Thursday, October 14, 2010

PROJEK KRONI...

gambar cilok dari malaysiakini...sory

hari ini Datuk Seri Anwar berkata-kata sedemikian...

Kontraktor utama yang dipertanggungjawab membina Istana Negara yang baru tidak layak mengendalikan projek bernilai jutaan ringgit itu.Katanya, syarikat berkenaan, Maya Maju (M) Sdn Bhd, disenaraikan sebagai tidak aktif oleh Suruhanjaya Syarikat ketika ia diberikan tender untuk projek berkenaan oleh Jabatan Kerja Raya pada 26 Oktober 2007.

"Syarikat ini dikuasai oleh seorang yang bernama Datuk Haji Man bin Mat, yang merupakan bekas bendahari Umno bahagian Merbok,” kata Anwar pada sidang akhbar di lobi parlimen hari ini.

"Ia hanya berdaftar sebagai sebuah syarikat pembinaan pada Ogos 2008. Ia tidak dilesenkan oleh PKK (Pusat Khidmat Kontraktor) atau CIDB (Construction Industry Development Board), yang menjadi antara syarat wajib.”

(dipetik dari malaysiakini)

ni la 1 malaysia...1 tipu..hahaha..buat projek semua nak tipu...buat istana untuk Yang Di Pertuan Agung pun nak tipu jgk ke? dah la, dulu dah ada kes kontraktor yang buat istana ni kontraktor yang sama bertanggung jawab dalam robohnya bumbung stadium terengganu yang baru..kan ade pulak kes macam ni..kalau begini la projek pembangunan di malaysia, aku terus-terang cakap, aku haramkan nuklear di bumi malaysia..

aku dah x percaya lagi kontraktor-kontraktor bumiputra buat projek..asyik rosak je...kan ko buat loji nuklear tu, roboh jugak...xde la malaysia dalam peta...

p/s : ya ALLAH...berila hidayat pada pemimpin-pemimpin Malaysia..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...