Sunday, January 16, 2011

MERITOKRASI DAN KOUTA IPTA UNTUK BUMIPUTERA

sebelum berbicara panjang..apakah sistem meritokrasi ni? apa pula maksud bumiputera?

Menurut Kamus Dewan, meritokrasi bermaksud sistem sosial yang menyanjung tinggi kedudukan seseorang kerana kebolehannya; bukan kerana keturunan atau kekayaannya.

Bumiputera atau peribumi ialah penduduk asal sesuatu tempat, contohnya seperti di Tanah Melayu. Golongan yang dikira sebagai bumiputera menurut undang-undang adalah semua suku kaum Orang Asli, Melayu (menurut tarifan Perlembagaan Malaysia), peribumi Sabah, dan peribumi Sarawak.

secara mudahnya aku mencari dalam google…berbincang topik ini sememangnya membosankan..apatah lagi ia isu yang tidak pernah di ambil “ port” oleh mana-mana mahasiswa..jadi aku cuba bawak topik ini secara santai dan lebih merujuk kepada penyoalan..

sebelum memulakan pembacaan.,.aku nak pembaca fikir tentang mana yang lebih penting…mana lebih penting antara kapal selam atau sebuah fakulti perubatan..mana lebih penting antara menumpangkan syeikh muzapar menaiki teksi ke ISS atau memberi subsidi kepada rakyat? MANA YANG LEBIH PENTING??

yang mampu menjawab adalah mereka yang berfikir..

meritokrasi adalah perkataan yang berasal dari perkataan merit..melaui sistem merit ni, pelajar akan diberi merit untuk kemasukan ke universiti berdasarkan kepada kelayakan dan penglibatan aktif pelajar..

tapi kita jangan lupa..bahawa ada segelintir pemikiran ortodoks melayu dalam gua yang masih mempunyai fikrah bahawa universiti di malaysia seharusnya dikuasai melayu sahaja..inilah yang menyebabkan timbulnya kuota bumiputera untuk kemasukan ke universiti dan pemilihan biasiswa..

dua kes ini terlalu amat kontra untuk diletakkan dalam satu muka..kenapa? jika ramai bukan bumiputera layak untuk masuk ke universiti melaui meritokrasi..maka mereka yang menganuti fahaman kuota bumiputera akan melenting kepanasan macam cacing yang dicucuk  mata kail..

sebagai menyokong 1MALAYSIA, sistem meritokrasi ini sangat baik kerana kita hidup berbilang kaum iaitu 1MALAYSIA..hahaha..orang bodoh je menerima 1MALAYSIA secara bulat-bulat..AKU MENOLAK 1MALAYSIA..bukan kerana APCO, YAHUDI atau membazir..tapi, kerana ideologi itu bukan dari rakyat…fahaman karut 1MALAYSIA ini dipaksakan oleh pemerintah terhadap hamba abdinya..jadi fahaman ini wajib ditolak oleh rakyat..

merujuk kepada IPTA..dua sistem ini iaitu MERITOKRASI dan KUOTA BUMIPUTERA..pada aku sistem kuota bumiputera hanyalah satu sistem yang zalim lagi kejam..adakah kerana aku ini cina atau india? tidak! aku adalah rakyat malaysia…tiada apa yang boleh di banggakan dengan melayu kerana kita sama sahaja..jangan terlalu taksub dengan ajaran Ibrahim Ali dengan fahaman rasisnya..ajaran ketuanan melayu UMNO yang hanya menyemarakkan lagi kebenciaan bukan melayu terhadap pemerintah zalim ini..

pada persimpangan ini, kita harus sedar bahawa kita menyanyikan lagu kebangsaan yang sama, menyambut hari kemerdekaan yang sama dan bernaung dibawah raja/sultan yang sama, jadi tidak timbul soal bumiputera sepatutnya mendapat lebih dari bukan bumiputera..kenapa bumiputera mahu lebih?? kita jangan lupa, bahawa melayu datangnya dari afrika dan sebahagiannya dari tanah besar cina..sebenarnya, melayu juga golongan pendatang…siapa parameswara? bukankah dia juga seorang perantau?? yang merantau dan memerintah melaka??

jadi, sistem meritokrasi ini amatlah releven dan wajar untuk memajukan sistem pendidikan negara..tetapi, sistem ini haru diperjelaskan oleh mereka yang berwajib supaya tidak wujud soal pilih kasih terhadap bangsa sendiri..dalam pemilihan ke IPTA, kita perlu adil supaya mahasiswa adalah mahasiswa..bukannya pembuat logo 1MALAYSIA terbesar atau peserta nyanyia lagu 1MALAYSIA paling ramai..

sebelum marah atau gelak-gelak..marilah kita menuntu agar PENDIDIKAN BUKAN  UNTUK DIPERNIAGAKAN..PENDIDIKAN PERCUMA UNTUK SETIAP ORANG !!!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...