Saturday, October 30, 2010

TATKALA MENGULANGKAJI...


KUMAN SEBERANG LAUT NAMPAT, GAJAH SEBALAH BUAT-BUAT BUTA..hahaha

itulah pengibaratan paling sesuai tuk UMNO...apa x nya..cerita dalam blog tentang Sutan Kelantan lawat Galas dia nampak, tapi masalah kemudahan di batu sapi buat-buat x nmpak..mana x nya..bila 2 kali Ansari jatuh laut..semuanya gara-gara jambatan dan jeti kayu yang x diselenggara dan dibaik pulih..malah apa yang lebih mynedihkan, sepanjang UMNO-BN memerintah di batu sapi, keadaan kemudahan masih ditahap malaysia baru merdeka...jeti kayu uzur, jalan bertar yang rosak, dan kurang bekalan air bersih..


masalah rakyat dipandang sebelah mata..yang mereka nampak adalah wang mesti ada bila pilihanraya menjelma...x percaya?? ni dia..hahaha

hahaha..bila ada pilihanraya kecil je..mesti dapat projek baru....Galas dapat projek perumahan, Batu Sapi dapat masjid..hahaha..bestnye bila ada Adun atau Ahli Parlimen mati..rakyat dapat kesenangan setelah wakil mereka mati..hahaha..

wakil rakyat sekalian, kalau anda rasa anda x mampu untuk bagi kemajuan pada kawasan anda..x payah takot..sebab bila anda mati atau meletakkan jawatan, orang UMNO-BN akan bagi kesenangan pada rakyat kawasan anda...hahaha..itu adalah hakikatnya, dan ia terbukti..inilah yang dikatakan hidup berguna, mati berjasa..hahaha

mengapa sepanjang pemerintahan BN, Batu sapi masih lagi berkeadaan sebegini? kemudahan asas masih lagi x dapat dipenuhi tatkala najib begitu gah untuk menghantar angkasawan ke ISS,tatkala kita berbangga dengan litar F1, tatkala kita tersenyum memanjang bila kagum tingginya Menara Petronas menjulang awan, tatkala najib berangan-angan membina bangunan 100 tingkat dan loji nuklear...

adakah kita ingin mengikut jejak langkah afrika selatan..setelah World Cup berlalu, hanya tinggal kerusi stadium dipayungi bumbung, rakyat dipayungi awan, tidur beralaskan tanah dan tar...adakah mereka berbangga melihat stadium tatkala mereka berlapar seharian??


ADAKAH KITA PULANG BERBANGGA MEMEGANG IJAZAH
TATKA MELIHAT RAKYAT TIDUR DIKAKI LIMA
ANAK KECIL BERMAIN DI LONGKANG
WARGA TUA TIDAK DIHIRAUKAN
RAKYAT TERUS DIZALIMI
KITA YANG AKAN
MENGUBAHNYA

Friday, October 29, 2010

PEMIMPIN MACAM "KATAK" JADI PERSATUAN KATAK LA...

berita pada 27/10/2010

berita pada 28/10

hahaha....lawak la..nak tergelak aku..PERKASA BUAT U-TURN..kah3..sah la..kalau dah katak yang jadi pemimpin...maka yang di pimpin persatuan katak la..hahaha..

woit!! bangang la..memang group brehim ni ikut mood orang melayu eh? kalau orang melayu bantah ko bantah..kalau orang melayu sokong, ko sokong..xde pendirian ke?? x malu ke buat pengunguman U-TURN pada keesokan harinya...hahaha

semalam halal lagi "berdisko" hari ni dah "haram"...hahaha....silap aku x pegi semalam..kah3....

BODOH...nk ikut lg ke PERKASA ni??


p/s : aku x ade niat kesian pun kt PERKASA...

AMARAN : INI BUKAN LAWAK BODOH...hehehe

Thursday, October 28, 2010

KESYIRIKAN ZAMBRY...

ni aku petik kat www.malaysiakini.com...versi bm

aku x nk cerita banyak..sebab kat sana lagi panjang ceritanya..baca la...yang aku taw..si zambry ni dah syirik..kena bertaubat...sebab :

ni aku copy dari malaysiakini..hehehe..maaf la..

