Sunday, September 26, 2010

SARKIS UMNO MEREKRUT "BINATANG" DI ZOO

Bila tnya ko org mana...malu weh nk ckp orang UMNO..takot di cop dengan segala mcm cop..hehehe...sebeb apa?? adakah sebab SI SUDIN dah ckp UMNO tu sarkis? jadi orang mengikut UMNO adalah haiwan sarkis?? ini videonya.... youtube




apa yg sebenarnya berlaku? terlalu besar konteknya apabila kita bercakap mengenai politik...jadi aku ingin bawa kepada konteks yang lebih menjurus kepada mahasiswa...

Apakah yang telah dilakukan oleh pemerintah(UMNO-BN) kepada mahasiswa?
Hari ini baru saya mengerti mengapa dalam sudutan filem tersebut sudin mentafsirkan UMNO sebagai sarkis..lihat sahaja apa yang berlaku dalam filem tersebut..mengapa dipilih sekolah buta huruf sebagai sasaran untuk mantafsir UMNO sebagai sarkis? kerana UMNO-BN tidak mahu memberi pendidikan yang membebaskan rakyat ke arah sistam pendemokrasian..maknanya kita masih lagi dijajah..kerajaan persekutuan sekarang tidak mahu kita anak muda dan rakyat umumya untuk bangkit menentang penindasan yang telah mereka lakukan sepanjang tempoh kemerdekaan tanah air daripada penjajah British..kita hanya bebas dari penjajahan British, namun kita masih lagi belum bebas untuk bersuara,menegakkan keadilan dan berpolitik..Ini adalah neo-kolonisme..UMNO-BN menjajah rakyat bertopengkan rakyat..

Kita mahasiswa harus sedar sebenarnya kita mempunyai kuasa..kita adalah suara ketiga yang berpengaruh selain pemerintah dan badan kehakiman..dengan terlaksananya AUKU, ini jelas menindas mahasiswa untuk bersuara..dengan tidak mansuhnya ISA, rakyat masih dijajah oleh neo-kolonisme..kemerdekaan perlu dinilai dalam 2 aspek utama iaitu penjajahan dan struktur masyarakat..jika kita hanya merdeka dari penjajah, namun struktur masyarakat masih lagi terabai, maka akan muncul golongan neo-kolonisme(UMNO-BN) ini untuk terus menjajah rakyat..kita harus sedar..sepanjang kemerdekaan Malaysia..apa yang rakyat dapat nikmati? kebebasan menulis? berhujah? mencetak? berhimpun? berkartun? kalau dahulu kerajaan takut dengan komunis,maka ISA dijalankan.sekarang takut dengan kartunis akta hasutan dicanangkan..

Berbalik kepada soal mahasiswa, di dewan kuliah kita diajar untuk berfikir secara kritis dan kreatif..belajar menyelesaikan masah tanpa kebergantungan kepada kuliah dan pensyarah semata-mata..namun apabila mahasiswa mahu mempraktikkan untuk menyelesaikan masalah mahasiswa dan manusia sejagat, kita dihalang..malah yang lebih mengecawakan mahasiswa perlu mamatuhi garis panduan yang telah ditetapkan oleh golongan yang mempunyai kepentingan sendiri..ini bertentangan dengan pendidikan yang sebenar untuk mengubah struktur rakyat ke arah yang lebih baik..kalau begini keadaaannya, maka pendidikan di universiti sekarang adalah tidak kurang bezanya dengan pendidikan yang diberikan oleh penjajah British..pendidikan untuk melancarkan penjajahan mereka..seharusnya universiti menjadi tempat untuk segala perbahasan dan syarahan umum serta pandangan semua pihak agar idea-idea dalam masyarakat dapat hidup dengan subur..inilah yang dikatakan pembudayaan ilmu dalam masyarakat..sebagai contoh, pada zaman kegemilangan kota baghdad iaitu BAITUL HIKMAH..perkara pertama yang dilakukan adalah mencari,membeli,mengumpul,mentafsir dan membahaskan buku serta falsafah dari yunani..pelbagai ilmu dari segenap pelosok dunia dikumpulkan dan diterjemahkan ke dalam bahasa arab..maka budaya ilmu itu wujud dengan sokongan daripada khalifah pada zaman itu....sesiapa yang menterjemahkan buku akan mendapat ganjaran seperti emas dan hadiah-hadiah lain..perbincangan dan perbahasan turut dilakukan..maka idea-idea mereka hidup sehingga sekarang dan menjadikan tamadun mereka tamadun yang berilmu..jika anda ada terbaca kisah mengenai Al-Farabi, anda akan mengetahui bahawa beliau adalah orang yang bertanggungjawab dalam proses pencerahan tamadun eropah..Al-Farabi mengumpul karya Aristotle dan socrates serta memahami apa yang ditulis oleh 2 tokoh ini...kalau anda mengkaji falsafah, Al-Farabi digelar the second Aristotle kerana Al-Farabi yang menerangkan falsafah Aristotle..maka kalau Al-Farabi tidak wujud..dunia eropah masih lagi mundur pada waktu itu..

