aku dah pesan kat member2 aku yang belajar kt oversea skrg..jgn balik malaysia,malaysia x selamat, n diorang cadang kt aku suh duk oversea...kalau fikirkan keselamatan aku sorang je..dah lama aku blah..tp rakyat miskin? nak diorang jd bahan api tuk bakar uranium? kah3...AKU SAYANG MALAYSIA..AKU BENCI PENGKHIANAT NEGARA..aku xkn tinggalkan malaysia...




hari lak dalam media...atok najib ni dah lupa pasal semalam..sebab dia dah nyanyuk..dia pegi lak lancar tenaga hijau...nk guna tenaga solar....hahaha..najib, hang lupa ka? semalam,hang ckap dah ada 8 tapak yang sesuai untuk bangunkan tenaga nuklear.kat mana tanah tu oii? mesti orang asli akan dihalau dari tanah kelahiran mereka..dipaksa duk bandar..hutan ditebang..itu ke cara tenaga hijau nak dibangunkan untuk projek hari ni?hahaha...

cukup la tipu rakyat..semalam janji nak buat loji nuklear dalam tempoh 10 tahun, hari ni cakap nak jadi hub tenaga hijau lak dalam tempoh 10 tahun..sempat ke? duit hutang sukan komonwel pun x abis bayar..rakyat nak pagi makan esok pun, kene susun duit syiling malam ni..bangang tol..selesaikan masalah kemiskinan dulu..jangan lak ko suruh TNB naikkan tarif elektrik dah..

p/s : diorang nak cari untung tuk kroni2...lepas ni SPRM makin banyak la keje...hahahaha..selamat bekerja SPRM...

PROTON INSPIRA ganti WAJA...




gambar mintak ngn pakcik google..


ni lak macam biasa la..curi kat berita harian online..

Bagus dari luaran pada gambar..first time aku tgk macam tertarik...tapi aku pun belom tgk yang betulnya.adakah betul macam ni rupanya? tunggu dan lihat...pergh gua ckp..ada mcm BMW ngn LANCER..lawa siot...tp pakai enjin pe? copy yang jepun jugak ke? ke still pakai waja punye? aku belum dpt lg spesifikasi betul kereta tu..ada cerita kata guna enjin mitshubisi tapi dipertingkatkan dengan pemanduan proton...tp aku dah taw harganya..

RM 79,888 - RM95000

woit!! kereta pe ko buat sampai mahal camtu??ko nk sape pakai ni? rakyat jelata ke ko nk import je? tp yang aku pelik bila..............



dulu kecoh bila kereta proton yang dijual di arab saudi lebih jauh murah..nak taw berapa harganya??

proton perdana - SR36,100
proton gen2 - SR33,600
proton waja - SR37,950

agak2 nya dalam ringgit malaysia berapa?


Riyal adalah unit Mata Wang Saudi Arabia dengan kod SAR.
Tukaran 1 Riyal kepada Ringgit Malaysia pada hari ini
1 [Saudi Arabia] Riyal = 0.8663 [Malaysia] Ringgit
(nilai tukaran pada 19 jun 2010)



korang agak2 la berapa harga...lepas tu banding ngn harga di malaysia.....hahaha..orang malaysia kene tipu lagi..

woit!! dulu apa kes ko jual kereta proton kat arab saudi jauh lebih murah dari negara kelahiran kereta ni?? ni kes kera di hutan disusukan..anak dirumah mati kelaparan..

BANGANG PUNYA KERAJAAN..nak rakyat derita...ko buka syarikat tu pun guna duit rakyat la..lepas tu ko nak NYAYA kn rakyat?????? bagi la potongan 50%...kah3..


p/s : lepas ni, nak beli kereta proton, beli kat arab saudi..kat sana lagi murah,sebab penasihat proton orang arab..kah3...kawan2 aku kat mesir, beli kereta inspira kat aku sebuah..esok aku bank in...kah3!! nak beli kereta malaysia pun kne import jugak ke??