Dalam majlis perasmian itu, Dr Zamri didakwa telah meletak ancak ke tiang seri di tapak pembinaan rumah orang kurang upaya. DUN Manong terletak dalam kawasan parlimen Kuala Kangsar.

Ketua pemuda PAS negeri Zawawi Hassan mendakwa upacara tersebut adalah amalan yang diwarisi oleh orang dahulu yang bersifat "karut, syirik dan dan bercanggah dengan akidah Islam".

"Upacara meletakkan tiang seri - tiang tengah rumah - dengan menepung tawar diiringi bacaan doa tertentu adalah amalan karut seperti mahu menjadi rumah itu aman... Kita (orang Islam) hanya diminta untuk bergantung kepada Allah," katanya ketika dihubungi Malaysiakini pagi ini.



ko minta doa ngn syaitan ke??hahaha..islam x ajar la buat bnde ni..semayang hajat xpe gak...

zambry nk sembur kt sapa tepung tawar? letak kt muka ko la..bagi putih sket...hahahaha

ni boleh masuk MISTERI NUSANTARA versi khas ZAMBRY BOTAK..hahaha

p/s : buat keje x ikut agama..sebab tu buat bangunan runtuh...kah3...

"PAU" DUIT PENIAGA....

tiada lagi pasar malam??

pasar malam kerinchi pun? hehehe..kesian kat aku..mcm mana lak ngn kat area luar bandar? adakah pasar malam di hapuskan? pada aku, pasar malam adalah sesuatu yang amat unik kalau nak dibandingkan dengan kedai2,lot2 perniagaan dan shopping complex..

apa motif untuk menghapuskan pasar malam ni? teorinya amat mudah..untuk kaut duit..sebenarnya, buat masa sekarang majlis daerah atau perbandaran hanya mengutip "sedikit" bayaran yang dikenakan kepada setiap gerai yang dibuka..malah kalau di kawasan aku, pakcik yang jual sayur dalam raga motor pun kena jugak,,padahal sayur x sampai 1kg pun di jual..dan sayur tu ada atas motor..tetapi tetap kena bayar jugak..sama dengan orang yang buka payung dan meja...betapa rakusnya..hahahaha

malah jika pasar malam di gantikan dengan gerai..aku rasa bayaran yang akan dikenakan wajib ditambah..deria rasa ke enam aku betol2 dapat merasakan..aku x tipu..hahaha..kerajaan sekarang amat terdesak untuk mencari wang..malah tanpa segan-silu merompak duit rakyat secara halal melalui cara sebegini..x malu ke UMNO-BN oii??

aku nak pasar malam jugak...sebab aku nak beli ayam gorang dengan apam balik..

I LOVE PASAR MALAM

PUISI UNTUK "ADIK"


kejamnya..apakah salah "adik" ku ini?

hukumannya seperti perompak...

hukumannya seperti pembunuh..

hukumannya seperti pengedar dadah..

hukumannya seperti...

ahhhh....

aku x dpt klasifikasikan lagi hukumannya...


tiada rasa kemanusiaankah?

hilang rasa kasih sayangkah?

hilang pertimbangan akalkah?

kejam,kejam.kejam.....


p/s : maaf klu ayat x best...aku nk deklamasi puisi ni..hehehe

Wednesday, October 27, 2010

RASUAH : MALAYSIA TIDAK BERUBAH

Indeks rasuah malaysia masih tersangkut seperti tahun lepas..malaysia masih lagi berada pada tangga ke-56 daripada 160 buah negara..malah CPI makin menurun dengan mata 0.1...pada aku, keputusan ini tidak menghairankan kerna terlalu banyak kes rasuah yang melibatkan kerajaan dan ini menunjukkan tiada ketelusan dalam sistem pentadbiran negara..




terlalu banyak kes rasuah melibatkan kerajaan, NGO, badan berkanun, dan rakyat umumnya...antaranya...

kes rasuah pengurus sime darby

lapan kes rasuah berprofil tinggi ditutup

kes rasuah setiausaha politik menteri


terbaru....

Jabatan Imigresen pula berasuah..



