Sunday, October 17, 2010

HADIAH : MALAYSIA ATAU JAMAICA LEBIH BAIK...


apa beza MALAYSIA dengan JAMAICA?

ah..persetan aku amik dari mana..hahaha


pagi td, aku terbaca pasal ni..berita pasal Jamaica aku baca dalam utusan meloya online, lepas tu pasal malaysia dalam berita harian online..ada nak tergelak pun ada..hahaha!!

malaysia ni pelik saudara, rakyat bekerja siang malam, isteri ditinggalkan,anak keciciran kasih sayang, tp rakyatnya rasa macam xde apa...aku masih x faham...rakyat kerja macam kuli, bos duk rilek je...tp bos yang dapat duit dan nama,walau pekerja yang buat semua kerja..ini yang berlaku di malaysia, golongan pekerja terutamanya yang berpendidikan rendah sering ditindas seperti pekerja kilang dan buruh..

di jamaica, apabila semua pelombong yang tertimbus ditemui dengan selamat, orang bersorak kegembiraan..itu biasa...apa yang kurang biasa bila kerajaan beri hadiah dan ganjaran berupa pekej pelancongan kepada pasangan mangsa dan krew2 yang menyelamatkan mereka..itu yang memang x pernah berlaku di malaysia..

apa yang berlaku dimalaysia, bila menyelamatkan nyawa orang..bos kepada krew2 penyelamat la yang dapat pujian berhambur,dpt duit lg..woit!!! sedar x..bukan bos tu la keje siang malam nak selamatkan org..krew2 tu la patut diberi ganjaran..contoh paling mudah bila ada kes bunuh la..owh, terima kasih la ketua polis negara kerana berjaya tangkap suspek..ini menunjukkan polis menunjukkan kerja yang efektif..KEPALA HOTAK KO!! bukan ketua polis sorang je buat keje..tp ketua polis yang di sebut nama dulu..padahal dia pegi berapa kali xtaw ditempat kejadian..forensik,polis2 yg keje siang malam ni ade ke nak bg ganjaran??? YANG POLIS BIASA DAPAT APE?? DAPAT TENGOK KETUA POLIS DAPAT "DATUK"..lepas tu tepuk tangan ramai2...hahaha..mentaliti budak2..

bila najib mendakwa bahawa kononnya dia berniat nak bagi lebih banyak bonus sehingga sebulan gaji...aku memang x percaya dia nak bagi..sebab x cukup duit nak bg kt BIK MAMA..hahaha...BIK MAMA makan kuat..hahaha..dah la buat bangunan 100 tingkat tu x bg alasan yang kukuh..alasan yang pada aku macam karangan budak tingkatan 3..apa alasannya?? merancakkan pelancongan..woit!! bape kerat je pelancong minat bende macam tu..kat negara diorang pn da byk la bangunan tinggi..diorang lebih suka kehidupan hutan dan pantai..ini satu projek penipuan kepada rakyat..projek mengkayakan kroni..x percaya? tgk la 2016 ke atas..mesti ada skandal pasal WARISAN MERDEKA ni..

alangkah bahagianya rakyat kalau duit 5 billion tu diguna untuk selesaikan masalah kemiskinan dan beri pada mereka yang berhak,golongan pekerja yang ditindas..kita harus sedar, betapa modennya negara kita, rakyat malaysia tidak akan makan cips dan barangan elektronik..kita makan nasi..tp golongan tani sentiasa miskin..bape kerat je yang hidup senang? tu pun yg jadi JKKK dan KETUA TANI..yang lain???

FIKIR2 kan dan SELAMAT BERAMAL..

p/s : malaysia ni lucu..


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...