Hurmm..,,sandiwara ahli politik..semuanya sama, x kira pembangkang mahupun kerajaan...malangnya, politik menguruskan segalanya..tanpa politik, kehidupan masyarakat tidakkan teratur...tapi yang sedihnya bila ahli politik terlalu mementingkan parti politik dan kepentingan diri daripada kehidupan rakyat...
Pembangkang mahupun kerajaan, sama saja kerana mereka adalah parti politik..maka tidak hairan kalau mereka ada agenda sendiri yang x diketahui umum..apa yang bezanya adalah khidmat mereka kepada masyarakat...memang lumrahnya mana2 pembangkang didunia ini akan mengkritik kerajaan dengan pelbagai alasan dan bila kerajaan melakukan kesilapan maka ditentangnya menggunakan kuasa rakyat..itu lumrah..
apabila bercakap tentang ketuanan melayu., aku rasa ia amat bertentangan dengan konsep 1 malaysia..apa kontranya?? jap nk google maksud ketuanan melayu....
Menurut Perdana Menteri, maksud Ketuanan Melayu ialah keupayaan bangsa Melayu untuk mencapai sesuatu kejayaan. In other words, what the PM tries to say is the Malay supremacy carries the meaning of race supremacy. (The Star, Selasa, 29 April, 2008. Pak Lah explains meaning of 'ketuanan Melayu').
ini yang aku jmpe..ada yg bgtaw bahawa konsep ketuanan melayu adalah untuk menggalakkan melayu mendominasi dalam pelbagai bidang samada politik,ekonomi mahupun pendidikan..adakah konsep ini rasional diamalkan di malaysia?
kita harus sedar bahawa dimana-mana negara pun, pasti ada berbilang kaum dan bangsa..di malaysia,aku rasa konsep ini tidak sesuai kerana kita hidup dalam pelbagai kaum dan kepercayaan..seharusnya pembahagian jawatan dan pegangan perlu diberi pada yang layak,amanah dan adil..bukannya pada satu jenis bangsa sahaja..jgn kita orang melayu salahkan bangsa lain kalau kita masih mundur..ibarat berlumba lari,menyalahkan pemenang lari terlalu laju bila kita kalah..itu x rasional..sepatutnya kita perlu memajukan diri dengan sokongan kerajaan..jgn pula kerajaan menindas rakyat..
manakala konsep 1 malaysia adalah ideologi untuk memantapkan perpaduan antara kaum...pada aku, konsep ini amat susah nak berjaya, kerana perpaduan melalui perbezaan kaum amatlah payah..kerana kita dibezakan mengikut kaum..sepatutnya soal kaum perlu diketepikan..dan kita semua adalah rakyat malaysia..itu yg sepatutnya..jgn melibatkan kaum,tp melibatkan keseluruhan warganegara.dan ini bertentangan dengan konsep ketuanan melayu yang mementingkan bangsa melayu untuk mengusai semua bidang..maka, ia agak rasis dan bias...
jadi, mari kita fikirkan bersama-sama..apa acuan yang terbaik untuk memajukan masyarakat..bukan hanya pembangunan fizikal dan kemantapan sesetengah bangsa sahaja...
p/s : ini, kalau puak perkasa baca mesti marah..mnx2 brehin x baca lg..jantung dia kurang elok lgi..kah3....
No comments:
Post a Comment