Saturday, November 13, 2010

ANTI PKR?

sekarang ni dah tersebar seantaro dunia maya bahawa GERAKAN ANTI PKR ni mendapat sambutan ramai? ye ke? bermula di selangor dengan program Selamatkan Selangor n juara rakyat..hahaha...nak bodohkan rakyat lagi ke? xnk bagi rakyat celik minda dan bersikap terbuka?

dalam blog tersebut..bermacam cerita dan berita ada..dari sedalam seluar dalam pemimpin hingga ke luar angkasa tempat malaysia penah antar angkawan naik ke ISS dulu dengan "teksi"...hahaha...

malaysiaku yang ku cintai...aku mencintai malaysia bukan kerana bendera dan lagu kebangsaan..apatah lagi gelagak pemimpinya..aku cinta pada malaysia kerana malaysia masih mampu memberikan kebebasan untuk aku berekspresi..bila mana "mata"ku di tikam, aku "buta"..bila mana "tangan"ku dikerat, aku terpinga..bila mana "mulut"ku dikoyak..aku membisu..namun, tidak akan ku izinkan minda ku dipenjara...walau aku mati..ku harap semangat perjuanganku tetap mambara dihati sanubarimu...

SULTAN SELANGOR : RAKYAT HORMATI.

buat pertama kali dalam sejarah..aku dapat melihat seorang "orang penting" dan besar dalam negara menolak untuk mengadakan majlis makan kerana kos yang terlalu tinggi..mengapa hanya sekarang sultan baru sedar bahawa kos untuk majlis makan sutan dan pembesar terlalu mahal? mengapa baru kita dapat saksikan bahawa sultan menjelaskan betapa mahal kos majlis makan untuk pembesar negara..? adakah selama ini murah?

TIDAK...TETAP JUGA MAHAL...

Alhamdulillah..nampaknya sultan sudah sedar..nampaknya sultan tahu kemana wang rakyat patut dibelanjakan..aku harap..ini adalah titik permulaan untuk sultan dan raja duduk semeja makan bersama rakyat..negara kita bukannya dalam peperangan hingga terpaksa mengerakkan 30 orang polis dan bodyguard untuk menjaga sultan..aku rasa majlis makan tu boleh diteruskan..tapi apa salahnya kalau sultan turut sama duduk diatas kerusi plastik tanpa penyandar..apa salahnya kalau raja makan dalam bekas polistrin? jatuhkan maruah raja dan sultan? aku yakin..kalau ada sultan berani menjadi rakyat..insitusi raja akan tetap dipertahankan..dan rakyat sentiasa menyanjungi sultan/raja atas kesederhanaannya

adakah pembesar negara lain tidak malu dengan kesultanan kelantan? apabila Sultan kelantan sendiri menjadi imam...ini yang dinamakan sultan yang baik..x nak percaya??

TUANKU MOHAMMAD FARIS PETRA menjadi imam solat..
untung rakyat kelantan..

selepas itu..kita selidik pula tentang elaun RAJA & SULTAN serta pembesar negara...berapa agaknya???
.........................................................................................................................

Aku mulakan dulu allowances untuk Agong dan Permaisuri Agong.

Elaun untuk Agong dan Permaisuri Agong

Ini adalah dibawah Undang-undang Malaysia Akta 269 (Akta Peruntukan Diraja 1982).
Ini budget tahunan untuk Agong. Akan dibayar secara bulanan kepada Agong. Selain dari elaun untuk Agong ni, mereka masih dapat elaun Sultan di negeri masing masing.

1. Privy Purse - RM360,000 (bermakna bulanan adalah RM30,000).
2. Elaun keraian - RM120,000 (bulanan sebanyak RM10,000)
3. Elaun diraja Istana Negara - RM144,000 (bulanan sebanyak RM12,000)

So, total setiap bulan seorang Agong dapat adalah sebanyak RM52,000.

Elaun untuk Permaisuri Agong ialah

1. Privy Purse - RM67,200 (iaitu RM5,600 sebulan).
2. Elaun keraian - RM21,600 (RM1,800 sebulan).

Total sebulan Permaisuri Agong dapat ialah RM7,400.


Selain daripada tu, setiap tahun Agong dapat lebih RM53 million untuk perbelanjaan istana, sambutan tetamu dan untuk gaji pekerja dia. Breakdown nya adalah seperti berikut

1. Perbelanjaan istana dan sambutan tetamu - RM52,259,100
2. Gaji kakitangan istana - RM1,004,880


Elaun untuk bekas Agong dan bekas Permaisuri Agong

Aku tak pernah tau wujud nya elaun ni. Bermakna setiap bekas Agong yang tukar setiap 5 tahun tu akan dapat elaun bekas Agong dan bekas Permaisuri Agong. Ini adalah dibawah peruntukan Undang-undang Malaysia Akta 270 (Akta Istana Negara Elaun-elaun Diraja 1982) pindaan 2006.

Dibawah akta ni elaun akan dibayar kepada bekas Agong dan bekas Permaisuri Agong setiap bulan untuk seumur hidup. Contohnya lah kan, macam Sultan Azlan (bekas Agong), selain dari elaun Sultan dia dapat tiap bulan, dia juga dapat elaun bekas Agong.

1. Elaun Diraja Istana Negara untuk bekas Agong - RM15,180 sebulan.
2. Elaun Diraja Istana Negara untuk bekas Permaisuri Agong - RM4,500 sebulan.


Boleh dikatakan kat Malaysia ni kebanyakan Sultan dah pun jadi Agong, just imagine berapa banyak kerajaan belanjakan untuk kesemua bekas-bekas Agong dan bekas-bekas Permaisuri Agong yang masih hidup?



Pencen khas untuk balu Agong

Ini adalah pencen untuk balu Agong. Bermakna kalau Agong tu mati semasa dia tengah jadi Agong, so balu dia akan dapat pencen ni. Contohnya pencen khas ni Siti Aishah dapat sebab Sultan Selangor mati masa tu dia tengah jadi Agong kan. Kira untung lah Siti Aishah ni sebab dapat pencen khas. Anyway, ini adalah di bawah Undang-undang Malaysia Akta 223 (Akta Pencen Khas Raja Permaisuri Agong 1979).

So, ini lah yang Siti Aishah dapat.

