Friday, October 15, 2010

ADAM LAMBERT : Salah siapa?

pakcik google bagi pinjam..hahaha


Semalam begitu meriah nampaknya konsert adam lambert..setakat aku tgk dalam youtube....aku tgk begitu bersemangat pemuada-pemuda pas dan mahasiswa islam turun ke konsert adam lambert untuk membantah konsert itu diteruskan..namun apakan daya, dalam sebuah negara berdemokrasi konsert itu tetap diteruskan dibawah kawalan FRU..

apa yang sebenernya menjadi matlamat PAS dan mahasiswa islam turun untuk berdemo dan memberikan risalah semalam? sebagai membantah bahawa Adam Lambert ini GAY..ya, saya bersetuju budaya gay tidak diterima di malaysia walhal agama mana-mana sekalipun..dan saya bersetuju dengan demo tersebut..

tapi yang menjadi persoalannya..adakah dengan berdemo masalah gay sudah terhapus semalam? kita harus sedar bahawa tabiat ini sudah menjadi barah...mengapa sebelum ni kita hanya senyap-sunyi bila ramai "mak nyah" dan sengaja menjadi "betina" mencari "rezeki" di sekitar Kuala Lumpur? tidak pulak demo di kawasan yang "panas" dengan pelacuran dan gay....

saya rasa kalau Adam Lambert buat konsert kat Singapura pun ada je yang akan pergi..bukan soal tempat yang menjadi pemangkin utama menarik orang ke konsert tu..kerana nyanyian,lagu dan populariti yang mendesak jiwa anak muda untuk ke konsert itu..mungkin ada yang ke konsert itu gay..tp adakah semua ke situ? masih ada yang "berniaga" tubuh semasa konsert berjalan...

saya boleh beri ibarat separti ini...saya masuk pertandingan lumba lari..tapi saya kalah..dan saya salahkan peserta yang menang kerana berlari x tunggu saya dan berlari terlalu laju..rasional ke alasan itu? sepatutnya saya perlu berlatih dengan bersungguh-sungguh dan mempertingkatkan stamina..bukan salahkan orang lain..

jadi..sebelum kita salahkan Adam Lambert buat konset di malaysia..tengok diri sendiri terlebih dahulu..apa yang kita buat untuk menghalang Gay di Malaysia sebelum kita salahkan orang gay luar negara..moga2 demo ini x berhenti disini sahaja..teruskan dakwah anda..bukan menghalang bakat seseorang...moga perjuangan kita di rahmati Allah...

2 comments:

  1. setuju...yang sedia ada dan lama bertapak di Malaysia bukan nak hapuskan dahulu, tapi melebih kuah dari sudu pulak bila ada kunjungan dan konsert oleh artis luar yang mengaku dirinya gay...kalau die tak mengaku di media yang die ni gay pun, pas takkan bersusah payah turun padang kan?

    ReplyDelete
  2. kesian golongan gay, dunia x terima, akhirat apa ntah lagi. nak nyanyi pon xley,

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...