Alangkah indahnya jika Universiti manjadi seperti Baitul Hikmah, budaya ilmu akan subur dalam bumi malaysia dan struktur masyarakat akan bertambah baik...oleh itu universiti haruslah dibebaskan daripada tangan-tangan jijik ahli politik..universiti perlu diberi kebebasan autonomi..perkara pertama yang perlu diubah dalam universiti adalah pemilihan Timbalan Naib Censelor..siapa yang memilih mamat ni?? bukankan Menteri Pengajian Tinggi yang mempunyai kuasa penuh untuk melantik TNC bagi setiap universiti di Malaysia?..oleh itu, tidak hairan jika orang yang dipilih ini mempunyai kepentingan politik sempit Menteri tersebut..mesti ada hubung kait secara langsung antara mereka..jika TNC bebas, maka bebahagian besar pentadbiran universiti bebas dari orang politik jijik..universiti sekarang tidak ubah seperti tempat latihan haiwan sebelum masuk ke SARKIS(UMNO-BN)..mengapa saya berkata demikian? kerana mahasiswa diasuh seperti haiwan..manusia deberi akal untuk berfikir dan alhamdulillah Allah mengurniakan kelebihan kepada mahasiswa untuk berfikir dengan lebih baik..jadi kita hendaklah hapuskan tradisi menjadikan universiti sebagai sarkis..kami bukan haiwan yang hanya diajar untuk melompat,menari dan membuat aksi bodoh demi mengkayakan pemilik sarkis(UMNO).tapi kami manusia..kalau haiwan pun..jika ditindas mereka akan memberontak..tapi kami mahasiswa sedar bahawa pemberontakan tidak menyelesaikan masalah..pemimpin negara harus memberi ruang kepada mahasiswa dan universiti menghirup udara kebebasan supaya rakyat sedar mahasiswa wujud dalam kalangan mereka dan mampu menjadi "pembesar suara" bagi pihak rakyat yang ditindas seperti kes di Baling..ini juga penting dalam mewujudkan mayarakat madani (civil society)...

Akhirnya...mahasiswa wajib bersatu dan mengukuhkan "STUDENT UNITY" agar mahasiswa bukan ditakrifkan sebagai "binatang peliharaan"...mahasiswa perlu bersatu atas nama untuk membebaskan universiti dari pemimpin politik yang jijik dan pembebasan mahasiswa untuk melontar idea serta berbahas...

p/s : apakah dasar untuk mewujudkan "STUDENT UNITY" dan cara membangkitkannya...itu yang akan dibincangkan pada penulisan selepas ini..

p/s : jika ada sebarang pandangan boleh dipanjangkan ke facebook saya atau call ke 0145226443...pandangan anda amat saya hargai..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...