1. Pencen seumur hidup - RM4,500 sebulan.
2. Kereta (cukai jalan dan bayaran pendaftaran percuma) atau wang pukal RM250,000 untuk kereta. Juga dapat RM2,590.87 sebulan untuk driver dan maintenance of car.
3. Rumah Kerajaan yang akan disenggara oleh Kerajaan atau wang pukal RM750,000.




Elaun Sultan dan kerabat (contoh Kedah)

Elaun untuk Sultan dan kerabat kat setiap negeri adalah dibawah peruntukan negeri masing-masing. Setiap negeri ada Enakmen Peruntukan Diraja. Ini contoh untuk Kedah. Basically, kat negeri negeri lain pun lebih kurang sama juga amount nya.

1. Elaun Sultan - RM52,600 sebulan.
2. Elaun keraian Sultan = RM15,480

So, setiap bulan Sultan (contoh disini ialah Sultan Kedah) ialah sebanyak RM68,080.

Untuk Sultanah pulak elaun nya adalah

1. Elaun Sultanah - RM12,000 sebulan
2. Elaun peribadi Sultanah - RM2,600 sebulan.

Sebulan Sultanah akan dapat RM14,600.


Elaun lain lain untuk kerabat ialah
Raja Muda - RM13,000
Raja Puan Muda - RM5,200
Tunku Bendahara - RM4,000
Bini Tunku Bendahara - RM1,250
Tunku Temenggung - RM3,500
Isteri Tunku Temenggung - RM900
Tunku Laksamana - RM3,000
Isteri Tunku Laksamana - RM600


Banyak lagi elaun untuk kerabat bergelar.

Selain daripada tu kerabat-kerabat lain pun dapat allowances juga. Contoh macam anak anak Sultan dapat allowace dalam RM1,000 sebulan and kerabat jauh sikit (bukan anak Sultan) dinamakan kerabat kategori 2 juga dapat allowace sebanyak RM500 sebulan.



Gaji dan allowances untuk Perdana Menteri, Menteri dan Ahli Parlimen

Ini semua adalah dibawah Undang-undang Ahli Parlimen (Saraan) pindaan 2005

Gaji untuk Perdana Menteri, Menteri, MP adalah seperti berikut,

Perdana Menteri - RM22,826.65 sebulan
Timbalan Perdana Menteri - RM18,168.15 sebulan
Menteri-menteri Kabinet - RM14,907.20 sebulan.
Timbalan Menteri-menteri Kabinet - RM10,847.65 sebulan
Setiausaha Parlimen - RM7,187.40

Ahli Dewan Negara - RM6,508.59
Ahli Dewan Rakyat (ni kira MP lah) - RM4,112.79

So, contohnya macam Pak Lah... dia adalah Perdana Menteri dan juga Menteri Kewangan dan Menteri Keselamatan Dalam Negeri dan juga dia adalah MP, so monthly income dia ialah

= RM22,826.65 + (RM14,907.20 x 2) + RM4,112.79
= RM56,753.84.



Ini formula untuk calculate pencen bekas MP.

Pencen:
1/144 x tempoh perkhidmatan (bulan) x Gaji

Minimum pencen dapat ialah separuh dari gaji MP. Bermakna kalau jadi MP satu penggal pun akan dapat pencen paling sikit pun RM2,056.40. Lagi lama jadi MP lagi banyak pencen dia akan dapat.

Gratuity:
1/48 x Gaji x 12 x tempoh perkhidmatan (bulan)

sumber haikal88 forumese.com

.........................................................................................................................

banyak jugak duit ni..duit ni x cukup ke untuk makan wahai raja2 dan sultan? apa kata lau SULTAN DAN RAJA YANG BELANJA RAKYAT minum kedai mamak malam ni...nak?hehehehe

apa pun...bersama kita fikirkan..tentang masa depan negara bangsa kita dahulu..aku dengan tetap pendirian aku bahawa

RAJA ALIM RAJA DISEMBAH,
RAJA ZALIM RAJA DISANGGAH

Friday, November 12, 2010

JAKIM , BABI , ISLAM

hai...macam2 benda berlaku dalam dunia ni..dari sekecil putaran elektron pada setiap atom hingga kepada bilangan planet yang ALLAH ciptakan..x terkira masalah dan ceritanya..apa yang berlaku sebenarnya ni??

situasi sebenar :

Pakar perlembagaan Prof Dr Abdul Aziz Bari berpendapat Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) tidak boleh masuk campur menyiasat status agama bapa seorang kanak-kanak yang dirotan kerana membawa makanan berlaukkan sosej babi ke sekolah di Sarawak.

lawak la..adakah agama islam perlu menurut Perlembagaan negara? sepatutnya perlembagaan wajib mengikut agama..ini terbukti satu kesilapan besar..satu lagi kesalahan,pada RUKUN NEGARA iaitu keluhuran perlembagaan dan kedaulatan undang-undang..adakah undang2 COMMON LAW yang diguna pakai semenjak zaman british ini adil? sehingga kita mendaulatkannya? apa yang saya nk bincangkan bukan soal politik..tapi perkara yang melibatkan agama..

umum mengetahui bahawa dalam islam, kita wajib mencegah kemungkaran yang berlaku..sabda nabi Muhammad S.A.W : jika kamu lihat kemungkaran, cegahlah dengan tangan.jika tidak mampu, cegahlah dengan lidah.jika tidak mampu, cegah lah dengan hati..dalam situasi tadi..adalah JAKIM tidak boleh menasihati perkara diluar bidang kuasanya??

komen Prof Dr Abdul Aziz Bari :

"Jadi dalam soal ini negeri mempunyai bidang kuasa; Jakim tidak boleh masuk campur. Lagi pun di sisi perlembagaan, JAKIM sepatutnya berada di bawah Majlis Raja-Raja, bukan kerajaan persekutuan.

"Tapi malangnya ini tidak berlaku. Semua agensi Islam persekutuan dikuasai oleh Umno/kerajaan," katanya ketika diminta mengulas arahan supaya Jakim menyiasat status agama budak itu yang bapanya dikatakan Islam manakala ibunya pula Kristian.

ini masalah yang berlaku sekarang..mengapa UMNO/KERAJAAN mahu menguasai agensi islam persekutuan? adakah kerana mereka ingin merekrut tuhan? sepatutnya agensi agama perlu bebas seperti mana suruhanjaya...supaya proses perjalanan program agama tidak dikuasia oleh pengusa politik jijik...jadi..apa yang peting? KERJASAMA...kerjasama untuk kita sama-sama menolak UMNO-BN supaya agama Islam terus hidup subur di Malaysia...

