Friday, March 25, 2011

RADIASI NUKLEAR KE MALAYSIA?

dah lama aku x menulis disini..nampaknya blog aku ni pun dah kesunyian dengan entry terbaru dan komentar-komentar..

entah apa yang ingin dikongsi pada hari ini..sekadar berkongsi mengenai kesan radiasi nuklear di jepun..memetik berita harian online (25.3.2011)

PIHAK berkuasa membekalkan air mineral selepas radiasi dikesan dalam air  di Tokyo yang membahayakan kanak-kanak. - Foto AP

PIHAK berkuasa membekalkan air mineral selepas radiasi dikesan dalam air di Tokyo yang membahayakan kanak-kanak. - Foto AP

Radioaktif dikesan kota sebelah Tokyo, tiga lagi bandar AS dan Iceland

TOKYO: Ancaman bahan radioaktif berpunca daripada pelepasan radiasi di loji nuklear Fukushima semakin naik selepas tahapnya meningkat di Saitama, bandar bersebelahan Tokyo selain dikesan di beberapa negeri Amerika Syarikat dan juga Eropah.

Di Saitama, tahap radiasi dikesan lebih tinggi dalam sistem pembersihan air di daerah Kawaguchi, dan tidak selamat untuk kanak-kanak.

berita penuh : Berita Harian Online | Radiasi makin tersebar jauh

adakah radiasi tersebut sampai ke malaysia? panjang huraiannya..

banyak kemungkinan yang memungkin bahawa kesan radiasi di jepun akan sempai ke malaysia

melaui makanan yang di import dan makanan laut seperti ikan..sesungguhnya bahawa laut itu berambung-sambung, maka tidak mustahil kalau perairan jepun yang telah tercemar dan rumpai serta makanan bagi ikan turut tercemar..ikan ini makhluk yang bergerak-gerak..kalau ikan melepak dan makan rumpai tercemar di jepun, adakah ikan tersebut akan datang ke malaysia dan ditangkap oleh nelayan?? kemungkinannya ada..maka, tidak mustahil makanan laut kita tercemar dengan bahan radioaktif.

bilakah radioaktif ini akan lupus?? semuanya bergantung kepada jenis dan tahap keaktifan bahan tersebut..untuk tenaga nuklear..kemungkinan besar menjangkau ratusan ribu tahun dan jutaan tahun..adakah jepun akan bebas dari nuklear dalam waktu yang singkat??

semuanya terserah kepada ALLAH…ataupun…jepun bakal menjadi sebuah bandar hantu seperti di chernobyl..

tentang chernobyl : [VIDEO] CHERNOBYL BANDAR BERHANTU AKIBAT NUKLEAR | peTUA KITA semua

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...