Saturday, October 23, 2010

SIAPA MELAYU SEBENARNYA?

Pertama sekali dari segi usul dan asalnya disebut:

Melayu itu, kaya falsafahnya
Melayu itu, orang yang bijaksana
Akal budi bersulamkan daya

Jawa itu Melayu, Bugis itu Melayu
Banjar juga disebut Melayu,
Minangkabau memang Melayu,
Keturunan Acheh adalah Melayu,


Saudara dan Saudari,

Tidak lengkap lagi senarai ini sebenarnya:

Jakun dan Sakai asli Melayu,
Arab dan Pakistani, semua Melayu
Mamak dan Malbari serap ke Melayu
Malah muallaf bertakrif Melayu


Mendakap realiti semasa Malaysia pula:

Kadazan, Bajau, India Muslim dan Siam,
Melanau, Bidayuh dan berpuluh suku kaum,
Kita bersama dalam serumpun,


dipetik dari teks ucapan najid semasa perhimpunan agong umno

Owh..ini rupa bangsa MELAYU..aku baru tahu..maknanya mamak tu melayu la..hahaha
mualaf pun melayu jugak?? kalau camni..mana2 bukan bumiputra..masuk islam boleh jadi melayu..hahaha..

lawak la..sampai arab dan pakistani pun melayu gak..pasni bangla pun melayu..kah3..sebab tu la masa pilihanraya boleh pergi mengundi..sebab bangla pun melayu..dapat kad pengenalan..gi pangkah dacing..balik mengundi dapat lak RM100..hahaha..ini takrifan melayu UMNO...

p/s : yahudi-APCO melayu??hahaha

UMNO DAN ULAMAnya...


hehehe..umno nak buat ulama cmne ni? ulama yang menghalalkan judi?hehehe.umno ni memang boleh masuk raja lawak la..

x cukup ke korang rekrut JAKIM tuk jd kroni korang? x cukup ke ulama di majlis fatwa yg senyap je bila ada isu menentang syariat islam yg dilakukan UMNO??

hehehe...

p/s : ape la yg umno nk buat lg pasni..x sabar nk tunggu..

ULAMA FESYEN BARU..

Ulama muda Umno Fathul Bari Mat Jahya berkata pendekatan pembangkang mengecam tindakan Rosmah Mansor menaungi Festival Busana Islam (IFF) - yang mencetuskan kontroversi - tersasar daripada konsep agama sebagai nasihat.

Fathul Bari berkata, pembangkang sengaja membesar-besarkan isu itu sambil meletakkan sepenuhnya kesalahan atas bahu Rosmah tanpa menyiasat terlebih dahulu perkara itu.

"Sepatutnya bantahan itu ditujukan kepada penganjur sedangkan beliau (Rosmah) penaung semata-mata," katanya.

dipetik dari malaysiakini..

woit!! kan dah ade yang mengaku..."Sepatutnya bantahan itu ditujukan kepada penganjur sedangkan beliau (Rosmah) penaung semata-mata" kata-kata ulama bangang mana ni?hahaha

rosmah yang jadi penaung rupenya..patutla..dah penaungnya rambut setinggi menara warisan merdeka..anak buah nya lagi la hebat..sekarang, aku pun x hairan kalau Ismic Fesyen Show tu jd cmni..sebab yang menganjurkan pun x faham islam betol2..kah3...

aku igtkan yahudi mana jd penaung..

kelakar la..

ROSMAH HANYA PENAUNG ISLAMIC FESYEN SHOW SEMATA-MATA...

P/S : KELAKAR X?..hehehe..gelak la..hari ni hari sabtu..cuti..
hahaha..blog nk di saman...blog mana SKMM hoi?? blog aku masuk lam senarai x?? kalau camni susah la kawan2 aku nk dapat kn news dari utusan,berita harian dan malaysiakini..sebab sbnarnya selama ni aku amik berita kat portal diorang n cite balik kt sini mengikut suka aku..hahahaha

apelah korang ni..xde kebebasan langsung...mana taw klu fitnah yg korang cakap tu betul?? bila pembangkang cakap sume fitnah,dakwaan tidak berasas la.....namun bila korang fitnah orang lain xpe??hahahaha

fikir2 la eh..

p/s : sesungguhnya finah itu lebih buruk dari membunuh..

Friday, October 22, 2010

BIADAPNYA POLIS....di MASJID AR-RAHMAN..



tolong tengok video ini..