NAK BACA SEPENUHNYA PASAL BERITA INI ? KLIK DI SINI

p/s : buat pembaca yang bukan islam..bukan niat saya memperkecilkan agama anda..itu adalah pegangan dan kepercayaan masing2..namun percayalah bahawa segala peraturan dan undang2 yang terdapat pada HUDUD & QISAS hanya diwajibkan kepada yang Islam sahaja..agama lain masih boleh menyebarkan fahaman masing2..tapi dengan cara yang betul...harap tiada salah faham..

MB KEDAH : TV3 KERJA IKUT CARA ISLAM LA!!



hahaha...mampus la TV 3...keje ikut islam x? pedas juga bunyinya..tu la..lau nak buat liputan berita..biar la telus dan adil..ini apa..cerita pasal BN je..aku pun dah naik meluat ngn perangai media massa ni..saluuuut~~ la MB PERAK...caya lah..tabik spriiiiiing....

Thursday, November 11, 2010

LETAK ANCAK TIDAK SYIRIK?

NAK TAW LEBIH LANJUT?? BACA MALAYSIAKINI

hahaha..aku nak gelak sampai tergolek-golek baca komen ni...ini ulama' negara mana ni? negara papua new guina ke? ataupun afrika? di mana rakyatnya masih percaya pada benda tahyul dan khurafat...nak bodohkan rakyat ye??

mengaji sampai mana mufti ni? aku bukan nak kutuk dia mempunyai ilmu pengetahuan tinggi dalam bidang agama..sebab aku sendiri pun lemah dalam agama..namun, otak yang waras, akal yang sihat mampu menjustifikasikan bahawa meletak ancak dan percaya pada kuasa yang lain selain dari ALLAH(muslim sahaja) adalah syirik...boleh dikatanya tidak berdosa..dah mabuk termakan milo dan susu 1MALAYSIA di Galas ke? kah3....sampai keluarkan kenyataan macam tu..

inilah keadaan rakyat malaysia..masih terlalu percaya dengan amalan karut dan tahyul..aku tidak menyatakan bahawa dunia ini tiada makhluk halus..mereka(makhluk halus) itu ada..namun, kita haram mengakui kehebatannya dan meminta pertolongan dari mereka..mana2 agama dalam dunia sekalipun,walhal makluk asing pun kalau la wujud..hehehe....makluk syaitan ini bersifat jahat dan mesti dijauhi..betul x? dalam agama hindu,buddha,kristian,yahudi sekalipun wujudnya syaitan sebagai kuasa jahat untuk merosakkan manusia..dan manusia harus menjauhinya..

namun dalam konteks sekarang, kita masih terlalu mengakui kehebatan tahyul ini walaupun kita sudah dikatakan maju kononnya..ye..maju dari segi pembangunan fizikal..namun mundur dari segi pemikiran..dalam konteks islam..kita wajib meminta pertolongan kepada ALLAH melalui solat hajat dan doa..namun, bukan melalui bacaan mentera karut dan pasang ancak..ini adalah khurafat..


kita masih lagi yakin, bila stadium roboh..mesti ultraman sedang bergaduh dengan dinasor..maka tok bomoh akan datang dan baca mentera supaya megelakkan raksasa jahat datang...lepas tu baca mentera puji ultraman supaya ultraman sentiasa menjaga kita..itu hakikatnya yg dihadapi sekarang..kita masih bodoh untuk fikir bahawa bangunan itu roboh sebab strukturnya tidak kukuh..kita masih lagi dungu untuk fikir bahawa kelajuan angin boleh menyebabkan bumbung stadium rosak...kita masih bebal untuk fikir kajian tanah perlu dilakukan bagi mengelakkan tanah runtuh seperti di high land tower..

kita ditahap itu kah??? sampai bila kita harus berharap pada tok bomoh dan mentera bodoh itu?? ini menyebabkan otak rakyat malaysia lembab dan terpaksa meniru LANCER untuk jenama INSPIRA supaya ultraman tidak menuduh kita mensyirikkannya...kah3....

MASIH ADA MANUSIA


Memetik berita dari malaysiakini

1)Seorang inspektor forensik menitiskan air matanya ketika memberitahu perbicaraan Aminulrasyid Amzah mengenai kedudukan mayat remaja yang mati ditembak oleh polis itu.

2)Sebelum itu, beliau memaklumkan mahkamah bahawa kedudukan mayat Aminulrasyid amat menyedihkan dan percaya ia telah dialihkan. 3)Katanya, beliau terlihat darah mengalir keluar dari hidung mangsa dan terjumpa sebutir kelongsong peluru di rumput, kira-kira lapan kaki dari kereta. Kelonsong peluru itu dipercayai yang terakhir ditembak yang meragut nyawa remaja itu.


komentar : masih ada "manusia" rupanya...seorang lelaki yang pada aku seorang yang "gentleman", berupaya menangis atas kematian seorang remaja muda..apa yang aku nak komen bukannye mengenai forensik menangis..tetapi tentang arwah aminul...

nampakknya sudah terbukti mayat arwah aminul telah dialih..mengapa perlu dialih? sepatutnya, jika sebarang perkara berlaku, hanya forensik dibenarkan menyentuh dahulu...tapi sebelum forensik tiba...mayat sudah di alih??? ada yang x kene ni..adakah kerana ingin menghapuskan bukti? atau ingin menambah lagi kesengsaraan mayat? atau sebelum arwah ditembak..arwah telah dipukul terlebih dahulu?

pada aku kes ini adalah kes SALAHLAKU TATATERTIB POLIS & KEGANASAN POLIS...

diharapkan nasib arwah dapat dibela seadilnya..bersama kita doakan agar roh arwah dirahmati mengikut agama masing2...

INSPIRA : MALAYSIA BOLEH TIRU.


