Monday, October 18, 2010

PENDIDIKAN : dimana kualitinya?


yang ni dah lama aku nk bagi komen..tapi apakan daya,daku terlalu sibuk..pendidikan di malaysia dan tahap kualitinya...ye, memang betul pendidikan berkualiti menjamin negara maju..tapi adakah dengan pendidikan sudah memadai? sememangnya tidak..pendidikan merupakan pelaburan jangka masa panjang untuk pembangunan negara..

persoalannya, adakah pendidikan di negara kita betul berkualiti?..aku akan bagi pandangan peribadi berdasarkan apa yang telah aku lalui selama 19 tahun 9 bulan di dunia dan 9 bulan lam perut mak aku..hehehe..setahu aku perkembangan otak bayi bermula ketika dalam rahim lagi..tp aku rasa macam x igt pape pun..hahaha

selama aku sekolah rendah, aku tidak rasa apa2 yg membebankan..biasa je...tp bila skrg, aku dpt lihat ada bayaknya compang-camping pendidikan di sekolah rendah..sejak dari sekolah rendah lagi, pelajar telah diasuh untuk belajar bagi menjawab peperiksaan..dan ia berterusan sehingga sekolah menengah..itu yang silapnya, sepatutnya pendidikan disekolah rendah lebih banyak tertumpu pada pengetahuan asas tentang kehidupan dan kerohanian serta tanggungjawab..ye, betul, ada diajar..tp tidak dipraktikkan, semata-mata untuk jawab peperiksaan..sepatutnya proses p&p perlu lebih tertumpu pada bagaimana untuk melahirkan budaya berfikir dan berdikari..

di sekolah menengah., lagi la teruk aku di tekan dengan sistem pelajaran..semasa PMR, aku rasa keseluruhan apa yang diajar berbentuk "exam orientation"..tidak banyak yang mengajar pelajar untuk berfikir dengan kreatif dan kritis..semasa SPM, aku melalui aliran sains tulen..memang "tough"..semua kena dihafal,difahami....tambah2 lagi aku ni jenis yang x minat menghafal, maka pernah aku failed biologi dengan kimia..tp aku dan rakan2 cuba bantu diri masing2 dengan macam2 cara..maka keluar la pelbagai cara menghafal yang unik...disitu kami belajar berfikir dengan kritis..tp masih lagi berorientasi peperiksaan..

bagaimana kita ingin membentuk masyarakat madani yang betul2 berfikir kalau sistem pelajaran yang diterap selama hampir 12-13 tahun terlalu berorientasi peperiksaan? maka akan wujud masyarakat yang malas berfikir diluar kerangka manusia biasa..wujudlah masyarakat yang hanya mengabdikan diri pada pekerjaan semata-mata...hilangnya pemikir bererti hilangnya kekayaan ilmu..

maka seharusnya pendidikan di malaysia harus di kaji semula supaya lebih releven,bukan hanya untuk pembangunan ekonomi dan infrastruktur semata-mata, tetapi juga pembangunan sahsiah dan pemikiran..


p/s : di universiti memang berbeza..betul2 mengajar aku berfikir...





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...