BILA PANGKAT MENGUSAI DIRI...
HORMAT-MENGHORMATI TERUS DILUPAI..
DIMANA HILANG ERTI MANUSIAWI..
DIKALA ISLAM TERUS DICABULI..

SESUMPAH : HAIWAN ATAU MANUSIA?

X UBAH MACAM SESUMPAH
(haiwan yang boleh berubah warna) kah3....

KALI PERTAMA ANJUR SOLAT JUMAAT..SEBELUM NI DUK PERLI ISLAM..hahaha

POLIS DIPERGUNA..ISLAM DIPERSENDA...

Hari ini dalam sejarah....hehehe
di masjid Ar-Rahman, UM hari ini bergema sahutan takbir mengagungkan kebesaran ALLAH..
namun itu yang hanya berlaku sebelum solat jumaat dan semasa solat...apa yang lainnya bila solat jumaat telah sempurna ditunaikan oleh jemaah..lain pula ceritanya..

Mahasiswa dan rakyat bersepakat, bersatu dan bertekad untuk terus memperjuangkan islam diluar masjid telah diperkosa...mereka berniat murni untuk membantah ISLAMIC FESYEN SHOW yang di sertai najib dan rosmah..namun, boneka UMNO-BN yakni polis lebih segera mencabul demokrasi di malaysia...

ahh....alangkah malunya aku berada di malaysia yang dikatakan kononnya islam terus diperkosa dengan ideologi zionisme...apa yang aku lihat pada hari ini sudah terbukti bahawa timur diterbalik menjadi budaya kafir, dan nampaknya islam di barat...orang islam sendiri semacam memperlekehkan islam..islam di kad pengenalan semata-mata..aku bukan hendak timbulkan sentimen agama antara rakyat islam dengan bukan islam..tetapi aku mengecam tindakan orang islam yang menghina islam..

aku x kisah kalau bukan islam membantah dan memerli islam kerana mungkin mereka tidak faham sepenuhnya tentang islam..it's ok..lgpn diorang ada agama sendiri...namun, kita, umat islam harus sedar bahawa yang menjatuhkan islam adalah muslim...

ini adalah agenda untuk memandulkan islam..1 MUTED MALAYSIA....

p/s : anak muda..bersiap sedia..hahaha....

Thursday, October 21, 2010

DEMOKRASI DALAM PENDIDIKAN

Demokrasi dalam pendidikan..apa itu demokrasi sebenarnya? jom tanya lebai google..

aku tanya pakcik wikipedia..dia cakap demokrasi tuuuuuuuu....

Demokrasi ialah suatu bentuk kerajaan di mana kuasa menggubal undang-undang dan struktur kerajaan adalah ditentukan oleh rakyat. Dalam sistem demokrasi, undang-undang digubal sama ada oleh rakyat atau wakil yang dipilih oleh rakyat. Sebuah negara atau kerajaan yang mengamalkan sistem demokrasi adalah dipanggil negara atau kerajaaan yang demokratik.

pendidikan lak??

Pendidikan merangkumi proses pengajaran dan pembelajaran kepakaran khusus, dan juga sesuatu yang tidak dapat dilihat tetapi lebih mendalam: pemberian pengetahuan, pertimbangan dan kebijaksanaan. Salah satu asas matlamat pendidikan adalah untuk mengajar kebudayaan melangkaui generasi.

tulisan jawi telah dihalau dari sekolah kebangsaan menghilangkan jati diri melayu

jadi disini aku buat kesimpulan sendiri bahawa Demokrasi Dalam Pendidikan ialah kebebasan rakyat untuk memilih mana-mana pengetahuan atau kebijaksanaan untuk dipelajari dimana-mana tempat..tapi untuk menjayakan konsep ini, kerajaan perlu membuka seluas-luasnya ruang untuk ibubapa dan pelajar memilih tempat belajar..kerajaan perlu menyediakan platform-platform untuk semua jenis pendidikan tumbuh di malaysia..