SALAM 1 DUNIA...hehehe..sebab aku ni adalah aku dan atok (peTUA KITA semua)..kalau sesipa lom penah tengok atok..boleh la ke ruangan tersebut dengan mengklik pada gambar di atas, bahagian tepi kanan anda..buat pembaca blog atok..ini adalah ruangan serius..buka tempat nak bergelak ketawa macam kat blog atok...kat sini senyu sipu2 je kalau lawak sekali pun..(pesanan dari ruangan atok)

hari ini sudah lebih 27 tahun usia PROTON..yang mula dirasmikan pembukaannya pada 7 MEI 1983..di sini aku bukan ingin mempersoalkan mengenai hebatnya INSPIRA..tapi apa yang x sepatutnya berlaku dalam dunia otomotif negara..pada aku, jika seorang manusia sudah berusia 27 tahun graduasi ijazah atau diploma universiti,dia sudah mampu menghasilkan assigment dan thesis tanpa COPY N PASTE segala ayat dan hanya menukar kulit bukunya sahaja..aku rasa kalau pelajar sekolah nak buat macam tu pun,ada rasa malu nak tunjuk pada kawan dan guru..apatah lagi pada masyarakat sekitar..

ini yang berlaku sebenarnya..bermula dengan proton saga keluaran pertama negara..hampir keseluruhan bahagian enjin dan struktur badan mengguna pakai produk mitshubitsi..ok..xpe...sebab masih baru belajar masuk tadika...saya pun dulu belajar menulis, mama saya yang pegang tangan..sama seperti proton ketika itu..mitshubitsi yang mengajar kita hampir keseluruhannya..mungkin tidak dalam pengurusan yang dikawal selia oleh kerajaan..

masuk sekolah rendah..pelbagai variasi kereta keluaran negara yang kita dapat lihat, proton satria,wira,n bla2....bayak jugak la...dan yang terbaru ialah inspira..namun, kereta yang paling laku pada zaman masing2 ialah proton wira..aku xtaw la mana hebat proton wira tu...tp apa yang aku tahu,kereta wira lebih elok dari kereta waja dan gen-2..kenapa kereta model lama lebih elok??

pertama..ada terbaca surat khabar? yang menceritakan bahawa proton mahu menarik balik model waja dan gen-2 keluaran 2004-2008..mengapa tidak pada wira? apa masalahnya? CLOCK SPRING..mengikut proton..jika clock spring rosak boleh menyebabkan air bag keluar dengan tiba-tiba sterusnya mengakibatkan kemalangan kerana panik pemandu..bahaya jugak..hehehe..mengapa kereta proton saga dan wira keluaran terdahulu tidak ditarik balik? tiada masalah besar ke? aku rasa sebab kereta itu semamangnya diimpot sepenuhnya dari jepun tetapi menggunakan "kulit buku" yang berbeza..itu hakikatnya..

mengenai prestasi enjin..aku akui bahawa kejuruteraan enjin proton semakin baik..bertambah pula model2 enjin yang baru dan yang terbaik dari proton,...proton sudah mampu hasilkan enjin sendiri iaitu cam-pro..pada aku ini adalah perkembangan yang amat menarik,namun perkembangan ini amat lah lembab..mengapa sepanjang 20 tahun proton ditubuhkan, tidak di peruntukkan satu dana khas untuk cendiakawan-cendiakawan universiti meningkatkan ilmu kejuruteraan enjin? adakah hanya univeriti malaya sahaja mempunyai bengkel proton? mengapa tidak diperkasakan ke seluruh negara?

adakah kerana kosnya mahal? kalau begitu..mansuhkan projek tenaga nuklear dan bangunan 100 tingkat..aku cadangkan kerajaan tubuh satu sekolah baru iaitu "sekolah kejuruteraan enjin"..disini semua rakyat,sama ada yang berijazah atau baru habis sekolah hatta mat rempit sekalipun bersama-sama duduk berbincang mengenai kejuruteraan enjin..semuanya tentang enjin..

itu yang dilakukan oleh pengeluar-pengeluar kereta besar dunia..mengumpulkan sebanyak mungkin otak2 manusia dan bersama-sama mencurahkan idea untuk membangunkan enjin..jangan terlalu mudah menghukum mat rempit kerana mereka tidak masuk universiti..kerana mereka juga memiliki fikrah pemikiran yang lebih baik baik dalam bidang penambahbaikkan enjin.."graduated student" jangan terlalu angkuh....berani??

adakah kita hanya terus mampu manjadi negara pengguna? itu persoalan yang agak merumitkan dalam proton..sepanjang usia proton 27 tahun..adakah anda masih memerlukan "tangan" mitshubitsi untuk membantu anda melukis model proton dan ilmu kejuruteraan kereta? atau...adakah "tangan" proton sudah putus hingga terpaksa menggunakan model lancer untuk melariskan jualan? kalau begini keadaannya..sampai kiamat, kita tidak mampu menjadi negara pengeluar..

adakah kita tidak sedar semenjak zaman dahulu lagi kita dieksploitasi? kita menjual minyak sawit kepada negara eropah, dan kita membeli produk yang dihasikan dari minyak sawit dari negara eropah..kita diibaratkan seperti pesawah..pesawah menanam padi..namun membeli beras dari kedai..secara logiknya petani sudah mempunyai bekalan beras melebihi kerana mempunyai sawah..namun begitu hakikatnya..kita malas untuk mamajukan diri sendiri..padahal suatu masa dahulu pesawah dan petani hanya menumbuk padi menggunakan sejenis alat untuk mengeluarkan beras dari sekamnya..

sepanjang madey melaungkan slogan malaysia boleh..apa yang boleh sebenarnya? adakah MALAYSIA BOLEH MENIRU?? sama-sama kita bincangkan di ruangan komen dibawah...


p/s : naka baca lagi tentang INSPIRA? klik di sini

Wednesday, November 10, 2010

BUKTI PEMBUNUHAN KEJAM ARWAH AMINUL


Memetik petikan berita dari malaysiakini

1)Ahli kimia Shaari Desa menunjukkan kepada mereka 32 lubang peluru pada kereta tersebut.

2)Kereta Proton Iswara dibawa ke mahkamah hari ini bagi memudahkan ahli kimia Saari Desa untuk menjelaskan mengenai laluan peluru yang ditemui di kepala mangsa yang berusia 15 tahun itu.

komentar : mengapa perlu ditembak? apa salah arwah aminul?? mengapakah begitu kejam sekali hingga melepaskan 32 das tembakan yang mengenai kereta mangsa...malah hingga kepala mengsa menjadi sasaran..adakah mangsa menembak balas terhadap polis? TIDAK BUKAN???

