Showing posts with label proton. Show all posts
Showing posts with label proton. Show all posts

Thursday, November 11, 2010

INSPIRA : MALAYSIA BOLEH TIRU.


SALAM 1 DUNIA...hehehe..sebab aku ni adalah aku dan atok (peTUA KITA semua)..kalau sesipa lom penah tengok atok..boleh la ke ruangan tersebut dengan mengklik pada gambar di atas, bahagian tepi kanan anda..buat pembaca blog atok..ini adalah ruangan serius..buka tempat nak bergelak ketawa macam kat blog atok...kat sini senyu sipu2 je kalau lawak sekali pun..(pesanan dari ruangan atok)

hari ini sudah lebih 27 tahun usia PROTON..yang mula dirasmikan pembukaannya pada 7 MEI 1983..di sini aku bukan ingin mempersoalkan mengenai hebatnya INSPIRA..tapi apa yang x sepatutnya berlaku dalam dunia otomotif negara..pada aku, jika seorang manusia sudah berusia 27 tahun graduasi ijazah atau diploma universiti,dia sudah mampu menghasilkan assigment dan thesis tanpa COPY N PASTE segala ayat dan hanya menukar kulit bukunya sahaja..aku rasa kalau pelajar sekolah nak buat macam tu pun,ada rasa malu nak tunjuk pada kawan dan guru..apatah lagi pada masyarakat sekitar..

ini yang berlaku sebenarnya..bermula dengan proton saga keluaran pertama negara..hampir keseluruhan bahagian enjin dan struktur badan mengguna pakai produk mitshubitsi..ok..xpe...sebab masih baru belajar masuk tadika...saya pun dulu belajar menulis, mama saya yang pegang tangan..sama seperti proton ketika itu..mitshubitsi yang mengajar kita hampir keseluruhannya..mungkin tidak dalam pengurusan yang dikawal selia oleh kerajaan..

masuk sekolah rendah..pelbagai variasi kereta keluaran negara yang kita dapat lihat, proton satria,wira,n bla2....bayak jugak la...dan yang terbaru ialah inspira..namun, kereta yang paling laku pada zaman masing2 ialah proton wira..aku xtaw la mana hebat proton wira tu...tp apa yang aku tahu,kereta wira lebih elok dari kereta waja dan gen-2..kenapa kereta model lama lebih elok??

pertama..ada terbaca surat khabar? yang menceritakan bahawa proton mahu menarik balik model waja dan gen-2 keluaran 2004-2008..mengapa tidak pada wira? apa masalahnya? CLOCK SPRING..mengikut proton..jika clock spring rosak boleh menyebabkan air bag keluar dengan tiba-tiba sterusnya mengakibatkan kemalangan kerana panik pemandu..bahaya jugak..hehehe..mengapa kereta proton saga dan wira keluaran terdahulu tidak ditarik balik? tiada masalah besar ke? aku rasa sebab kereta itu semamangnya diimpot sepenuhnya dari jepun tetapi menggunakan "kulit buku" yang berbeza..itu hakikatnya..

mengenai prestasi enjin..aku akui bahawa kejuruteraan enjin proton semakin baik..bertambah pula model2 enjin yang baru dan yang terbaik dari proton,...proton sudah mampu hasilkan enjin sendiri iaitu cam-pro..pada aku ini adalah perkembangan yang amat menarik,namun perkembangan ini amat lah lembab..mengapa sepanjang 20 tahun proton ditubuhkan, tidak di peruntukkan satu dana khas untuk cendiakawan-cendiakawan universiti meningkatkan ilmu kejuruteraan enjin? adakah hanya univeriti malaya sahaja mempunyai bengkel proton? mengapa tidak diperkasakan ke seluruh negara?

adakah kerana kosnya mahal? kalau begitu..mansuhkan projek tenaga nuklear dan bangunan 100 tingkat..aku cadangkan kerajaan tubuh satu sekolah baru iaitu "sekolah kejuruteraan enjin"..disini semua rakyat,sama ada yang berijazah atau baru habis sekolah hatta mat rempit sekalipun bersama-sama duduk berbincang mengenai kejuruteraan enjin..semuanya tentang enjin..

itu yang dilakukan oleh pengeluar-pengeluar kereta besar dunia..mengumpulkan sebanyak mungkin otak2 manusia dan bersama-sama mencurahkan idea untuk membangunkan enjin..jangan terlalu mudah menghukum mat rempit kerana mereka tidak masuk universiti..kerana mereka juga memiliki fikrah pemikiran yang lebih baik baik dalam bidang penambahbaikkan enjin.."graduated student" jangan terlalu angkuh....berani??

adakah kita hanya terus mampu manjadi negara pengguna? itu persoalan yang agak merumitkan dalam proton..sepanjang usia proton 27 tahun..adakah anda masih memerlukan "tangan" mitshubitsi untuk membantu anda melukis model proton dan ilmu kejuruteraan kereta? atau...adakah "tangan" proton sudah putus hingga terpaksa menggunakan model lancer untuk melariskan jualan? kalau begini keadaannya..sampai kiamat, kita tidak mampu menjadi negara pengeluar..

adakah kita tidak sedar semenjak zaman dahulu lagi kita dieksploitasi? kita menjual minyak sawit kepada negara eropah, dan kita membeli produk yang dihasikan dari minyak sawit dari negara eropah..kita diibaratkan seperti pesawah..pesawah menanam padi..namun membeli beras dari kedai..secara logiknya petani sudah mempunyai bekalan beras melebihi kerana mempunyai sawah..namun begitu hakikatnya..kita malas untuk mamajukan diri sendiri..padahal suatu masa dahulu pesawah dan petani hanya menumbuk padi menggunakan sejenis alat untuk mengeluarkan beras dari sekamnya..

sepanjang madey melaungkan slogan malaysia boleh..apa yang boleh sebenarnya? adakah MALAYSIA BOLEH MENIRU?? sama-sama kita bincangkan di ruangan komen dibawah...


p/s : naka baca lagi tentang INSPIRA? klik di sini
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...