kalau dahulu, penswastaan sekolah amatlah ditentang oleh kebanyakan rakyat malaysia..namun, ia telah menjadi satu permintaan yang agak baik setelah diperkenalkan pelbagai pihak..ini kerana, ibu bapa boleh memilih untuk menghantar anak-anak mereka belajar, samada di sekolah kerajaan mahupun swasta berdasarkan kepada kemampuan dan kehendak masing-masing..namun kita harus ingat bahawa penswastaan sekolah kerajaan akan meningkatkan jurang pendidikan antara masyarakat, kerana hanya golongan yang berkemampuan sahaja mampu menghantarkan anak mereka ke sekolah..pada aku, sekolah kerajaan masih perlu ditambah dan berjalan seperti biasa disamping adanya sekolah swasta supaya hak kebebasan ibubapa memilih untuk menghantar anak mereka belajar wujud..

malah dengan adanya pendemokrasian pendidikan juga sekolah jenis kebangsaan masih wujud di negara kita dan ia adalah sesuatu yang positif..semasa persidangan UMNO baru-baru ini, ada pihak mencadangkan agar sekolah satu aliran sahaja bagi memupuk perpaduan antara kaum di malaysia..tapi,kita harus sedar bahawa ibubapa akan mempunyai pilihan yang terhad untuk menghantar anak mereka belajar..mereka juga fikirkan tentang budaya dan tulisan mereka akan hilang..pada mulanya mungkin sekolah satu aliran nampak berjaya pada pandangan mata kasar..namun ibubapa dan anak muda mungkin akan mendendam perasaan mereka dan apabila tiba masanya akhirnya ikatan perpaduan akan terurai kerana timbulnya perasaan tidak puas hati secara senyap..
sekolah agama rakyat

negara kita amat memerlukan pendemokrasian dalam pendidikan supaya kita dapat memaksimumkan ilmu yang sedia ada untuk dikongsi bersama..contoh yang paling mudah ialah Sekolah Agama Rakyat (SAR)..SAR ditubuhkan dan berjalan menggunakan kewangan daripada derma rakyat dan bantuan pihak yang prihatin malah tidak mendapat sokongan kerajaan sepenuhnya..stigma sesetengah masyarakat dan kerajaan mendakwa bahawa sekolah agama rakyat perlu berjalan sendiri dan tidak memerlukan bantuan kerajaan adalah SALAH di dalam sebuah negara demokrasi dan mengamalkan pendemokrasian dalam pendidikan..

ya, aku x nafikan bahawa kerajaan telah banyak memperuntukkan dana untuk memajukan sekolah dan sistem pelajaran di sekolah kebangsaan dan jenis kebangsaan..namun, dalam sebuah negara demokrasi, SAR tidak boleh dibiarkan kerana hak rakyat untuk memilih corak pendidikan tersendiri..malah sistem pendidikan di SAR juga mempunyai matlamat yang sama dengan sekolah kebangsaan..semuanya untuk menuju kesempurnaan dalam hidup dan membangunkan masyarakat berilmu..sepatutnya kerajaan wajib membantu SAR supaya pilihan ibubapa tidak terhad..
rosaknya pemikiran pelajar sekolah

malah, ada ibubapa yang sanggup menghantar anak mereka ke sekolah SAR kerana mereka ragu-ragu untuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah kebangsaan..pelbagai masalah agama dan sosial yang telah melanda di sekoalah kebangsaan merunsingkan lagi ibubapa untuk menghantar anak mereka ke sekolah kebangsaan...

oleh itu, kerajaan perlu menyediakan platform untuk berlaku proses pendemokrasian dalam pendidikan supaya ibubapa tidak terhad untuk menghantar anak mereka ke sekolah..selain itu, kita juga dapat memaksimakan ilmu pengetahuan masyarakat dengan adanya sekolah pelbagai aliran..malah, ibu bapa dapat mencorakkan pemikiran anak-anak mereka mengikut acuan yang dikehendaki...



p/s : ada lagi yang akan aku tulis..ini baru demokrasi dalam pemilihan sekolah..lps ni aku akan tulis pendemokrasian dalam ilmu pengetahuan.....

NABI MUHAMMAD DIPERSENDA..

sekali lagi islam dipersenda di ISLAMIC FESYEN SHOW..salah siapa?

aku xnk komen panjang2..sekadar berkongsi..

kalian fikirkan sendiri...

