Monday, November 1, 2010

MPMUM LEMBU PM?

maaf,,,sengaja aku x letakkan komen aku ni sekali dengan post pasal KENYATAAN MEDIA MPMUM tentang HUB HIBURAN..sebab aku taw kalau aku letak sekali pasti panjang jadinya...dan aku paham korang pasti xnk baca...hehehe

deria rasa ke-enam aku sudah memberitahu aku sebelum kenyataan media itu keluar lagi bahawa MPMUM ni adalah LEMBU YANG DICUCUK oleh PM..dan semua itu terbukti hari ini..tatkala rakyat diluar sana membantah mengenai hub hiburan..Segelintir kecil mahasiswa UM bertindak BODOH & BEBAL teramat sangat apabila menyokong HUB HIBURAN yang dicadangkan oleh najib melalui program ETP..

pada aku...kenyataan media ini langsung tidak mencerminkan sahsiah dan peribadi seorang mahasiswa...aku rasa budak sekolah pun tahu kalau pergi ke kelab malam itu adalah orang yang perangai kurang elok..patutkan diberi justifikasi bahawa kelab malam mampu mengurangkan kejadian jenayah??hahahahahhaha

pada aku ini adalah satu sandiwara untuk menutup ketidak cerdikan PM dengan mempergunakan mahasiswa..adakah mahasiswa ini robot yang hanya masuk ke universiti untuk di "upgrade" sebelum di hantar ke pusat perindustrian selepas graduasi kelak? tepuk dada, tanya selera...ini adalah satu taktik untuk mengaut wang bagi membayar hutang negara melalui cara yang haram..tidak cukup kah pub,disko dan pust judi yang ada?? semuanya untuk wang.....malah sebelum ini apabila wang rakyat dibazirkan mereka langsung x ambil kisah..dan sekarang rakyat yang terpaksa tanggung semuanya..

inilah mentaliti pemimpin kita...mereka memperdobohkan rakyat dan menganbil kesempatan atas kejahilan rakyat yang telah mereka semai sejak merdeka...paling parah, mahasiswa turut terkena...ayuh mahasiswa,BANGUN,BANGUN.BANGUN...kita terlalu enak diulit mimpi peperiksaan, kita terlalu enak dibuai nota dan buku...BANGUN..sedar lah..bahawa kita ditindas,kita dipermainkan,kita dipersendakan...jangan lagi kau leka..hingga lupa siapa yang menghukum kita...BANGKIT MENENTANG KEZALIMAN....

ini sesuatu yang memalukan...

p/s : xnk la duk um..hehehe...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...