Thursday, November 11, 2010

LETAK ANCAK TIDAK SYIRIK?

NAK TAW LEBIH LANJUT?? BACA MALAYSIAKINI

hahaha..aku nak gelak sampai tergolek-golek baca komen ni...ini ulama' negara mana ni? negara papua new guina ke? ataupun afrika? di mana rakyatnya masih percaya pada benda tahyul dan khurafat...nak bodohkan rakyat ye??

mengaji sampai mana mufti ni? aku bukan nak kutuk dia mempunyai ilmu pengetahuan tinggi dalam bidang agama..sebab aku sendiri pun lemah dalam agama..namun, otak yang waras, akal yang sihat mampu menjustifikasikan bahawa meletak ancak dan percaya pada kuasa yang lain selain dari ALLAH(muslim sahaja) adalah syirik...boleh dikatanya tidak berdosa..dah mabuk termakan milo dan susu 1MALAYSIA di Galas ke? kah3....sampai keluarkan kenyataan macam tu..

inilah keadaan rakyat malaysia..masih terlalu percaya dengan amalan karut dan tahyul..aku tidak menyatakan bahawa dunia ini tiada makhluk halus..mereka(makhluk halus) itu ada..namun, kita haram mengakui kehebatannya dan meminta pertolongan dari mereka..mana2 agama dalam dunia sekalipun,walhal makluk asing pun kalau la wujud..hehehe....makluk syaitan ini bersifat jahat dan mesti dijauhi..betul x? dalam agama hindu,buddha,kristian,yahudi sekalipun wujudnya syaitan sebagai kuasa jahat untuk merosakkan manusia..dan manusia harus menjauhinya..

namun dalam konteks sekarang, kita masih terlalu mengakui kehebatan tahyul ini walaupun kita sudah dikatakan maju kononnya..ye..maju dari segi pembangunan fizikal..namun mundur dari segi pemikiran..dalam konteks islam..kita wajib meminta pertolongan kepada ALLAH melalui solat hajat dan doa..namun, bukan melalui bacaan mentera karut dan pasang ancak..ini adalah khurafat..


kita masih lagi yakin, bila stadium roboh..mesti ultraman sedang bergaduh dengan dinasor..maka tok bomoh akan datang dan baca mentera supaya megelakkan raksasa jahat datang...lepas tu baca mentera puji ultraman supaya ultraman sentiasa menjaga kita..itu hakikatnya yg dihadapi sekarang..kita masih bodoh untuk fikir bahawa bangunan itu roboh sebab strukturnya tidak kukuh..kita masih lagi dungu untuk fikir bahawa kelajuan angin boleh menyebabkan bumbung stadium rosak...kita masih bebal untuk fikir kajian tanah perlu dilakukan bagi mengelakkan tanah runtuh seperti di high land tower..

kita ditahap itu kah??? sampai bila kita harus berharap pada tok bomoh dan mentera bodoh itu?? ini menyebabkan otak rakyat malaysia lembab dan terpaksa meniru LANCER untuk jenama INSPIRA supaya ultraman tidak menuduh kita mensyirikkannya...kah3....

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...