KEMULIAN MELAYU : Dimana letaknya?


kah3... KEMULIAAN MELAYU..mulia sgt ke melayu? idea Shahrizat ni memang klakar..hahahaha..mulia sgt ke melayu? malah tuhan pun x "state" bahawa orang melayu mulia..
mulia itu orang yg beramal soleh..hmmmm..

besar manakah kemulian orang melayu? siapa orang melayu yang mulia itu? x malu ke kalau bangsa yang menindas melayu adalah bangsa melayu?tidak ada guna kalau berbangga dengan bangsa melayu kalau kerajaan yang majoritinya orang melayu tidak dapat menolong orang melayu...malah aku terasa amat malu jika melayu masih meLAYU.masih ramai yang tidak memiliki kesempurnaan kehidupan..masih ada yang buta huruf dan keciciran sekolah..tidak kurang juga masalah tiada rumah..

pada aku bangsa tidak melambangkan apa2 yang boleh dibanggakan..kerana bangsa itu adalah satu khayalan yang kita bayangkan..tidak ada sesuatu yang dapat menetapkan bahawa kita adalah bangsa melayu..kita hanya membayangkan bahawa sesuatu bangsa berdasarkan rupa paras mereka..sebagai contoh jika seorang lelaki,berkulit hitam,rambut kerinting, dan berbibir besar...pelbagai andaian yang kita boleh beri tentang bangsa lelaki tersebut...AFRIKA,AMERIKA,ARAB???... jadi bangsa itu tidak dapat ditetapkan..malah aku x kisah kalau bukan melayu yang memerintah malaysia kalau mereka lebih baik,adil dan amanah berbanding orang melayu...

PERKASA? kah3....tu modal pakatan rakyat la, untuk memenangi hati rakyat..kewujudan PERKASA,hanyalah memperkasakan lagi pakatan rakyat.

p/s : AKU LIBERAL...maaf kalau orang melayu yang baca..aku pun melayu..hahaha..aku cuma benci melayu yang x dapat memenuhi kehendak rakyat...peace!!

Wednesday, October 20, 2010

ALLAH DIREKRUT UMNO...

ISLAMIC FASHION SHOW ala UMNO-APCO..

si bongok...

menanti penuh setia bik mama jd model..hahaha

mana bik mama??

ini keturunan bik mama ke? mata sepet..kah3..

ni rambut fesyen menara 100 tingkat..hahaha

ni malu2 kucing lak....

Bila mana umNO bongok memerintah dan merekrut Allah..ini lah jadinya..mereka dengan senang2 menetapkan mana yang halal..mana yang haram...kah3....

p/s : um xnk ke buat fesyen show??

HARTAL ≠ HARI NATAL




20102010 HARI HARTAL

aku nak cerita x boleh..sebab aku x kaji pasal bende ni..soo..aku sediakan link untuk korang tgk, kaji dan faham...

portal tentang hartal... link..


Dokumentari tentang HARTAL..


UMNO : 1 MALAYSIA ATAU KETUANAN MELAYU

Hurmm..,,sandiwara ahli politik..semuanya sama, x kira pembangkang mahupun kerajaan...malangnya, politik menguruskan segalanya..tanpa politik, kehidupan masyarakat tidakkan teratur...tapi yang sedihnya bila ahli politik terlalu mementingkan parti politik dan kepentingan diri daripada kehidupan rakyat...

Pembangkang mahupun kerajaan, sama saja kerana mereka adalah parti politik..maka tidak hairan kalau mereka ada agenda sendiri yang x diketahui umum..apa yang bezanya adalah khidmat mereka kepada masyarakat...memang lumrahnya mana2 pembangkang didunia ini akan mengkritik kerajaan dengan pelbagai alasan dan bila kerajaan melakukan kesilapan maka ditentangnya menggunakan kuasa rakyat..itu lumrah..

apabila bercakap tentang ketuanan melayu., aku rasa ia amat bertentangan dengan konsep 1 malaysia..apa kontranya?? jap nk google maksud ketuanan melayu....

Menurut Perdana Menteri, maksud Ketuanan Melayu ialah keupayaan bangsa Melayu untuk mencapai sesuatu kejayaan. In other words, what the PM tries to say is the Malay supremacy carries the meaning of race supremacy. (The Star, Selasa, 29 April, 2008. Pak Lah explains meaning of 'ketuanan Melayu').

ini yang aku jmpe..ada yg bgtaw bahawa konsep ketuanan melayu adalah untuk menggalakkan melayu mendominasi dalam pelbagai bidang samada politik,ekonomi mahupun pendidikan..adakah konsep ini rasional diamalkan di malaysia?