JANGAN SALAH FAHAM..MALAYSIA TIDAK RASUAH..PEMPIMPIN MALAYSIA YANG RASUAH..hehehe

p/s : dosa rasuah ni...xleh masuk syurga...

BILA DENGAN KRONI..BILA DENGAN PEJUANG RAKYAT

jom tgk apa yang berlaku bila puak UMNO turun kempen..
semuanya aman dan bersantai je..kah3..






bila pejuang rakyat turun..
macam nak berperang di GAZA lak aku tgk..hahaha
ciap ada FRU lg..
mcm la penyokong pas,pkr,dap bawak pistol,senapang...


inilah situasi politik malaysia

MALAYSIA SYURGA HIBURAN

aku curi kat malaysiakini

woit!! ini berita baik buat kaki-kaki clubbing..si najib ni nak jadikan malaysia sebagai hub hiburan malam..alasan untuk memacu ekonomi..elok sangat la tu..aku pun suka..hahaha..tolol betol si najib ni..buat pembangunan x pakai otak ke?

bagus la..lepas ni najib, ko buat macam kt thailand..jadikan pelacuran satu industri baru..industri seks...boleh tarik ramai lagi pelancong...kah3....

ade ke buat kelab malam...sedar x?? dalam surat khabar bgtaw ada orang jadikan jambatan sebagai rumah? siap anak-beranak lagi duk bawah jambatan...x baca paper la si najib ni..x pun buta huruf..hahaha..taw tgk gambar je..kah3....xde perasaan ke bila rakyat miskin melarat,tido tepi jalan? hati dah mati ke?? npe la malaysia ada PM si najib ni..



hehehe.. si PERKASA ni x abis-abis dengan cerita sendiri..ko sokong najib buat ni? siap nk bg tempat khusus lg..sal? nk suruh orang PERKASA senang cari??hahahaha..

sedar x?? pub bukan budaya timur la..bukan budaya orang melayu..PERKASA perjuang budaya barat lak..supaya dituduh melayu maju..kah3..bangang!

INILAH NEGARA ISLAM KONTEMPORARI....
i like!!


p/s : jom pegi clubbing....

BUKU TEKS PROPAGANDA KERAJAAN : TERBUKTI !!

Hehehe...sejarah x tepat..ada unsur progadanda..x caye??

Subjek perlu diperbaiki ketepatan fakta sejarah
GEORGETOWN: Subjek Sejarah yang akan dijadikan subjek wajib lulus dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bermula 2014, perlu penambahbaikan dari segi ketepatan fakta, bukannya mengekalkan unsur propaganda.

Fellow Penyelidik Kanan, Jabatan Sejarah Fakulti Sastera Dan Sains Sosial Universiti Malaya, Prof Emeritus Dr Ahmat Adam, berkata penafsiran dan penyampaian sejarah mesti benar seiring dengan penyelidikan bagi memastikan semangat nasionalisme dapat dicapai

Katanya, terlalu banyak propaganda diselitkan dalam akademik terutama subjek Sejarah dan ini menyebabkan orang tidak suka atau tidak yakin hingga menolak subjek itu.
"Sejarah adalah kunci pimpinan nasional dan sudah sampai masanya kita tak boleh tamak, termasuk menggunakan satu sistem pendidikan yang dianggap sebagai rasis. Jangan sakiti bangsa lain, dan orang Cina harus ketepikan semangat itu.

"Contohnya, sejarah peradaban, Cina menganggap semua bangsa di dunia adalah babalion, malah kejahilan mengenai sejarah juga terjadinya seorang pemuda mempersindirkan lagu kebangsaan.

"Jadi, ia perlukan penambahbaikan, buang unsur propaganda," katanya selepas menyampaikan ucaptama pada 'Seminar Kebangsaan Sejarah Malaysia 1945-1957: Isu dan Perdebatan' anjuran Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan Universiti Sains Malaysia (USM) bersama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan Arkib Negara Malaysia di USM di sini, semalam.

Seminar berkenaan dirasmikan Dekan Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan USM, Prof Datuk Abu Talib Ahmad.
Mengulas lanjut mengenai pelaksanaan mewajibkan subjek Sejarah, Ahmat berkata, sudah tiba masanya, malah patut dilaksanakan dulu lagi dengan mata pelajaran Sejarah mesti wajib diajarkan kerana ia akan membantu proses pembinaan nasional.

