Wednesday, October 13, 2010

TENGGELAMNYA MAHASISWA


mahasiswa UM pada 1960-1970'an begtu lantang berjuang..sekarang, sudah hilang?


Dimana mahasiswa sekarang? sebagai mahasiswa, adakah anda merasakan anda mahasiswa? siapa mahasiswa sebenarnya?

aku pun tanya la Pak Lebai GOOGLE...last2....aku jumpa dekat malaysiakini..ini dia mahasiswa pak lebai google ckp..

"Istilah mahasiswa itu sendiri, jika direnung dan dicermati, ia mengandungi maksud yang besar. Mahasiswa terbit dari kosa kata 'maha' dan 'siswa'. 'Maha' bererti agung, besar dan hebat. Manakala, siswa adalah segolongan pelajar cerdik pandai yang lahir daripada universiti.

betul ke siswa ni golongan cerdik pandai yang lahir dari universiti? abis tu kalau x belajar kat universit diorang panggil pe eh?hehehe..ye, aku setuju kalau pelajar cerdik lahir dari universiti..tapi,adakah kita menggunakan kecerdikan yang dikurniakan dengan baik? pernahkah kita gunakan kuasa minda sepenuhnya untuk berfikir luar dari kongkongan dewan kuliah?

pada hakikatnya, mahasiswa bukan hanya tenaga kerja untuk di isi di pelbagai sektor industri dan jabatan,tetapi lebih dari itu..sepatutnya, sebagai mahasiswa kita harus sedar bahawa segala masalah yang dihadapi oleh rakyat malaysia sejagat, perlu kita selesaikan dengan idea-idea dan tindakan yang tepat, tidak semestinya mengikut arahan universiti dan kerajaan..selagi kita rasakan itu hak kita, kita harus berjuang..kita tidak boleh membiarkan ahli-ahli politik menyelesaikan semua masalah,samada ekonomi,pendidikan,politik dan pentadbiran negara hanya kepada mereka,kerna mereka akan mencari jalan penyelesaikan mengikut kemahuan dan kepentingan masing-masing..

fikrah pemikiran mahasiswa telah dicantas oleh pemerintah zalim..tidak seperti dahulu, sebelum adanya AUKU,idea-idea mahasiswa yang bernas memayungi rakyat yang tertindas.


namun, yang sedihnya mahasiswa seolah-olah tidak ambil peduli dengan masalah-masalah negara..mengapa terjadi sedemikian? adakah mahasiswa sudah rasa begitu selesa dengan AUKU? sehingga merasakan masalah di luar dewan kuliah bukan masalah mahasiswa? hilangnya cakna kita kepada rakyat..kita tidak sedar bahawa duit yang kita gunakan untuk belajar datangnya dari duit rakyat yang membayar cukai..oleh itu, masalah rakyat adalah masalah kita bersama..gunakan akal dan minda yang seeloknya untuk menyelasaikan masalah diluar sana..

malangnya, kerajaan dan HEP menghalang mahasiswa yang sedar untuk bangkit menentang penindasan yang dilakukan dengan menggunakan AUKU..mahasiswa dipaksa untuk bertaklid buta kepada mereka..seolah-olah kita lembu yang dicucuk hidung..hinanya mahasiswa kalau begini keadaannya..

ayuh rakan2ku...bersama-sama bangkit dan sedar tentang apa yang berlaku diluar sana..bangkit untuk menuntuk hak kita supaya bebas bersuara, menyampaikan pandangan,berdiskusi dan menjalankan perbincangan..semoga mahasiswa tidak tenggelam dalam arus zaman..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...