Apa tugas KITA?

dipetik dari utusan meloya online..


nampaknya setelah naik turun mahkamah bertahun-tahun, ini rupanya nasib 4 mahasiswa UKM yang didakwa terlibat dalam kempen pilihan raya kecil Hulu Selangor..tindakan yang jelas menentang proses demokrasi yang sihat di malaysia..yang peliknya, rakyat yang berusia 21 tahun layak untuk mengundi dan mahasiswa berusia 21 tahun memang wujud dan diberi hak mengundi tetapi yang malang tidak boleh menunjukkan simpati..macam mana tu??

x pelik ke? kalau pangkah undi boleh, tapi nak tunjuk simpati x boleh..adakah memangkah undi pada sesebuah parti itu bukan menunjukkan simpati?? ibaratnya saya nak berkahwin, tetapi saya x boleh menunjukkan minat pada perempuan..logik ke? bukan kah itu bangang namanya??

sehinggakan ada mahasiswa tidak tahu bahawa pada usia 21 tahun dan ke atas, mereka layak mengundi...sehingga begitu teruk keadaannya apabila AUKU sudah sebati dalam DNA pelajar kolej dan universiti..walaubagaimanapun, tiada jugak program kesedaran untuk mengundi..sebab pe? sebab kerajaan tahu,bahawa anak muda akan menentang mereka...

pada aku, kalau pilihanraya ni mampu mengubah landskap politik malaysia, dah lama demokrasi pilihanraya di haramkan..senang2 cakap jelah..MAHASISWA, ANDA DIHARAMKAN MEMANGKAH PAKATAN RAKYAT...JOIN AHLI UMNO DIALUKAN...hahaha...

kepada aktivis-aktivis mahasiswa diluar sana...bersama menunjukkan solidariti menentang AUKU..

p/s : menteri-menteri x sedar, mereka pun duk terpekik terlolong menentang kerajaan dulu semasa usia mahasiswa....lupa?? tengok diari malam ni..hehehe

Wednesday, October 13, 2010

KEJAM? biasa.......

dipetik dari malaysiakini

Bagi aku...perkataan kejam tidak cukup untuk gambarkan kejahatan yang dilakukan terhadap arwah Aminul..ini adalah tindakan yang tidak berkeperimanusian..17 kelongsong peluru dijumpai...hampir 10 kesan tembakan pada kereta mangsa..mangsa meninggal di tempat kejadian...teruk...pada aku langsung tiada belas kasian..

wajarkah kita menembak sehingga mati seorang pemandu kenderaan yang melanggar undang-undang jalan raya walaupun tiada berbalas tembakan? bagi aku, it's ok kalau polis nak tembak sehingga mati kalau ada berbalas tembakan, kerna itu melibatkan soal nyawa polis dan masyarakat sekitar..tp tiada pun si arwah ni serang polis...


dipetik dari malaysiakini


diharapkan kes ini mendapat perhatian dari semua pihak..kerna ia melibatkan salah laku penjaga keamanan negara...apa2 pun, semoga nasib arwah terbela dan arwah ditempatkan dikalangan orang soleh...


P/S : mungkin polis tu igt dia tgh main "polis-entry" pakai pistol air..mcm zaman kecik2 dulu..hahaha

BIK MAMA berkokok....