"Ia bukan saja wajib diajar tetapi wajib lulus supaya pelajar serius belajar dan menghayatinya,” katanya.


dah sah,terang lagi bersuluh sejarah negara yang didokumentasikan sekarang terlalu bias dan terlalu banyak unsur propaganda...

macam mana nak tanam sikap patriotik kalau baca buku, asyik cerita pasal propaganda kerajaan je..borink la..aku pun benci..

sudah tiba masa kerajaan menilai sejarah negara..tunjukkanlah kebenaran..jangan terlalu bongkak untuk menjadi juara rakyat..sedangkan rakyat tahu siapa yang memperjuangkan kemerdekaan tanah air terlebih dahulu...

p/s : aku minat gak sejarah sikit2..hahaha

Tuesday, October 26, 2010

TIKET BOLA NAIK JUGAK??


DI MALAYSIA NI RAMAI ORANG SUKA AMIK KESEMPATAN..

AMIK KESEMPATAN MENCURI MASA ORANG BALIK RAYA DI KAMPUNG..

AMIK KESEMPATAN KE ATAS ANAK "DARA"

YANG NI AMIK KESEMPATAN SEBAB :

Fam taw masa final perlawanan bola la diorang leh kutip duit nak cari makan..hahaha...tiba2 je HARGA TIKET NAIK...kah3...masa perlawanan lain..haram nak penuh separuh stadium kecuali bila KELANTAN beraksi..kah3..

itulah hakikatnya...bola pun nak dipolitikkan jgk ke mata LENSA??hahahaha


p/s : duit xde ni nak tgk bola..panjat je lah stadium tu..hahahaha

TIPAH TERTIPU, TERTIPU TIPAH

ni cerita tersalah tipu terbaru..hahaha...

cerita tersalah tipu yang lama punya lak.....

hahaha...asyik ditipu je rakyat malaysia ni..kah3..

apa yang x samanya? sume serupa..

asyik nak menipu je keje diorang ni...dulu..Pak Lah gila babi duk terang pasal koridor utara, pantai timur ngn koridor selatan...n bla2...sekarang mana cerita tu? x nak majukan ke koridor2 angan2 mat jenin korang tu??

sekarang ni...si najib duk canang citer pasal ETP lak..hahaha..melayu2...nk menipu dan paling ramai kene tipu melayu jgk..hahaha..ni pun boleh masuk lam buku rekod malaysia...kah3...


kesian la kat meLAYU
..hahaha

TANAH MELAYU DI SINGAPURA JUAL PADA CHINA SINGAPURA

TANAH PENJARA PUDU JUAL PADA VINCENT TAN

TANAH DI GENTING DI BAGI GOH TONG... MELAYU XNK SEDAR KE?? hahaha

ANDA DI TIPU PERTUBUHAN KONONNYA PERJUANG HAK MELAYU, WALHAL NAMA PUN LAM BAHASA ORANG PUTEH

United Malay National Organisasi (UMNO)..hahaha..silap eja lam BM la (organisasition)..nampak kemelayuan sket..hahaha

P/S : lawak sengal

HUTANG MALAYSIA TERKAYA DALAM TEMPOH 5 TAHUN

dipetik dari malaysiakini..

hahaha..nak buat menara 100 tingkat konon..hutang x abis bayar...nak ke malaysia diishtihar muflis macam negara Greece?..kah3...hoi!! orang muflis banyak duit, sebab sengaja xnk bayar hutang..ni malaysia muflis kemiskinan..

mesti subsidi di tarik lagi pasni..hahaha..tgk la lau x caye..bonus pun xde untuk 5 tahun lg..harga barang makin naik..kah3..bersiap sedia la..

RAKYAT DISUSAHKAN,KRONI DIKAYAKAN

Monday, October 25, 2010

LIDAH BIAWAK BERCABANG??


