Friday, November 19, 2010

DAFTAR PEMILIH WUJUD RASUAH?

Nampaknya, cerita mengenai PRU-13 yang mungkin akan berlangsung dalam tempoh yang terdekat makin terbukti..malah, kalau dilihat percaturan pakatan rakyat, sudah dapat dinilai bahawa mereka sudah memulakan kempen untuk PRU-13..

kalau dilihat pada daftar pemilih yang di jalankan..sudah ada cakap-cakap mengatakan bahawa SPR mempunyai pakatan jahat dengan ATM..iaitu pakatan jahat mengenai undi pos..malah ada seorang guru telah ditukar kepada undi pos..

seorang pengundi terlibat tampil berkata tidak tahu menahu mengenai status pemilihnya yang kini didakwa ditukarkan menjadi pengundi pos.

Guru berumur 29 tahun di Sarawak itu berkata, beliau sebelum ini mengundi sebagai pengundi awam.

"Saya tidak tahu (ditukar status menjadi pengundi pos)," katanya sambil memberitahu mengetahui perkara itu daripada seorang pemimpin PAS.

"Dia yang buat semakan dan beritahu saya sudah hilang kelayakan sebagai pengundi awam," katanya yang merupakan isteri kepada seorang anggota tentera yang bertugas di negeri itu.

ini lah taktik yang cuba dimainkan antara SPR dan ATM untuk mengelakkan rakyat mengundi pakatan..ye ke?hehehe...

malah, telah berlaku penambahan undi pos di pulau pinang iaitu sebanyak 630..namun, SPR masih belum memberi keterangan yang jelas mengenai pertambahan undi pos tersebut..di kedah lain sedikit ceritanya..

Azizan yang juga pesuruhjaya PAS negeri malah menuntut Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) supaya menyiasat SPR berhubung senarai pengundi baru yang dipamerkan baru-baru ini.

Menteri besar itu berkata, seramai 283 orang pemilih baru dikesan didaftarkan Kem Bukit Kayu Hitam.

"Namun setelah disemak, nama terbabit adalah isteri anggota tentera. Peliknya kerana kem itu bukan kuarters keluarga, sebaliknya hanya tempat operasi," katanya yang dipetik dalam laporan tersebut.

Beliau juga menyebut mengenai senarai pemilih di sebuah pengkalan askar wataniah yang juga didapati terdiri daripada isteri anggota tentera.

"Macam mana isteri mereka dibawa ke kem berkenaan kerana itu pengkalan operasi dalam hutan. Tak ada keluarga tinggal di situ," katanya lagi dalam laporan berkenaan.

aish..ada pakatan sulit jugak ke? hehehe..macam si nordin tu cakap? pakatan syaitan..kah3..ini lebih teruk..pakatan bapak segala syaitan dan jin..hahaha..nak bodohkan rakyat lagi ye?

x perlu la main kotor..rakyat dah tahu bahawa undi pos adalah penyelamat kepada BN...cukup la memperguna askar dan polis sebagai talian hayat..tidak cukup dengan askar..isteri-isteri askar pun nak diperguna..

kalau macam ni..x perlu buat pilihanraya..menghabiskan duit je..demokrasi jenis apa? cakap secara senang je la..ini pemerintahan diktator UMNO..kan senang..hahaha..meminjam kata-kata isyam : kalau pilihanraya mampu mengubah sesuatu, sudah lama pilihanraya diharamkan..kah3...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...