Wanita Pertama Malaysia ialah PERMAISURI YANG DIPERTUAN AGONG


sejak akhir-akhir ni..pelbagai polemik melanda negara...tidak terkecuali dengan kisah BIK MAMA..baru-baru ini BIK MAMA berjaya mengumpul 14 orang wanita pertama dari negara Afrika kecuali Laos untuk lepak-lepak dalam Malaysia..

bagi aku, hanya 14 sahaja yang hadir amat ku hairani..kerana aku mengagakkan hanya BIK MAMA dan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil sahaja yang akan hadir..hahaha..dengan menggunakan dakwaan bahawa dia lah FIRST LADY malaysia, dia cuba meraih simpati dari negara2 maju dengan iklan yang bernilai RM1.5 JUTA di akhbar New York Times di Amerika untuk mengesahkan dakwaannya..namun, sayangnya first lady lain tahu, malaysia ada Raja Berpelembagaan..

rata-rata yang hadir adalah dari dunia kelas ketiga dan membangun seperti First Lady dari Afghanistan, Gambia, Ghana, Iran, Jamaica, Mali, Mauritius, Mozambique, Nigeria, Paraguay, Seychelles, Sierra Leon, Sudan dan Zambia.sepatutnya perjumpaan ni patut ditukar kepada..lepak2 di malaysia bersama First Lady Afrika...bukannya SIDANG WANITA PERTAMA..


P/S 4 BIK MAMA : x payah la nk tipu first lady negara lain..diorang dah kaji status awk...diorang ade tgk video perempuan puaka kat youtube..dia ckp takot nk jmpe ngn awk...hahaha..takot berpuaka mcm di Akademik Pengajian Islam UM...xtaw sapa yang tulis...kwn sepuaka BIK MAMA kot..hahaha..kat afrika ni, aku rasa boleh la ko tipu sbb kat umah diorang xde intrnt kot..soo, xleh nk tgk video tu..pasni ko bwk la kwn2 ko tu pegi round2 malaysia....

MALAYSIA BOLEH !! RUNTUH lagi......


Yang x lucu..take it serious..hehehe...walaupun bila first time aku baca..dah tergelak...

apa yang malaysia boleh buat sebenarnya? buat staduim, stadium runtuh, buat atap, atap mahkamah pun bocor, buat jambatan kecik pun roboh sampai tekorban murid sekolah satu masa dahulu.....hahaha...yang ni sekolah..sekolah pun nak runtuh jugak..macam mana buat bangunan? x kaji dulu ke struktur tanah? ke main buat je? tambun tanah 5 kaki pagi td..petang ni dah korak lubang nak buat tiang asas...teruk la...

kalau macam ni..x payah la najib, ko duk merapu nak buat tenaga nuklear..sekali tong uranium tu pecah..hancur terburai malaysia..fikir-fikirkan la..atau projek nuklear ni satu helah nak tutup 1 NAJIB,1 ALTANTUYA???

KAH,KAH,kah,kah.....memang geli hati...jangan tipu rakyat lagi.....

p/s : unit kedai 1 tingkat kat kolej 12 (UM) pun dah terpaksa ditutup..sebab bangunan tu x diluluskan..dah ada bahagian yang retak..aku rasa kolej 12 baru je lg..kalau nk di banding dengan kolej 2 (UM)..hehehe..jgn la kolej 12 buat hal lagi....

berahim : rajo xsey doh ko mu.....




kesian ko mu berahim...hahahaha

harini ni aku rasa, ini berita paling lawak..orang yang mendakwa kononnya dirinya memperjuangkan ketuanan melayu dan insitusi diraja dilucutkan gelaran "Datuk" oleh raja..hahaha...

mari cini nak pesan berahim...
kalau sultan kelantan pun boleh tarik gelaran datuk..rakyat jelata lagi la meluap dengan tindakan kau..konon nak berjuang untuk bangsa melayu..tp apa melayu dapat? dapat malu?hahaha..kalau dah macam katak..ko lompat jela duk negeri lain..tukar kerakyatan negeri kelantan..

inilah akibatnya bila berjuang untuk dapatkan status dan gelaran..bila gelaran dah ditarik balik..bising2....kalau nak berjuang ,biar la ikhlas...jgn porak perandakan negara...nak berjuang untuk melayu..tp rosakkan nama melayu...

senang2, ko pakai je gelaran RAJA KATAK..kah3..

p/s 4 mahasiswa : jgn pilih katak...