INI ADALAH KEGANASAN POLIS

kronologi kisah arwah aminul sebelum meninggal dunia..kalau x nampak klik la..zoom bagi besar..jangan jadi buta IT...hahaha

Tuesday, November 9, 2010

PATRIOTIK ATAU RASIS?

ini masalah baru...persoalan mengenai mengapa masyarakat INDIA,CINA kurang menyertai askar...menteri pertahanan kata kurang patriotik..betul ke? meh aku nak soal jembalang dan tok bomoh dalam parlimen..apa kata diorang..jom terjah!!!

1)Jumlah masyarakat Cina dan India yang rendah menganggotai angkatan tentera negara ini mungkin kerana kurangnya “semangat patriotisme”, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

2)Sepanjang 2008 hingga 2009, - 8,151 daripada mereka yang direkrut itu atau 90 peratus adalah Melayu, 26 orang atau 0.29 peratus adalah Cina, 82 orang atau 0.91 peratus India manakala 795 atau 8.8 peratus adalah bangsa-bangsa lain termasuk kalangan bumiputera dari Sabah dan Sarawak.“Kementerian mendapati pembabitan bukan Melayu, khususnya di kalangan masyarakat Cina dan India di bawah tahap yang memuaskan.”

Selain kekurangan “semangat patriotik”, Zahid berkata ia juga mungkin dipengaruhi faktor-faktor lain.

3)"Saya terkejut dan terluka apabila 'tidak patriotik' tersenarai sebagai faktor kenapa bukan Melayu tidak berminat menyertai tentera.

"Kenyataan itu tidak boleh diterima seolah-olah bukan Melayu ini tidak setia kepada negara," kata Kulasegaran

4)Bagi Khalid Samad (PAS- Shah Alam) pula, beliau yakin bukan Melayu tidak berminat menyertai tentera kerana tidak mahu dipergunakan untuk kepentingan politik Umno.

komentar...yang aku paling setuju ialah kata-kata khalid samad..ini bukan soal pas atau bn..ini pendirian aku sepanjang pengamatan aku dalam bidang politik...kah3...aku mendapati bahawa askar,polis sering diperguna dalam politik sempit mereka melalui undi pos..malah telah ada dakwaan bahawa sebilangan askar tidak mengundi dan tidak tahu siapa yang mengundi untuk mereka..tapi apa yang peliknya, peratusan mengundi sentiasa tinggi..macam mana SPR? main ikut belakang ke? (ini bukan pasal anwar) UMNO-BN pandai tuduh orang je...hahaha

pada aku mengapa masyarakat bukan melayu tidak mahu menganggotai askar bukan kerana soal tidak patriotik dan tidak sayang pada negara..tapi sebilangan besar mereka sedar bahawa askar sering diperguna oleh kerajaan umno..lihat saja bila mana rakyat turun ke jalanan..segala macam polis dan FRU dikerah untuk menghalang rakyat memprotes..adakah mereka(cina,india) sanggup berbuat demikian pada bangsa sendiri? sudah tentu jawapan mereka : TIDAK!..KAMI BERAKAL...

tapi, ingat..saya bukan mengatakan bahawa askar itu bodoh..saya menghargai jasa dan keringat mereka menjaga negara..malah ramai ahli keluarga saya bekerja sebagai polis dan askar..namun kita harus sedar bahawa kerajaan menyebabkan kaum india dan cina tidak mahu terjebak ke lembah pengkhianatan kerajaan..malah kaum india dan cina sanggup manjaja kuih di jalanan dari menambak kejam kaum sendiri seperti kes ARWAH AMINUL RASYID..

dan ini jelas..ia adalah satu sentimen perkauman yang dimainkan oleh UMNO-BN... tapi bila kita perjuangkan hak melayu..tidak pula dikata rasis..pelik sungguh mereka ini....sekarang anda sudah jelas??


HIDUP meLAYU..KAH3...

p/s : ini adalah komentar peribadi penulis.....cuma yang atas je di petik dari malaysiakini..supaya anda jelas apa yang dibincangkan di parlimen..

NASIB ADIKKU ARWAH AMINUL

hmm...pistol apa la yang polis guna ni..peluru pun x dapat dikenal pasti sebab peluru rosak teruk..aku belum penah lagi tembak orang..hahaha..so aku xtaw macam mana kesan peluru jika kita menembak orang nih..pape pun....

sahabat2 ku..bersama-sama kita kecam KEGANASAN POLIS...hak rakyat perlu dijamin...semoga roh arwah dicucuri rahmat...insyaALLAH

PM MAKIN SEMBUH, KE SEMPUT??

Berita mangkhabarkan bahawa PM semakin sihat..dan penyakitnya adalah CHICKEN POX..anda percaya ke? aku mula2 percaya jugak..pastu rasa macam x nak percaya pulak..

mana x nye..kalau baca dalam malaysiakini..ada melapor kan beberapa doktor pakar merawat najib seorang..aku makin pelik..aku tengok orang lain kene chiken pox pergi klinik biasa je..dah la sekali pergi je..xde pulak nak buat rawatan susulan sampai berpuluh kali..satu lagi yang peliknya..xkn la tua2 baru nak kena chiken pox..aku rasa makin tertipu dengan media keparat ni..hurmmm....

jadi korang rasa ape penyakit pm ni?? sakit nak mati?? atau ada satu agenda baru yang cuba disorokkan kepada rakyat dengan mengaburinya tentang kesihatan pm..walhal sakit tentang penyakit ayam je...hahaha..n..aku x nampak pulak n terjumpa pulak video pasal najib sakit ni..yang ada gambar2 je..x boleh buat sidang media ke?hahaha..kan UMNO suka buat sidang media...

xpelah..kita tunggu je apa keputusannya..yang pasti..makin mencengkam kuasa rosmah semenjak najib sakit..

p/s : hidup rakyat!!

IKLAN : SELEPAS TV3..FINAS PULA...