kita harus sedar bahawa dimana-mana negara pun, pasti ada berbilang kaum dan bangsa..di malaysia,aku rasa konsep ini tidak sesuai kerana kita hidup dalam pelbagai kaum dan kepercayaan..seharusnya pembahagian jawatan dan pegangan perlu diberi pada yang layak,amanah dan adil..bukannya pada satu jenis bangsa sahaja..jgn kita orang melayu salahkan bangsa lain kalau kita masih mundur..ibarat berlumba lari,menyalahkan pemenang lari terlalu laju bila kita kalah..itu x rasional..sepatutnya kita perlu memajukan diri dengan sokongan kerajaan..jgn pula kerajaan menindas rakyat..

manakala konsep 1 malaysia adalah ideologi untuk memantapkan perpaduan antara kaum...pada aku, konsep ini amat susah nak berjaya, kerana perpaduan melalui perbezaan kaum amatlah payah..kerana kita dibezakan mengikut kaum..sepatutnya soal kaum perlu diketepikan..dan kita semua adalah rakyat malaysia..itu yg sepatutnya..jgn melibatkan kaum,tp melibatkan keseluruhan warganegara.dan ini bertentangan dengan konsep ketuanan melayu yang mementingkan bangsa melayu untuk mengusai semua bidang..maka, ia agak rasis dan bias...

jadi, mari kita fikirkan bersama-sama..apa acuan yang terbaik untuk memajukan masyarakat..bukan hanya pembangunan fizikal dan kemantapan sesetengah bangsa sahaja...

p/s : ini, kalau puak perkasa baca mesti marah..mnx2 brehin x baca lg..jantung dia kurang elok lgi..kah3....

KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN : SIAPA YANG LAYAK PILIH?

hensem x ??kah3...

Siapa sebenarnya gerangan menteri di kementerian belia dan sukan...ha..mamat yang tersenyum ni la..hehehe..aku xnk bgtaw nama dia..korang cari sendiri...

apa yang aku nk persoalan bukanlah soal kreadibaliti dia..tp tentang jawatan yang sedang di pegangnya..apa tugas menteri di kementerian ini? jwpnnya, urus pasal sukan2, samada di peringkat nasional, negeri, daerah mahupun antarabangsa apabila melibatkan atlet malaysia ke luar negara..secara umumnya begitulah definisi nya..

tapi, adakah anda bersetuju dengan pegangan jawatan ini melalui pemilihan oleh PM?

aku pun x pasti la setuju atau x..sebab kalau nk pilih sendiri, kene buat 1 lagi election melibatkan belia,anak muda dan remaja..hurmm..susah jgk.....sebab aku dapat taw yg ada sesetengah anak muda tidak berpuas hati dengan pilihan PM..katanya x remaja la..x kool la..ntah la..aku pun xtaw mcm mn..

soo. aku nk korang vote kt kolum sebelah..siapa yang layak pilih menteri di kementerian belia dan sukan..

p/s : majulah sukan untuk negara

Tuesday, October 19, 2010

HAMIL : GURU ATAU PELAJAR


dipetik malaysiakini

hahaha..pelik2....di Manama, guru dipinta agar tidak hamil bagi mengelakkan kesan negatif yang boleh menjejaskan prestasi kerja...kah3...woit!! lawak gila babi...pastu cikgu xleh ada anak ke? menentang fitrah manusia betol..sape la xnk anak...bangang punya arahan..alasannya untuk meningkatkan standard pendidikan negara...hahaha..idea kuno la... (boleh check kat malaysiakini)

pada aku, ini adalah satu tindakan yang jelas bertentangan dengan hak asasi manusia dan menindas..kalau macam ni berlaku kat malaysia..aku rasa boleh bilang dengan jari orang nak jd cikgu..dah la bg alasan paling x munasabah..macam la xde alternatif lain nak tingkatkan standard pendidikan..

tapi bila aku ke sebuah sekolah di sebuah negeri bernama Melaka..ni bukan nak cerita pasal parameswara..kah3..tapi pasal sebuah sekolah..kat sekolah tu, cikgu masih dibenar mengandung..DAN PELAJAR SEMUA MENGANDUNG..sekolah jenis apa ni..dengar cerita, anak-anak yang bakal lahir tu "cucu" Ali Rustam..betol ke? huh!! ramai siot...boleh buat team bola..hahaha..itu yang uniknya malaysia...

MALAYSIA KAYA DENGAN BUDAYA YANG X ADA DI NEGARA LAIN..CUTI2 MALAYSIA..jgn lupa pergi melaka dan lawat sekolah terberanak ali rustam..hehehe..

p/s : training la bayi2 tu tuk team bola sepak malaysia..asuh dari bayi baru pandai..kah3...

