Tuesday, November 9, 2010

BERSIH 2.0


Kami, jawatankuasa induk BERSIH 2.0 ingin menjemput anda untuk bersatu bersama-sama kami dalam melanjutkan usaha ke arah pilihan raya bersih dan adil. Banyak lagi yang perlu dilaksanakan dan BERSIH 2.0 memerlukan sokongan dan bantuan anda dalam memastikan misi Malaysia yang demokratik menjadi realiti.

BERSIH 2.0 percaya hanya menerusi pilihan raya yang bersih dan adil sahaja seseorang warganegara mampu mengenalpasti hala tuju mereka dan berharap pihak yang dipertanggungjawabkan dalam melaksanakan sesebuah pemilihan itu bertindak dengan telus dan berkesan. Perjalanan untuk reformasi pilihan raya adalah ranjau di dalam proses demokratik bagi mendapat kedaulatan undang-undang dipulihara, hak asasi manusia dilindungi, urustadbir baik dan pengelastarian di dalam pembangunan Negara. Sebagai waraganegara kita boleh menjadikan impian ini satu kenyataan.


Isu-isu utama di dalam reformasi pilihan raya termasuk

1. Pembersihan sepenuhnya senarai pemilih bagi memastikan sebarang penipuan disisihkan dan senarai pemilih yang penuh dengan integriti.

2. Penggunaan dakwat kekal (seperti yang dijalankan di Indonesia dan India) bagi menghalang pengundian berganda.

3. Reformasi di dalam pengundian pos dengan memansuhkan senarai pemilih yang berasingan yang sedia ada bagi pengundi-pengundi pos dan juga untuk menjadikannya sistem yang lebih fleksibel bagi semua pengundi – di dalam mahu pun di luar Negara , dengan alasan munasabah untuk memilih untuk menjadi pengundi pos.

4. Akses media yang bebas dan adil untuk kesemua parti yang bertanding, termasuk: (a) media akses yang bebas terhadap media milik kerajaan terutamanya televisyen dan radio; (b) akses pembayaran (iklan politik) adil di dalam media swasta; dan (c) peruntukan di dalam hak untuk menyerang balas terhadap kesemua parti yang bertanding dan wakil-wakil yang bertanding yang sebelumnya mendapat liputan negatif di dalam laporan-laporan berita.

5. Tempoh kempen minima 21 hari yang bermakna.

6. Amalan-amalan adil dan professional di dalam persempadanan kawasan supaya mengurangkan pembahagian yang tidak adil (malaportionment, gerrymandering) yang seterusnya menyebabkan pembahagian kerusi dan undi yang tidak seimbang.

7. Pendaftaran otomatik untuk semua pengundi yang layak.

8. Pengurangan kelayakan umur pengundi dari 21 tahun kepada 18 tahun.

9. Reformasi di dalam urusan kewangan pilihan raya bagi memastikan ketelusan dan menghadkan kecenderungan terhadap politik wang.

10. Pentadbiran yang tidak berat sebelah di semua peringkat kerajaan sebelum, selepas dan semasa pilihan raya kecil bagi badan perundangan di peringkat persekutuan mahupun negeri.

11. Menegaskan hak semua pelajar berumur 18 tahun ke atas, yang mengambil bahagian di dalam politik di dalam dan di luar kampus.


BERSIH 2.0 menghargai sumbangan yang dicurahkan oleh kumpulan awal BERSIH dengan agenda reformasi yang dibawa mereka. BERSIH 2.0 kini dilancarkan sebagai gabungan kumpulan masyarakat yang tidak berpartian. Ia merupakan sebuah gerakan rakyat biasa yang ingin memastikan hak kepada pilihan raya yang bersih dan adil seperti yang dijamin oleh undang-undang. Undian dan suara kita mestilah diutamakan.

Dengan ini, kami, dengan rasa rendah diri ingin menjemput anda dan organisasi anda untuk bersama-sama kita dalam memastikan pilihan raya akan datang dan masa depan kitabersih, adil dan demokratik.

Butir-butir pelancaran seperti berikut:

Tarikh : 10 November 2010 (Rabu)
Masa : 8.30 p.m. – 10.30 p.m.
Tempat : Dewan Sivik PJ, Jalan Yong Shook Lin, Petaling Jaya.

Sila bawa ahli-ahli dan rakan anda ke pelancaran ini nanti. Anda boleh berhubung dengan Nurul at 03-77844977 untuk maklumat lanjut.





p/s : sekadar membantu kempen bersih..tolong hadir..menyatakan sokongan anda untuk proses pendemokrasian yang bersih dimalaysia..jangan tangguh2 lagi..inilah masanya..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...