Sekali lagi kita di bisingkan dengan masalah iklan..kalau pada Hari Raya Aidilfitri dulu mengenai budaya-budaya kristian ( jangan silap paham..ini bukan budaya orang puteh) yang meresap masuk ke dalam agama islam, hari ini mengenai masalah pertukaran agama pulak..ape masalah yang sebenar ni? aku pun blur~~..tengok la video ni dulu...hehehe..



owh ini video nya..dah tengok? pe komen anda?

pada aku...masalah menggalakkan pertukaran agama tidak wujud sebab setelah berabad kita tinggal di bumi malaysia ini..lupakah kita bahawa orang india x semestinya hindu, orang cina x semestinya buddha, orang islam x semestinya kristian....

orang islam x semestinya kristian?? ye..sebab masih ada orang melayu yang beragama islam dan ramai orang melayu beragama kristian..itu adalah realiti yang terpaksa kita hadapi..jangan terlalu enak dibuai perlembagaan negara bahawa melayu mesti agama islam..itu tidak benar..saya bukan nak memerli agama islam dan kristian..itu pegangan dan kepercayaan kita masing-masing..tetapi buat kawan2 yang dahulunya islam tetapi sekarang kristian..bertaubat lah sementara pintu taubat masih terbuka..

berbalik kepada iklan..hehehe..iklan oleh mufti jap td...adakah kita juga lupa bahawa populasi masyarakat cina islam adalah lebih basar daripada populasi rakyat malaysia? adakah kita lupa bahawa sebahagian besar orang india di kawasan utara beragama islam..mungkin mereka (orang india) datang ke sini sudah memeluk islam..

tapi adik...dalam iklan tu family dia(orang india) tu semuanya beragama hindu..yes..memang beragama hindu..tp apa salahnya? dalam video ni jelas memaparkan kehidupan sebenar seorang muallaf..di pulau keluarga..kebajikan tidak dihiraukan keluarga..ditekan dan dihina..ini realiti..tapi sampai bila kita perlu rasis dalam agama? dan di dalam iklan tu kita dapat lihat..bahawa akhirnya mereka bersatu..dan ini hikmahnya..suatu masa,mereka pasti menerima muallaf kerana mereka adalah keluarga..memiliki darah daging yang sama..nabi muhammad s.a.w sendiri mewajibkan kita mentaati kedua ibu bapa walau mereka berlainan agama,namun jika mereka menyuruh kita membuat perkara yang dilarang agama..janganlah kamu mengikutnya

sedangkan nabi muhammad s.a.w sendiri melawat jirannya yang selalu melemparkan najis unta dan sampah apabila jirannya itu sakit..kita?? orang islam wajib menerima bukan islam, kerana kita hidup dalam dunia yang sama..yang penting..hati mau baik..hehehe

BERSIH 2.0


Kami, jawatankuasa induk BERSIH 2.0 ingin menjemput anda untuk bersatu bersama-sama kami dalam melanjutkan usaha ke arah pilihan raya bersih dan adil. Banyak lagi yang perlu dilaksanakan dan BERSIH 2.0 memerlukan sokongan dan bantuan anda dalam memastikan misi Malaysia yang demokratik menjadi realiti.

BERSIH 2.0 percaya hanya menerusi pilihan raya yang bersih dan adil sahaja seseorang warganegara mampu mengenalpasti hala tuju mereka dan berharap pihak yang dipertanggungjawabkan dalam melaksanakan sesebuah pemilihan itu bertindak dengan telus dan berkesan. Perjalanan untuk reformasi pilihan raya adalah ranjau di dalam proses demokratik bagi mendapat kedaulatan undang-undang dipulihara, hak asasi manusia dilindungi, urustadbir baik dan pengelastarian di dalam pembangunan Negara. Sebagai waraganegara kita boleh menjadikan impian ini satu kenyataan.


Isu-isu utama di dalam reformasi pilihan raya termasuk

1. Pembersihan sepenuhnya senarai pemilih bagi memastikan sebarang penipuan disisihkan dan senarai pemilih yang penuh dengan integriti.

2. Penggunaan dakwat kekal (seperti yang dijalankan di Indonesia dan India) bagi menghalang pengundian berganda.

3. Reformasi di dalam pengundian pos dengan memansuhkan senarai pemilih yang berasingan yang sedia ada bagi pengundi-pengundi pos dan juga untuk menjadikannya sistem yang lebih fleksibel bagi semua pengundi – di dalam mahu pun di luar Negara , dengan alasan munasabah untuk memilih untuk menjadi pengundi pos.

4. Akses media yang bebas dan adil untuk kesemua parti yang bertanding, termasuk: (a) media akses yang bebas terhadap media milik kerajaan terutamanya televisyen dan radio; (b) akses pembayaran (iklan politik) adil di dalam media swasta; dan (c) peruntukan di dalam hak untuk menyerang balas terhadap kesemua parti yang bertanding dan wakil-wakil yang bertanding yang sebelumnya mendapat liputan negatif di dalam laporan-laporan berita.

5. Tempoh kempen minima 21 hari yang bermakna.

6. Amalan-amalan adil dan professional di dalam persempadanan kawasan supaya mengurangkan pembahagian yang tidak adil (malaportionment, gerrymandering) yang seterusnya menyebabkan pembahagian kerusi dan undi yang tidak seimbang.

7. Pendaftaran otomatik untuk semua pengundi yang layak.

8. Pengurangan kelayakan umur pengundi dari 21 tahun kepada 18 tahun.

9. Reformasi di dalam urusan kewangan pilihan raya bagi memastikan ketelusan dan menghadkan kecenderungan terhadap politik wang.

10. Pentadbiran yang tidak berat sebelah di semua peringkat kerajaan sebelum, selepas dan semasa pilihan raya kecil bagi badan perundangan di peringkat persekutuan mahupun negeri.

11. Menegaskan hak semua pelajar berumur 18 tahun ke atas, yang mengambil bahagian di dalam politik di dalam dan di luar kampus.


BERSIH 2.0 menghargai sumbangan yang dicurahkan oleh kumpulan awal BERSIH dengan agenda reformasi yang dibawa mereka. BERSIH 2.0 kini dilancarkan sebagai gabungan kumpulan masyarakat yang tidak berpartian. Ia merupakan sebuah gerakan rakyat biasa yang ingin memastikan hak kepada pilihan raya yang bersih dan adil seperti yang dijamin oleh undang-undang. Undian dan suara kita mestilah diutamakan.