TENGGELAMNYA MAHASISWA


mahasiswa UM pada 1960-1970'an begtu lantang berjuang..sekarang, sudah hilang?


Dimana mahasiswa sekarang? sebagai mahasiswa, adakah anda merasakan anda mahasiswa? siapa mahasiswa sebenarnya?

aku pun tanya la Pak Lebai GOOGLE...last2....aku jumpa dekat malaysiakini..ini dia mahasiswa pak lebai google ckp..

"Istilah mahasiswa itu sendiri, jika direnung dan dicermati, ia mengandungi maksud yang besar. Mahasiswa terbit dari kosa kata 'maha' dan 'siswa'. 'Maha' bererti agung, besar dan hebat. Manakala, siswa adalah segolongan pelajar cerdik pandai yang lahir daripada universiti.

betul ke siswa ni golongan cerdik pandai yang lahir dari universiti? abis tu kalau x belajar kat universit diorang panggil pe eh?hehehe..ye, aku setuju kalau pelajar cerdik lahir dari universiti..tapi,adakah kita menggunakan kecerdikan yang dikurniakan dengan baik? pernahkah kita gunakan kuasa minda sepenuhnya untuk berfikir luar dari kongkongan dewan kuliah?

pada hakikatnya, mahasiswa bukan hanya tenaga kerja untuk di isi di pelbagai sektor industri dan jabatan,tetapi lebih dari itu..sepatutnya, sebagai mahasiswa kita harus sedar bahawa segala masalah yang dihadapi oleh rakyat malaysia sejagat, perlu kita selesaikan dengan idea-idea dan tindakan yang tepat, tidak semestinya mengikut arahan universiti dan kerajaan..selagi kita rasakan itu hak kita, kita harus berjuang..kita tidak boleh membiarkan ahli-ahli politik menyelesaikan semua masalah,samada ekonomi,pendidikan,politik dan pentadbiran negara hanya kepada mereka,kerna mereka akan mencari jalan penyelesaikan mengikut kemahuan dan kepentingan masing-masing..

fikrah pemikiran mahasiswa telah dicantas oleh pemerintah zalim..tidak seperti dahulu, sebelum adanya AUKU,idea-idea mahasiswa yang bernas memayungi rakyat yang tertindas.


namun, yang sedihnya mahasiswa seolah-olah tidak ambil peduli dengan masalah-masalah negara..mengapa terjadi sedemikian? adakah mahasiswa sudah rasa begitu selesa dengan AUKU? sehingga merasakan masalah di luar dewan kuliah bukan masalah mahasiswa? hilangnya cakna kita kepada rakyat..kita tidak sedar bahawa duit yang kita gunakan untuk belajar datangnya dari duit rakyat yang membayar cukai..oleh itu, masalah rakyat adalah masalah kita bersama..gunakan akal dan minda yang seeloknya untuk menyelasaikan masalah diluar sana..

malangnya, kerajaan dan HEP menghalang mahasiswa yang sedar untuk bangkit menentang penindasan yang dilakukan dengan menggunakan AUKU..mahasiswa dipaksa untuk bertaklid buta kepada mereka..seolah-olah kita lembu yang dicucuk hidung..hinanya mahasiswa kalau begini keadaannya..

ayuh rakan2ku...bersama-sama bangkit dan sedar tentang apa yang berlaku diluar sana..bangkit untuk menuntuk hak kita supaya bebas bersuara, menyampaikan pandangan,berdiskusi dan menjalankan perbincangan..semoga mahasiswa tidak tenggelam dalam arus zaman..

Sunday, October 10, 2010

antara You Again dan kAmU lagi...

poster

klik la pada gambar kalau rasa gambar ni kecik..dan nak dapatkan informasi..

xde pape pun sbnrnya....hahaha..saje nk cuba sesuatu.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...