Wednesday, October 27, 2010

BUKU TEKS PROPAGANDA KERAJAAN : TERBUKTI !!

Hehehe...sejarah x tepat..ada unsur progadanda..x caye??

Subjek perlu diperbaiki ketepatan fakta sejarah
GEORGETOWN: Subjek Sejarah yang akan dijadikan subjek wajib lulus dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bermula 2014, perlu penambahbaikan dari segi ketepatan fakta, bukannya mengekalkan unsur propaganda.

Fellow Penyelidik Kanan, Jabatan Sejarah Fakulti Sastera Dan Sains Sosial Universiti Malaya, Prof Emeritus Dr Ahmat Adam, berkata penafsiran dan penyampaian sejarah mesti benar seiring dengan penyelidikan bagi memastikan semangat nasionalisme dapat dicapai

Katanya, terlalu banyak propaganda diselitkan dalam akademik terutama subjek Sejarah dan ini menyebabkan orang tidak suka atau tidak yakin hingga menolak subjek itu.
"Sejarah adalah kunci pimpinan nasional dan sudah sampai masanya kita tak boleh tamak, termasuk menggunakan satu sistem pendidikan yang dianggap sebagai rasis. Jangan sakiti bangsa lain, dan orang Cina harus ketepikan semangat itu.

"Contohnya, sejarah peradaban, Cina menganggap semua bangsa di dunia adalah babalion, malah kejahilan mengenai sejarah juga terjadinya seorang pemuda mempersindirkan lagu kebangsaan.

"Jadi, ia perlukan penambahbaikan, buang unsur propaganda," katanya selepas menyampaikan ucaptama pada 'Seminar Kebangsaan Sejarah Malaysia 1945-1957: Isu dan Perdebatan' anjuran Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan Universiti Sains Malaysia (USM) bersama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan Arkib Negara Malaysia di USM di sini, semalam.

Seminar berkenaan dirasmikan Dekan Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan USM, Prof Datuk Abu Talib Ahmad.
Mengulas lanjut mengenai pelaksanaan mewajibkan subjek Sejarah, Ahmat berkata, sudah tiba masanya, malah patut dilaksanakan dulu lagi dengan mata pelajaran Sejarah mesti wajib diajarkan kerana ia akan membantu proses pembinaan nasional.

"Ia bukan saja wajib diajar tetapi wajib lulus supaya pelajar serius belajar dan menghayatinya,” katanya.


dah sah,terang lagi bersuluh sejarah negara yang didokumentasikan sekarang terlalu bias dan terlalu banyak unsur propaganda...

macam mana nak tanam sikap patriotik kalau baca buku, asyik cerita pasal propaganda kerajaan je..borink la..aku pun benci..

sudah tiba masa kerajaan menilai sejarah negara..tunjukkanlah kebenaran..jangan terlalu bongkak untuk menjadi juara rakyat..sedangkan rakyat tahu siapa yang memperjuangkan kemerdekaan tanah air terlebih dahulu...

p/s : aku minat gak sejarah sikit2..hahaha

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...