Dengan ini, kami, dengan rasa rendah diri ingin menjemput anda dan organisasi anda untuk bersama-sama kita dalam memastikan pilihan raya akan datang dan masa depan kitabersih, adil dan demokratik.

Butir-butir pelancaran seperti berikut:

Tarikh : 10 November 2010 (Rabu)
Masa : 8.30 p.m. – 10.30 p.m.
Tempat : Dewan Sivik PJ, Jalan Yong Shook Lin, Petaling Jaya.

Sila bawa ahli-ahli dan rakan anda ke pelancaran ini nanti. Anda boleh berhubung dengan Nurul at 03-77844977 untuk maklumat lanjut.





p/s : sekadar membantu kempen bersih..tolong hadir..menyatakan sokongan anda untuk proses pendemokrasian yang bersih dimalaysia..jangan tangguh2 lagi..inilah masanya..

Monday, November 8, 2010

JAWAPAN ZAMBRY KEATAS KESYIRIKANNYA..

MAAF..DI COPY DAN PASTE DARI BLOG MILO SUAM

Rasanya ramai dah mengetahui tentang isu Menteri Besar Perak yang dikatakan terlibat di dalam merasmikan upacara khurafat atau sesat di dalam satu program memasang tiang di Negeri Perak. Bagi yang tidak mengetahui isu ini sila klik link ini upacara sesat Di dalam satu kenyataan media beliau (Zambry Kadir) menafikan penglibatan beliau di dalam upacara sesat tersebut.

Zambry mengatakan bahawa media telah memutar belitkan gambar beliau untuk dijadikan isu, menurut Menteri Besar itu, beliau sekadar menolong menaikkan kembali daun yang jatuh ketika upacara itu. Malah dia tidak terlibat langsung dengan upacara sesat tersebut. Tapi sayang mungkin Menteri Besar itu tidak sedar ada pihak yang merakam video semasa peristiwa tersebut.

yang ni original aku tulis..hahaha

aku pun x pasti tentang keaslian kata-kata zambry..namun ini yang aku boleh petik setakat ni..zambry2..kalau korang nak tgk balik video tu..ada kat SINI

SIAPA KATA PAS X BANTU MASA BANJIR?

mengapa perlu berlakon? adakah untuk menunjukkan sikap baik pada rakyat? ahh....rakyat mampu menilainya..setelah berhari-hari kedah banjir..baru hari ini kerajaan kedah menjelaskan tentang banjir..nampaknya banjir makin surut..hahaha

dan sekarang kita tengok apa yang orang pas di kedah bagi taw..

Exco kerajaan negeri, Datuk Phahrolrazi Zawawi berkata, soal kerajaan negeri tidak membantu mangsa banjir tidak berbangkit langsung di negeri ini."Yang menjadi masalah adalah media yang tidak membuat liputan untuk kerajaan negeri," kata beliau.


"Kerajaan negeri menyediakan bantuan untuk diagihkan kepada mangsa banjir termasuk sumbangan daripada PAS sendiri, wakil-wakil rakyat dan sumbangan orang ramai," kata Mahfuz.

"Media juga memberikan laporan yang tak betul. Kata tak ada pemimpin Pakatan Rakyat yang turun dan sebagainya. Media tak pernah pun ikut kita. Kita pun tak fikir waktu banjir ini nak panggil media, tak sempat nak tunggu media datang untuk kita redah kawasan banjir.

umno-bn ni memang suka panggil media..nak tolong pakcik lintas jalan pun kalau boleh nak panggil media..nak bagi taw bahawa baiknya UMNO sebab pimpin tgn org tua nk lintas jalan..PAS pernah ke buat? jangan buat liputan media yang menyebabkan orang barasa muak dengan kita..

apa yang penting..buat kerja dengan ikhlas..x perlu menunjuk bahawa kita kerajaan yang baik..kerana rakyat yang akan menilainya..dan mereka akan menghukum pada tiap kali pilihan raya...hahaha

p/s : jangan nak bodoh kan rakyat...

BUKTI LAGI BERLAKUNYA SIKAP RASIS DALAM JIWA ORANG MELAYU..



BEGINIKAH SIKAP ORANG ISLAM? MANCERCA ORANG YANG BERAGAMA SELAIN DARI AGAMA ISLAM..

MACAM MANA ORANG BUKAN ISLAM INGIN MEMELUK ISLAM JIKA SIKAP ORANG ISLAM SEBEGINI RUPA...

SEPATUTNYA KITA MENGAJAK KEPADA ISLAM..BUKAN MEMFITNAH MEREKA AKAN MENENTANG DAN MENINDAS KITA..

p/s : anda fikirkan..banyak nye rasis..hahaha

RASIS DAN HALATUJU MALAYSIA

sebelum aku cerita lebih lanjut..tengok dulu iklan ni...



walaupun pada akhirnya adalah iklan ubat gigi..apa yang aku ingin petik disini bukan soal memberus gigi sebelum dan selepas tidur..tetapi soal rasis..

persoalan rasis telah menjadi persoalan pokok di hampir semua negara di dunia kerana semua kawasan mempunyai berbilang bangsa dan bahasa..negara-negara yang membangun seperti malaysia,thailand, dan india banyak dipengaruhi oleh soal perkauman..malah negara yang sudah lama merdeka dan maju seperti amerika pun tidak terkecuali dengan rasis..

mengapa ada rasis? adakah memang sifat manusia untuk ragu-ragu dan mempunyai syak wasangka kepada orang yang bukan serumpun dan tidak berbangsa sama? ya..itulah puncanya..kita bergitu susah untuk berhubung atau berkenalan dengan mereka yang berlainan bangsa kerana adanya sifat bersangka buruk..adakalanya bersangka buruk itu perlu untuk mengelakkan kita di ambil kesempatan..namun,mengapa kita perlu bersangka buruk pada mereka yang berlainan warna kulit?

contoh yang paling mudah dan dekat ialah kaum melayu, kerana melayu merupakan kaum majoriti di malaysia..kita masih beranggapan bahawa jika seorang anak gadis berkahwin dengan mat indon itu seolah-olah memalukan keluarga..kita merasakan anak melayu yang berkahwin dengan bangla itu tiada arah tuju..sedangkan bila anak melayu berkahwin dengan mat salleh dari german dan perancis kita berbangga..

mengapa timbul sikap sebegitu? ia gara-gara rasis...itu lah rasis pada aku..sepatutnya kita adalah sama..hitam,putih,koko,putih kelabu, semuanya sama..yang penting hati mau baik..

p/s : racism is soo yesterday

Sunday, November 7, 2010

KEADAAN KESIHATAN NAJIB [TERBARU]

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak Ahad dibenarkan keluar Hospital Kuala Lumpur (HKL) setelah dimasukkan ke hopital itu sejak Khamis lepas.

