Showing posts with label kroni.rahsuah. Show all posts
Showing posts with label kroni.rahsuah. Show all posts

Thursday, October 14, 2010

PROJEK KRONI...

gambar cilok dari malaysiakini...sory

hari ini Datuk Seri Anwar berkata-kata sedemikian...

Kontraktor utama yang dipertanggungjawab membina Istana Negara yang baru tidak layak mengendalikan projek bernilai jutaan ringgit itu.Katanya, syarikat berkenaan, Maya Maju (M) Sdn Bhd, disenaraikan sebagai tidak aktif oleh Suruhanjaya Syarikat ketika ia diberikan tender untuk projek berkenaan oleh Jabatan Kerja Raya pada 26 Oktober 2007.

"Syarikat ini dikuasai oleh seorang yang bernama Datuk Haji Man bin Mat, yang merupakan bekas bendahari Umno bahagian Merbok,” kata Anwar pada sidang akhbar di lobi parlimen hari ini.

"Ia hanya berdaftar sebagai sebuah syarikat pembinaan pada Ogos 2008. Ia tidak dilesenkan oleh PKK (Pusat Khidmat Kontraktor) atau CIDB (Construction Industry Development Board), yang menjadi antara syarat wajib.”

(dipetik dari malaysiakini)

ni la 1 malaysia...1 tipu..hahaha..buat projek semua nak tipu...buat istana untuk Yang Di Pertuan Agung pun nak tipu jgk ke? dah la, dulu dah ada kes kontraktor yang buat istana ni kontraktor yang sama bertanggung jawab dalam robohnya bumbung stadium terengganu yang baru..kan ade pulak kes macam ni..kalau begini la projek pembangunan di malaysia, aku terus-terang cakap, aku haramkan nuklear di bumi malaysia..

aku dah x percaya lagi kontraktor-kontraktor bumiputra buat projek..asyik rosak je...kan ko buat loji nuklear tu, roboh jugak...xde la malaysia dalam peta...

p/s : ya ALLAH...berila hidayat pada pemimpin-pemimpin Malaysia..

Wednesday, October 13, 2010

KEJAM? biasa.......

dipetik dari malaysiakini

Bagi aku...perkataan kejam tidak cukup untuk gambarkan kejahatan yang dilakukan terhadap arwah Aminul..ini adalah tindakan yang tidak berkeperimanusian..17 kelongsong peluru dijumpai...hampir 10 kesan tembakan pada kereta mangsa..mangsa meninggal di tempat kejadian...teruk...pada aku langsung tiada belas kasian..

wajarkah kita menembak sehingga mati seorang pemandu kenderaan yang melanggar undang-undang jalan raya walaupun tiada berbalas tembakan? bagi aku, it's ok kalau polis nak tembak sehingga mati kalau ada berbalas tembakan, kerna itu melibatkan soal nyawa polis dan masyarakat sekitar..tp tiada pun si arwah ni serang polis...


dipetik dari malaysiakini


diharapkan kes ini mendapat perhatian dari semua pihak..kerna ia melibatkan salah laku penjaga keamanan negara...apa2 pun, semoga nasib arwah terbela dan arwah ditempatkan dikalangan orang soleh...


P/S : mungkin polis tu igt dia tgh main "polis-entry" pakai pistol air..mcm zaman kecik2 dulu..hahaha
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...