Thursday, October 21, 2010

KEMULIAN MELAYU : Dimana letaknya?


kah3... KEMULIAAN MELAYU..mulia sgt ke melayu? idea Shahrizat ni memang klakar..hahahaha..mulia sgt ke melayu? malah tuhan pun x "state" bahawa orang melayu mulia..
mulia itu orang yg beramal soleh..hmmmm..

besar manakah kemulian orang melayu? siapa orang melayu yang mulia itu? x malu ke kalau bangsa yang menindas melayu adalah bangsa melayu?tidak ada guna kalau berbangga dengan bangsa melayu kalau kerajaan yang majoritinya orang melayu tidak dapat menolong orang melayu...malah aku terasa amat malu jika melayu masih meLAYU.masih ramai yang tidak memiliki kesempurnaan kehidupan..masih ada yang buta huruf dan keciciran sekolah..tidak kurang juga masalah tiada rumah..

pada aku bangsa tidak melambangkan apa2 yang boleh dibanggakan..kerana bangsa itu adalah satu khayalan yang kita bayangkan..tidak ada sesuatu yang dapat menetapkan bahawa kita adalah bangsa melayu..kita hanya membayangkan bahawa sesuatu bangsa berdasarkan rupa paras mereka..sebagai contoh jika seorang lelaki,berkulit hitam,rambut kerinting, dan berbibir besar...pelbagai andaian yang kita boleh beri tentang bangsa lelaki tersebut...AFRIKA,AMERIKA,ARAB???... jadi bangsa itu tidak dapat ditetapkan..malah aku x kisah kalau bukan melayu yang memerintah malaysia kalau mereka lebih baik,adil dan amanah berbanding orang melayu...

PERKASA? kah3....tu modal pakatan rakyat la, untuk memenangi hati rakyat..kewujudan PERKASA,hanyalah memperkasakan lagi pakatan rakyat.

p/s : AKU LIBERAL...maaf kalau orang melayu yang baca..aku pun melayu..hahaha..aku cuma benci melayu yang x dapat memenuhi kehendak rakyat...peace!!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...