Friday, October 15, 2010

UKM4 :PERJUANGAN MENENTANG PENINDASAN



salam mahasiswa dan rakyat...

setelah beberapa hari keluar kenyataan akhbar bahawa injuksi kes UKM4 ditolak oleh mahkamah rayuan.maka, secara automatiknya 4 orang mahasiswa ini akan dikenakan tindakan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berdasarkan AUKU..dimana mahasiswa yang lain? kemana perginya dulu mahasiswa-mahasiswa yang berikrar untuk membantu mereka?

itulah akibatnya jika kita melihat isu bini puaka dan UKM4 dalam konteks yang jauh bezanya..saya nak bawa isu ini dalam ruang yang lebih luas supaya kita dapat menilai seadilnya..secara khususnya kita melihat kes bini puaka ini lebih menjurus kepada kes jenayah dan kes UKM4 ini kes yang melibatkan AUKU tetapi dibawa ke mahkamah sebagai saman pemula terhadap UKM kerana mengenakan tindakan AUKU kepada mereka..itu persepsi yang dilihat oleh kebanyakan mahasiswa..


antara mangsa AUKU dari kes UKM4

sebenarnya kita boleh lihat 2 isu ini dalam satu iktikad atau pegangan..kedua-duanya melibatkan mahasiswa,perjuangan mahasiswa untuk bersuara dan mahasiswa bukan penjenayah atau orang yang boleh diperkotak-katikkan..sepatutnya mahasiswa berhak untuk bersuara atas semua isu kerana mahasiswa adalah sebahagian dari rakyat malaysia..mahasiswa perlu diberi hak untuk mengkritik mana-mana pemimpin secara terbuka seperti yang dilakukan oleh PBMUM pada tahun 70'an dahulu dalam memperjuangkan bahasa melayu..sehingga mencabar PM untuk berdebat..itu yang kita mahukan..ada toleransi antara pemerintah dan mahasiswa..

antara mangsa AUKU dari kes UKM4

apabila mahasiswa tidak diberi peluang untuk bebas bersuara dan mencabar..maka jadi la seperti kes bini puaka..contengan pada dinding dewan kuliah utama Akademik Pengajian Islam akibat timbulnya rasa tidak puas hati..kalau di tentang secara terbuka. dikenakan AUKU..maka contengan menjadi caranya sebagai menunjukkan protes...sebagai pemerintah, anda tidak boleh menyalahkan mahasiswa, kita(mahasiswa dan pemerintah) sama-sama menilai apa yang kami(mahasiswa) tuntut..tapi lagi sedih, apabila 4 mahasiswa jurusan sains politik dikenanakn AUKU kerana didakwa memberi simpati pada parti politik..saya rasa ini akta yang paling bodoh...sepatutnya mahasiswa dibenar berpolitik, bagi menanam cinta pada tanah air..saya x mahu lihat negara ini mempunyai ramai orang berilmu tapi x hiraukan keadaan sosio-politik-ekonomi..semua diserah pada penguasa politik..maka akan ada compang-campingnya..mahasiswa wajib diberi hak untuk membangkang, berhujah dan berbincang serta melancarkan sebarang tindakan yang patut atas sebarang pendapat, tindakan dan dasar yang digubal..supaya apa yang dibuat oleh kerajaan itu adil bagi semua pihak..

antara mangsa AUKU dari kes UKM4

mahasiswa bukannya kambing hitam..begitu semangat kata-kata ini terhambur dari mahasiswa apabila kes bini puaka tiada prima facie...ye..kita bukan penjenayah seperti yang disangka..begitu juga kes ukm4..mahasiswa yang turun ke medan pilihan raya bukanlah penjenayah..jadi mengapa mereka perlu didakwa?? kerana tidak mahu mahasiswa ada kesedaran politik?? ya..itulah hakikatnya..kerana mahasiswa mampu menggugat bila sedar tentang kepentingan politik..jadi, AUKU digubal...malah perlembagaan negara pun diubah sesuka hati semasa pemerintahan regim "madey" dulu..sehingga 500 kali di ubah perlembagaan negara..maka perlembagaan menjadi senjata utama untuk menekan mahasiswa..UKM4 DAN MAHASISWA BUKAN PENJENAYAH..

antara mangsa AUKU dari kes UKM4

apabila proses injuksi ditolak..maka 4 orang mahasiswa ukm akan dikenakan AUKU..rata-rata mereka adalah pelajar tahun akhir..adakah ini satu konspirasi dan pakatan untuk merosakkan masa depan mahasiswa ini? jika mereka dibuang universiti..hampir 4 tahun masa usia didewan kuliah membazir...padahal apa yang mereka buat bukannya kesalahan jenayah..beri peluang pada mereka..gugurkan dakwaan AUKU terhadap mereka dalam menunjukkan bahawa universiti merupakan tempat pembudayaan ilmu dan membina karekter modal insan..saya percaya, mereka yang akan memegang tampuk pemerintahan negara satu hari nanti...

saya menyeru agar kita mahasiswa bangkit untuk menentang penindasan terhadap kita dan membantah hak-hak kita yang telah dicabul..moga2 api perjuangan tidak akan padam..STUDENT UNITY..STUDENT POWER..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...