PRIBUMI TERUS TERPINGGIR


PERKARA 153 UNTUK ORANG ASLI DITOLAK LAGI...bende ALLAH apakah PERKARA 153 tu?? jom tanya lebai google jap..

Perkara 153 Perlembagaan telah memaktubkan Hak Istemewa Orang Melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak meliputi : -

- perkhidmatan awam :Perkara 153 (2,3 dan 4)
- ekonomi : Perkara 153 (6)
- pelajaran: Perkara 153 (2,3 dan 4)
- Kedudukan Istimewa orang Melayu yang lain termasuklah peruntukan Perkara 89 dan 90 – berhubung dengan tanah rizab Melayu.
- Hak-hak ini tidak boleh dipertikaikan dan ia dilindungi di bawah Akta Hasutan 1948 (Pindaan 1971)”.

owh..ini rupanya..kah3..kelakar la yg bawah tu.."dilindungi di bawah Akta Hasutan 1948" ..tapi blog aku ni untuk menghasut..lantak ko la...ade aku kisah..pembaca yang menilainya..

ORANG ASLI tu sape lak? lepas kaji, punya kaji..orang asli tu adalah penduduk asal tanah melayu..diorang bukan orang melayu,cina,india..dah tentu bukan pendatang macam kalian..jd mereka orang asal yang menetap di malaysia sejak dahulu kala lagi..

apa yang sedihnya..didalam perlembagaan, kedudukan orang asli di semenanjung malaysia langsung tidak dinyatakan dan diiktiraf..yang hanya ada ialah :Hak Istemewa Orang Melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak..adakah orang asli di semenanjung pendatang?? kenapa mereka dianak tirikan? sedangkan mereka penduduk asal di sini..bahkan, ada pendapat mengatakan kaum melayu bukan berasal dari tanah melayu, bahkan dari kerajaan majapahit di sekitar indonesia..

mengapa hak mereka didalam PERKARA 153 diketepikan?? adakah kerana terlalu angkuh dengan ketuanan melayu?

tepuk dada, tanya iman

p/s : aku pun x taw asal dari mana..entah2 dari paris..hahaha..
HIDUP PERKASA..hahaha..mujur brehem sihat..kalu x, guano la ogre melayu gamoknyo..

ISTANA : PERNAHKAH RAJA/SULTAN MINTA?

dipetik dari malaysiakini

wah!! rumah raja bernilai RM797 juta..raja mana yang nak duduk ni? perlu ke raja ada tempat tinggal sebegini megah kalau rakyatnya masih melarat kemiskinan? buta huruf yang masih lagi berleluasa di kawasan luar bandar..dengan hak orang asli masih diketepikan..wahai raja..adakah anda yang minta semua ini??

ahh..ini sandiwara UMNO-BN..sengaja memahalkan harga istana untuk kepantingan kroni..kalau anda dah baca post sebelum ni..anda akan tahu siapa antara kontraktor yang terlibat..dan jelas ini projek kroni..menggunakan nama sultan, mereka kaut keuntungan..mereka guna istana supaya rakyat x bantah, kononnya orang melayu dan rakyat malaysia mesti patuh pada raja..

RAJA JENIS MANA YANG ANDA MAHU??? raja menindas?? wahai raja2..kalau lah kalian duk lam rumah tu sambil "berfacebooking" dan "berchatting" baca la post ku ini..AKU BENCI PADA RAJA DAN KERAJAAN YANG MENINDAS DAN TIDAK HIRAUKAN MASALAH RAKYAT..jgn buat keputusan atas kapasiti sendiri tanpa hiraukan masyarat yang daif dan tertindas..

bagi aku, raja/sultan yang baik ialah raja/sultan yang dapat memenuhi kehendak rakyat..beri lah sedikit tanah anda pada yang x memiliki..kongsilah harta anda pada orang miskin...kerana duit itu, duit rakyat...jangan sampai 1 tahap rakyat menolak sistem beraja di Malaysia..


RAJA ALIM RAJA DISEMBAH,
RAJA ZALIM RAJA DISANGGAH


P/S : mahasiswa agen perubahan kearah sistem masyarakat yang lebih baik..

