Showing posts with label KES AMINUL. Show all posts
Showing posts with label KES AMINUL. Show all posts

Wednesday, November 24, 2010

POLIS HANYA DIBEKALKAN PISTOL AIR

image
Keluarga Ho Chei Hang, 32 mendakwa wujudnya perbuatan khianat ketika lelaki itu ditembak polis pada 16 November lalu.

“Ini salah guna kuasa dan menembak sesuka hati,” kata peguam Keppy Wong, yang bercakap bagi pihak keluarga mangsa di pejabatnya di Pandan Indah hari ini.
Wong percaya tindakan polis berkenaan adalah tidak wajar kerana tiada senjata api mahupun sebarang jenis dadah yang dijumpai di kereta mangsa.

Peguam itu juga mendakwa Ho tidak diberikan sebarang amaran ketika anggota polis yang tidak berseragam dan mengenalkan diri mereka melepaskan tembakan. Mereka juga dikatakan tidak melepaskan tembakan amaran mahupun cuba menghalang kereta yang dipandu oleh mangsa

KOMENTAR : hahaha..lepas ni..KEMENTERIAN PERTAHANAN dan KEMENTERIAN KESELAMATAN DALAM NEGERI perlu bersepakat untuk melulskan akta supaya polis dibenarkan menggunakan pistol sebenar..

ini kerana..polis hanya dibekalkan pistol air dan ini menyukarkan pihak polis membanteras jenayah..disebabkan pistol air..polis terpaksa menembak bertalu-talu hingga habis basah orang yang ditembak..malah, polis juga terpaksa menembak terlebih dahulu supaya penyerang berasa malu kerana bajunya telah basah.

oleh itu..saya menyeru agar parlimen membahaskan akta baru untuk membenarkan polis menggunakan pistol sebenar supaya polis hanya perlu menembak sekali sahaja sebelum penyerang keluar dari kenderaan..ini juga perlu untuk mematikan saksi utama kes supaya forensik dan penyiasat boleh melakukan kerja dengan cuai seperti kes INI…..hahahaha

Thursday, November 11, 2010

MASIH ADA MANUSIA


Memetik berita dari malaysiakini

1)Seorang inspektor forensik menitiskan air matanya ketika memberitahu perbicaraan Aminulrasyid Amzah mengenai kedudukan mayat remaja yang mati ditembak oleh polis itu.

2)Sebelum itu, beliau memaklumkan mahkamah bahawa kedudukan mayat Aminulrasyid amat menyedihkan dan percaya ia telah dialihkan. 3)Katanya, beliau terlihat darah mengalir keluar dari hidung mangsa dan terjumpa sebutir kelongsong peluru di rumput, kira-kira lapan kaki dari kereta. Kelonsong peluru itu dipercayai yang terakhir ditembak yang meragut nyawa remaja itu.


komentar : masih ada "manusia" rupanya...seorang lelaki yang pada aku seorang yang "gentleman", berupaya menangis atas kematian seorang remaja muda..apa yang aku nak komen bukannye mengenai forensik menangis..tetapi tentang arwah aminul...

nampakknya sudah terbukti mayat arwah aminul telah dialih..mengapa perlu dialih? sepatutnya, jika sebarang perkara berlaku, hanya forensik dibenarkan menyentuh dahulu...tapi sebelum forensik tiba...mayat sudah di alih??? ada yang x kene ni..adakah kerana ingin menghapuskan bukti? atau ingin menambah lagi kesengsaraan mayat? atau sebelum arwah ditembak..arwah telah dipukul terlebih dahulu?

pada aku kes ini adalah kes SALAHLAKU TATATERTIB POLIS & KEGANASAN POLIS...

diharapkan nasib arwah dapat dibela seadilnya..bersama kita doakan agar roh arwah dirahmati mengikut agama masing2...

Wednesday, November 10, 2010

BUKTI PEMBUNUHAN KEJAM ARWAH AMINUL


Memetik petikan berita dari malaysiakini

1)Ahli kimia Shaari Desa menunjukkan kepada mereka 32 lubang peluru pada kereta tersebut.

2)Kereta Proton Iswara dibawa ke mahkamah hari ini bagi memudahkan ahli kimia Saari Desa untuk menjelaskan mengenai laluan peluru yang ditemui di kepala mangsa yang berusia 15 tahun itu.

komentar : mengapa perlu ditembak? apa salah arwah aminul?? mengapakah begitu kejam sekali hingga melepaskan 32 das tembakan yang mengenai kereta mangsa...malah hingga kepala mengsa menjadi sasaran..adakah mangsa menembak balas terhadap polis? TIDAK BUKAN???

INI ADALAH KEGANASAN POLIS

kronologi kisah arwah aminul sebelum meninggal dunia..kalau x nampak klik la..zoom bagi besar..jangan jadi buta IT...hahaha

Tuesday, November 9, 2010

NASIB ADIKKU ARWAH AMINUL

hmm...pistol apa la yang polis guna ni..peluru pun x dapat dikenal pasti sebab peluru rosak teruk..aku belum penah lagi tembak orang..hahaha..so aku xtaw macam mana kesan peluru jika kita menembak orang nih..pape pun....

sahabat2 ku..bersama-sama kita kecam KEGANASAN POLIS...hak rakyat perlu dijamin...semoga roh arwah dicucuri rahmat...insyaALLAH

Thursday, October 28, 2010

PUISI UNTUK "ADIK"


kejamnya..apakah salah "adik" ku ini?

hukumannya seperti perompak...

hukumannya seperti pembunuh..

hukumannya seperti pengedar dadah..

hukumannya seperti...

ahhhh....

aku x dpt klasifikasikan lagi hukumannya...


tiada rasa kemanusiaankah?

hilang rasa kasih sayangkah?

hilang pertimbangan akalkah?

kejam,kejam.kejam.....


p/s : maaf klu ayat x best...aku nk deklamasi puisi ni..hehehe

Thursday, October 14, 2010

POLIS MAIN KEJAR2..hahaha


dipetik di malaysiakini

oii..xkn la nak guna alasan si arwah tu langgar lampu isyarat pun ko nak tembak sampai mati? kalau aku suruh adik aku jadi hakim pun,dia boleh bg justifikasi...bagi aku ini jelas salah laku tatatertib polis..xperlu la bg alasan si arwah langgar arahan lampu isyarat suh berhenti..


p/s : moga2 nasib arwah terbela...

Wednesday, October 13, 2010

KEJAM? biasa.......

dipetik dari malaysiakini

Bagi aku...perkataan kejam tidak cukup untuk gambarkan kejahatan yang dilakukan terhadap arwah Aminul..ini adalah tindakan yang tidak berkeperimanusian..17 kelongsong peluru dijumpai...hampir 10 kesan tembakan pada kereta mangsa..mangsa meninggal di tempat kejadian...teruk...pada aku langsung tiada belas kasian..

wajarkah kita menembak sehingga mati seorang pemandu kenderaan yang melanggar undang-undang jalan raya walaupun tiada berbalas tembakan? bagi aku, it's ok kalau polis nak tembak sehingga mati kalau ada berbalas tembakan, kerna itu melibatkan soal nyawa polis dan masyarakat sekitar..tp tiada pun si arwah ni serang polis...


dipetik dari malaysiakini


diharapkan kes ini mendapat perhatian dari semua pihak..kerna ia melibatkan salah laku penjaga keamanan negara...apa2 pun, semoga nasib arwah terbela dan arwah ditempatkan dikalangan orang soleh...


P/S : mungkin polis tu igt dia tgh main "polis-entry" pakai pistol air..mcm zaman kecik2 dulu..hahaha
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...