Semasa PERHIMPUNAN AGONG UMNO...hehehehe

selepas tu??


hahahaha..woit!! baju pun x sempat tukar lg..si najib ni pegi buat pengunguman pasal FDI lak..ape FDI ni sbnrnya?? dlm bmnya : pelaburan asing langsung..

sekali lgi meLAYU kne tipu..kah3...dalam perhimpunan UMNO duk perjuangkan tentang ekonomi orang melayu..tentang 30% ekuiti bumiputra..

kat luar perhimpunan umno.....duk bg pelabur asing guna tanah kerajaan untuk kaut duit..hahaha..bangang tol...knape x labur modal tuk bumiputra? knape x galakkan industri kecil dan sederhana yang kebanyakannya di pelopori bumiputra? adakah dengan memberi projek2 mega pada pelabur asing, orang melayu akan maju??hahahaha...

tapi..siapa yang lagi kuat menipu??


ni cite pasal duit judi...dalam tv hari2 cerita pasal serah duit judi..tp kerajaan pulau pinang xde lak terima duit tu...disonglap UMNO???hahahaha



betol ke ni??


SIAPA BIAWAK SEBENARNYA???



p/s : biawak pun x mengaku dia tipu orang..hahahaha

MAHASISWA DI GULA-GULA


Ahh...sekali lagi mahasiswa di gula-gulakan dengan buku rekod malaysia...selepas mahasiswa di sebuah ipta di terenggaanu di gula-gulakan dengan gula-gula 1 malaysia terbesar...apakah yang berlaku sebenarnya?

adakah mahasiswa adalah agen promosi 1 malaysia?

setelah ternyata kebanyakan rakyat malaysia menolak konsep 1 malaysia yang dibawa oleh najib?

mengapa mahasiswa yang dipergunakan?

mengapa tidak pelajar sekolah?

adakah mahasiswa hanya layak untuk menyusun gula-gula?

atau berpuisi 1 malaysia beramai-ramai?

mengapa mahasiswa tidak dibenar bergiat dalam politik?

mengapa mahasiswa dihalang untuk terlibat dalam aktivis kemasyarakatan?

mengapa mahasiswa dihalang menghadiri program atau majlis yang diadakan oleh PKR,PAS dan DAP?

hanya UMNO yang boleh dianuti oleh mahasiswa?

adakah mahasiswa masih berada di alam persekolahan?

yang tidak tahu mana baik dan buruk?

tepuk dada, tanya selera..........

p/s : jawab la ye kwn2...jwpn ada dalam hati masing2..

CALON PILIHANRAYA GALAS

CALON BN
Abdul Aziz Yusoff, 49
pengurus Pejabat Operasi Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar)
kelulusan Sijil Pelajaran Malaysia
Setiausaha Umno bahagian Gua Musang




CALON PAS
Dr Zulkefli Mohamad, 44
pengamal perubatan : kliniknya di Ciku 3
Lulusan Universiti Malaya
pemangku yang dipertua PAS di Gua Musang

SEJARAH WAJIB LULUS SPM 2013

Hmmm...satu cadangan yang baik? atau tidak? atau sama saja? hehehe

sebelum dan sekarang mana-mana calon SPM hanya perlu lulus BM bukan BN eh..hehehe..untuk mendapatkan sijil SPM..jika subjek sejarah dijadikan subjek wajib lulus, adakah semakin ramai pelajar yang akan gagal mendapat sijil SPM?? maka bertambah lah anak muda yang tidak dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi? adakah itu yang di impikan kementerian pelajaran??

pada hakikatnya, aku sendiri tidak faham dan tidak dapat praktikkan apa yang aku belajar semasa spm...rasanya, macam 1 proses yang memaksa untuk aku menghafal dan mengingat lalu menulis balik ape yang aku ingat semasa peperiksaan..pastu dapat markah byk2..doa minta ngn tuhan supaya berjaya dalam peperiksaan..itu je yang aku tahu...tiada masa untuk aku aku fikir dimana tempat yang sesuai untuk aku praktikkan apa yang dipelajari..

itu yang berlaku pada subjek sejarah sebenarnya..pada, aku soal lulus atau gagal subjek sejarah dalam peperiksaan adalah sesuatu yang agak bias untuk kita bincangkan..sebab kita tidak boleh menilai kecerdikan seseorang pada peperiksaan semata-mata..malah untuk menentukan samada pelajar itu patriotik atau tidak bukannya bergantung pada keputusan subjek sejarah...