Monday, October 18, 2010

PENDIDIKAN : dimana kualitinya?


yang ni dah lama aku nk bagi komen..tapi apakan daya,daku terlalu sibuk..pendidikan di malaysia dan tahap kualitinya...ye, memang betul pendidikan berkualiti menjamin negara maju..tapi adakah dengan pendidikan sudah memadai? sememangnya tidak..pendidikan merupakan pelaburan jangka masa panjang untuk pembangunan negara..

persoalannya, adakah pendidikan di negara kita betul berkualiti?..aku akan bagi pandangan peribadi berdasarkan apa yang telah aku lalui selama 19 tahun 9 bulan di dunia dan 9 bulan lam perut mak aku..hehehe..setahu aku perkembangan otak bayi bermula ketika dalam rahim lagi..tp aku rasa macam x igt pape pun..hahaha

selama aku sekolah rendah, aku tidak rasa apa2 yg membebankan..biasa je...tp bila skrg, aku dpt lihat ada bayaknya compang-camping pendidikan di sekolah rendah..sejak dari sekolah rendah lagi, pelajar telah diasuh untuk belajar bagi menjawab peperiksaan..dan ia berterusan sehingga sekolah menengah..itu yang silapnya, sepatutnya pendidikan disekolah rendah lebih banyak tertumpu pada pengetahuan asas tentang kehidupan dan kerohanian serta tanggungjawab..ye, betul, ada diajar..tp tidak dipraktikkan, semata-mata untuk jawab peperiksaan..sepatutnya proses p&p perlu lebih tertumpu pada bagaimana untuk melahirkan budaya berfikir dan berdikari..

di sekolah menengah., lagi la teruk aku di tekan dengan sistem pelajaran..semasa PMR, aku rasa keseluruhan apa yang diajar berbentuk "exam orientation"..tidak banyak yang mengajar pelajar untuk berfikir dengan kreatif dan kritis..semasa SPM, aku melalui aliran sains tulen..memang "tough"..semua kena dihafal,difahami....tambah2 lagi aku ni jenis yang x minat menghafal, maka pernah aku failed biologi dengan kimia..tp aku dan rakan2 cuba bantu diri masing2 dengan macam2 cara..maka keluar la pelbagai cara menghafal yang unik...disitu kami belajar berfikir dengan kritis..tp masih lagi berorientasi peperiksaan..

bagaimana kita ingin membentuk masyarakat madani yang betul2 berfikir kalau sistem pelajaran yang diterap selama hampir 12-13 tahun terlalu berorientasi peperiksaan? maka akan wujud masyarakat yang malas berfikir diluar kerangka manusia biasa..wujudlah masyarakat yang hanya mengabdikan diri pada pekerjaan semata-mata...hilangnya pemikir bererti hilangnya kekayaan ilmu..

maka seharusnya pendidikan di malaysia harus di kaji semula supaya lebih releven,bukan hanya untuk pembangunan ekonomi dan infrastruktur semata-mata, tetapi juga pembangunan sahsiah dan pemikiran..


p/s : di universiti memang berbeza..betul2 mengajar aku berfikir...





UMNO : suka propaganda..

yang ni pick kat malaysiakini

bila terdesak, mendesak pulak..hahaha..itulah slogan yang paling sesuai untuk UMNO ONLINE dan UMNO tu sendiri...aku rasa amat lucu apabila saudara2 kita, rakyat malaysia di luar negara terpaksa membaca umno-online..alasannya supaya tidak lupa pada malaysia..

mamat ni..kalau korang kenal la..aku ltk nama dia.. Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor..dia cakap kat rakan2 kita diluar negara jangan percaya pada portal berita...hahaha...berita tv1 pun? hahaha..XLEH CAYA..sebab diorang tipu...bila wartawan mintak kabebebasan dan tidak dikongkong..dia cakap anggota Kelab Umno Luar Negara jangan terpedaya dengan fitnah yang dilemparkan kepada kerajaan menerusi media baru seperti pelbagai portal berita.hahaha..kelakar la...

lepas tu sebar lak propaganda kat pelajar supaya ikuti perkembangan politik malaysia melalui umno-online..kah3..bukan tu propaganda ke? kalau diorang dah boleh pergi belajar sampai luar negara. xnk la x boleh nak cari info dalam internet tentang politik tanah air..dalam blog2 dan lamanweb ada...dia igt org lain bodoh..ko tu yg nk bodohkan org je kejenye...

ada lgi yg kelakar....dia suruh anggota kelab umno luar negara menjadi mata, telinga dan mulut untuk kerajaan..sebab: kerajaan kini sentiasa memikirkan hal rakyat dan masa depan negara..hahaha..bodoh..bila rakyat kutuk kerajaan, ckp x bersyukur..bangang tol...bila pelajar kutuk,kena AUKU..aku memang bengang la!!! bodoh...

kesimpulannya,JANGAN SESEKALI SOKONG UMNO..KALAU XTAW NK PANGKAH APA MASA PILIHANRAYA, PANGKAH JE SELAIN DARI UMNO/BARISAN NASIONAL...