"Beliau respon baik terhadap rawatan yang diberikan dan kini boleh mengikuti diet biasa," kata Ketua pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican dalam kenyataan pada hari Ahad.

Najib pada mulanya dirawat kerana cacar tetapi pada Khamis lepas beliau dimasukkan ke hospital itu ekoran rasa tidak selesa dalam perut disebabkan ulser dan gastritis ringan.

Dr Mohd Ismail berkata cacar air pulih dengan baik dan para doktor menasihati beliau agar berehat di kediaman.

Perdana Menteri dijadual mengikuti pemeriksaan perubatan dalam masa beberapa hari, kata beliau.

Beliau juga berkata Perdana Menteri mengucapkan terima kasih kepada semua kakitangan perubatan HKL dan doktor peribadinya kerana dedikasinya dalam tidak terhingga dalam menjaga kesihatan beliau.-7/11/2010

Najib bersemangat tinggi, semakin beransur sembuh, kata Ketua Pengarah Kesihatan.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bersemangat tinggi dan terus menunjukkan tanda-tanda semakin sembuh, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican, Sabtu.

Dalam satu kenyataan hari ini, beliau berkata kesan lesi akibat cacar air pulih dengan baik dan simptom gastritis telah pun dapat diatasi.

"Beliau kini mengikuti diet biasa," katanya kepada Bernama.

Mohd Ismail berkata Perdana Menteri dijangka dibenarkan keluar dalam beberapa hari lagi.

"Datuk Seri Najib mengucapkan terima kasih kepada pengirim ucap selamat yang mendoakan beliau supaya cepat sembuh," katanya.

Najib dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur sejak Khamis untuk pemeriksaan lanjut selepas beliau mengalami rasa tidak selesa dalam perut. – 6/11/2010

DIPETIK DARI AGENDA DAILY

BANJIRNYA KERAJAAN KEDAH

KEDAH BANJIR ?

biasa la tu..sebelum ni pun pernah je banjir..apa yang x biasanya bila kerajaan negeri kedah yang banjir..dibanjiri dengan desakan dan komen dari Barisan Nasional..hehehe..ini luar biasa...

apabila berlakunya banjir tersebut..kerajaan pakatan di kedah, tidak habis2 habis di serang oleh BN untuk membantu rakyat negeri kedah..dari soal sedalam-dalam seluar dalam hingga ke soal bekalan air..habis didesaknya..malah mereka mendesak agar kerajaan negeri tidak lepas tangan dan tidak boleh serah pada kerajaan pusat..ye, betul ini tugas kerajaan negeri..dan terima kasih atas nasihat BN..


namun, kalau dahulu, kerajaaan persekutuan ada beri peruntukan khas untuk banjir seperti di kelantan dan terengganu...mengapa apabila kedah banjir sekarang x ada? adakah kerana soal pilih kasih? atau kerajaan persekuatuan dah pokai? itu hakikatnya..tidak lain dan tidak bukan..ini adalah mainan politik..untuk menunjukkan bahawa kerajaan pakatan di kedah tidak mampu menolong rakyat..namun, adakah BN menolong rakyat? YA..MENOLONG HARGA BARANG NAIK...

p/s : bestnye main air banjir..

NAJIB SAKIT APA SEBENARNYA?

Najib sakit apa sebenarnya? setelah berhari-hari rakyat menunggu..namun tiada jawabnya..mengapa setelah lebih 3 hari najib "kesakitan",namun tiada khabar berita..seolah-olah najib sudah tenat...

mengapa mahu disorokkan status kesihatan Perdana Menteri? kalau sebelum ini..apabila mana2 pembesar negara sakit..x henti-henti media duk lawat kat hospital..ini pelik..xde gambar pun..hmmm...penyakit apa nih??

adakah ini satu helah atau taktik??hahaha..aku rasa ada mungkinnya..ataupun sengaja dia menghilangkan diri...kemana? siapa yang mengetahui? mungkin ini adalah satu helah untuk menutup kekejaman kerajaan apabila menaikkan harga minyak RON 97 baru-baru ini..sepatutnya PM yang melakukan tugas untuk memberitahu rakyat jelata bahawa harga minak naik..namun, tiba2 sakit...dan "suami"nya si rosmah yang mengambil alih segala tugas najib..

siapa rosmah ni? timbalan PM ke? hairan....sepatutnya semua lawatan rasmi PM yang tidak dapat dihadiri oleh PM sendiri mesti diserahkan kepada TPM..namun, apa yang berlaku? rosmah yang menggantikannya..ini adalah salah guna kuasa..adakah najib terlalu takot untuk membenarkan TPM mengambil alih tugasnya disebabkan oleh desakan rosmah? siapa yang mengetahuinya.....

MALAYSIA DIPERINTAH SUAMI ISTERI...hahaha

p/s : YA ALLAH...sihatkan lah najib...

UCAPAN RASIS DATUK JOHARI



Kesombongan Datuk Johari dengan undi dari kaum cina dan india..ini cukup membuktikan bahawa parti mana yang rasis sebenarnya..parti mana yang selalu memainkan isu perkauman demi politik sempit..

mengapa hanya undi orang melayu sahaja diperlukan? adakah kaum cina dan india bukan pengundi? ataupun kaum lain boleh diaabaikan walau mereka mempunyai hak sebagai rakyat malaysia...

p/s : anda yang menilainya...betapa teruknya mereka..

SENYUM PAGI BERSAMA ROSMAH & NAJIB


ENTRY SEPERTI INI AKAN DIUPDATE SEMINGGU SEKALI...



untuk gelak2 selepas anda bangun di pagi ahad selewat tengah hari...siapa ROSMAH dan NAJIB sebenarnya? semuanya ada disini tiap minggu..pagi AHAD..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...