apa yang penting disini ialah kita perlu kaji balik falsafah subjek sejarah...subjek sejarah diwujudkan antaranya untuk menanam sifat cinta akan tanah air,memahami ras2,budaya dan sejarah malaysia..adakah matlamat itu tercapai??

sebenarnya kalau matlamat dan falsafah subjek sejarah tu dah tercapai tanpa sejarah menjadi subjek yang wajib diajar di dalam kelas,aku rasa itu adalah sesuatu yang amat menarik..malah aku rasa itu adalah cara yang terbaik untuk menanam rasa patriotik..kalau kita paksa pelajar untuk lulus subjek sejarah, aku x pasti pelajar makin minat dan sayang pada negara kerana mereka makin tertekan untuk belajar dan menduduki peperiksaan..

apa yang penting sekarang ialah cara proses pembelajaran dan pengajaran perlu ditambah baik supaya falsafah subjek sejarah diwujudkan tercapai..bukan soal gred A,B,C,D, dan gagal yang menjadi ukuran, namun kefahaman rakyat tentang sejarah dan semangat patriotik dapat ditingkatkan..jika kita masih pentingkan gred dalam peperiksaan,maka guru dan ibubapa yang akan lebih tertekan kerana mereka terpaksa mengajar murid sehingga pandai dan ibubapa terpaksa menghantar anak2 ke tuisyen..kos sara hidup pun makin meningkat..adakah itu dapat meningkatkan rasa sayang pada negara?? itu harus difikirkan..

p/s : kt universiti pun ade subjek sejarah..huhuhuhu..

Sunday, October 24, 2010

PRU : MILIK MUTLAK UMNO-BN

gambar dari sinar harian..


Najib sanggup bergadai nyawa demi mempertahankan PUTRAJAYA daripada dirampas oleh pembangkannya..

EKSTREMIS...

hahaha...ini dah kira teruk ni..sampai sanggup hilang nyawa..korang nak berperang,mengangkat senjata ke kalau PRU lepas ni pakatan rakyat yang menduduki putrajaya..sepatutnya polis kne siasat najib ni dibawah ISA sebab mengatur gerakan ekstrim yang boleh menganggu gugat ketenteraman awam..hahaha..kementerian keselamatan dalam negeri mana?? kan ko ade jgk lam perhimpunan agong umno..suh la polis2 ko tangkap najib ni...SB boleh la buka kertas siasatan sekarang..kah3.....

p/s : bahaya UMNO ni..ekstrim!!! lebih teruk dari komunis...hahahaha

NIKMATNYA PILIHANRAYA KECIL

projek tipu rakyat


hahaha..bila ade je pilihanraya kecil, maka berlimpah ruah la rezeki dikawasan tersebut...malah, di galas penduduknya sudah merasa sikit2..hehehe..tp betul ke projek perumahan ini nak tolong rakyat??

cuba la baca di berita harian online kalau nk taw lebih lanjut...sebenarnya, projek perumahan tu akan dijual pada harga RM33,000-RM35,000...kah3...kene beli rupanya..aku igt dapat free..macam ni ke nak tolong rakyat??

tolong bagi pinjaman..pastu bayar la balik...aku igt free..hairan..setahu aku, org yg x de umah ni samada org tu memang xde tanah tapi ada duit dan duduk dirumah sewa ataupun memang xde tanah,duit dan hidup merempat...macam mana dengan orang miskin tegar yang hidup merempat?? adakah mereka layak beli dan wajib bayar? sedangkan mereka xde duit..

ini yang menariknya tentang projek BN untuk "MEMBANTU" rakyat..padahal mereka memeras ugut rakyat..sepatutnya, kalau duit cukup nak bina menara warisan 100 tingkat,maka rumah ni boleh la ko bg free umah tu pada rakyat yang miskin..

ini x...kononnya negara maju..bangga boleh buat menara tinggi..tp rakyat hidup merempat dikaki lima,tidur di perhentian bas, dan anak2 kecil tidak ke sekolah..adakah itu negara maju??

lihatlah, kroni2 dengan senang memerah duit rakyat dikala rakyat menangisi kesusahan yang dialami..


p/s : malaysia negara kelas ke-3...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...