P/S : mahasiswa berusia 21 tahun dan ke atas dah daftar mengundi belom??anda layak mengundi..tunaikan kewajipan anda..JANGAN PANGKAH UMNO/BN...

Sunday, October 17, 2010

HADIAH : MALAYSIA ATAU JAMAICA LEBIH BAIK...


apa beza MALAYSIA dengan JAMAICA?

ah..persetan aku amik dari mana..hahaha


pagi td, aku terbaca pasal ni..berita pasal Jamaica aku baca dalam utusan meloya online, lepas tu pasal malaysia dalam berita harian online..ada nak tergelak pun ada..hahaha!!

malaysia ni pelik saudara, rakyat bekerja siang malam, isteri ditinggalkan,anak keciciran kasih sayang, tp rakyatnya rasa macam xde apa...aku masih x faham...rakyat kerja macam kuli, bos duk rilek je...tp bos yang dapat duit dan nama,walau pekerja yang buat semua kerja..ini yang berlaku di malaysia, golongan pekerja terutamanya yang berpendidikan rendah sering ditindas seperti pekerja kilang dan buruh..

di jamaica, apabila semua pelombong yang tertimbus ditemui dengan selamat, orang bersorak kegembiraan..itu biasa...apa yang kurang biasa bila kerajaan beri hadiah dan ganjaran berupa pekej pelancongan kepada pasangan mangsa dan krew2 yang menyelamatkan mereka..itu yang memang x pernah berlaku di malaysia..

apa yang berlaku dimalaysia, bila menyelamatkan nyawa orang..bos kepada krew2 penyelamat la yang dapat pujian berhambur,dpt duit lg..woit!!! sedar x..bukan bos tu la keje siang malam nak selamatkan org..krew2 tu la patut diberi ganjaran..contoh paling mudah bila ada kes bunuh la..owh, terima kasih la ketua polis negara kerana berjaya tangkap suspek..ini menunjukkan polis menunjukkan kerja yang efektif..KEPALA HOTAK KO!! bukan ketua polis sorang je buat keje..tp ketua polis yang di sebut nama dulu..padahal dia pegi berapa kali xtaw ditempat kejadian..forensik,polis2 yg keje siang malam ni ade ke nak bg ganjaran??? YANG POLIS BIASA DAPAT APE?? DAPAT TENGOK KETUA POLIS DAPAT "DATUK"..lepas tu tepuk tangan ramai2...hahaha..mentaliti budak2..

bila najib mendakwa bahawa kononnya dia berniat nak bagi lebih banyak bonus sehingga sebulan gaji...aku memang x percaya dia nak bagi..sebab x cukup duit nak bg kt BIK MAMA..hahaha...BIK MAMA makan kuat..hahaha..dah la buat bangunan 100 tingkat tu x bg alasan yang kukuh..alasan yang pada aku macam karangan budak tingkatan 3..apa alasannya?? merancakkan pelancongan..woit!! bape kerat je pelancong minat bende macam tu..kat negara diorang pn da byk la bangunan tinggi..diorang lebih suka kehidupan hutan dan pantai..ini satu projek penipuan kepada rakyat..projek mengkayakan kroni..x percaya? tgk la 2016 ke atas..mesti ada skandal pasal WARISAN MERDEKA ni..

alangkah bahagianya rakyat kalau duit 5 billion tu diguna untuk selesaikan masalah kemiskinan dan beri pada mereka yang berhak,golongan pekerja yang ditindas..kita harus sedar, betapa modennya negara kita, rakyat malaysia tidak akan makan cips dan barangan elektronik..kita makan nasi..tp golongan tani sentiasa miskin..bape kerat je yang hidup senang? tu pun yg jadi JKKK dan KETUA TANI..yang lain???

FIKIR2 kan dan SELAMAT BERAMAL..

p/s : malaysia ni lucu..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...