Sunday, November 7, 2010

KEADAAN KESIHATAN NAJIB [TERBARU]

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak Ahad dibenarkan keluar Hospital Kuala Lumpur (HKL) setelah dimasukkan ke hopital itu sejak Khamis lepas.

"Beliau respon baik terhadap rawatan yang diberikan dan kini boleh mengikuti diet biasa," kata Ketua pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican dalam kenyataan pada hari Ahad.

Najib pada mulanya dirawat kerana cacar tetapi pada Khamis lepas beliau dimasukkan ke hospital itu ekoran rasa tidak selesa dalam perut disebabkan ulser dan gastritis ringan.

Dr Mohd Ismail berkata cacar air pulih dengan baik dan para doktor menasihati beliau agar berehat di kediaman.

Perdana Menteri dijadual mengikuti pemeriksaan perubatan dalam masa beberapa hari, kata beliau.

Beliau juga berkata Perdana Menteri mengucapkan terima kasih kepada semua kakitangan perubatan HKL dan doktor peribadinya kerana dedikasinya dalam tidak terhingga dalam menjaga kesihatan beliau.-7/11/2010

Najib bersemangat tinggi, semakin beransur sembuh, kata Ketua Pengarah Kesihatan.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bersemangat tinggi dan terus menunjukkan tanda-tanda semakin sembuh, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican, Sabtu.

Dalam satu kenyataan hari ini, beliau berkata kesan lesi akibat cacar air pulih dengan baik dan simptom gastritis telah pun dapat diatasi.

"Beliau kini mengikuti diet biasa," katanya kepada Bernama.

Mohd Ismail berkata Perdana Menteri dijangka dibenarkan keluar dalam beberapa hari lagi.

"Datuk Seri Najib mengucapkan terima kasih kepada pengirim ucap selamat yang mendoakan beliau supaya cepat sembuh," katanya.

Najib dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur sejak Khamis untuk pemeriksaan lanjut selepas beliau mengalami rasa tidak selesa dalam perut. – 6/11/2010

DIPETIK DARI AGENDA DAILY

BANJIRNYA KERAJAAN KEDAH

KEDAH BANJIR ?

biasa la tu..sebelum ni pun pernah je banjir..apa yang x biasanya bila kerajaan negeri kedah yang banjir..dibanjiri dengan desakan dan komen dari Barisan Nasional..hehehe..ini luar biasa...

apabila berlakunya banjir tersebut..kerajaan pakatan di kedah, tidak habis2 habis di serang oleh BN untuk membantu rakyat negeri kedah..dari soal sedalam-dalam seluar dalam hingga ke soal bekalan air..habis didesaknya..malah mereka mendesak agar kerajaan negeri tidak lepas tangan dan tidak boleh serah pada kerajaan pusat..ye, betul ini tugas kerajaan negeri..dan terima kasih atas nasihat BN..


namun, kalau dahulu, kerajaaan persekutuan ada beri peruntukan khas untuk banjir seperti di kelantan dan terengganu...mengapa apabila kedah banjir sekarang x ada? adakah kerana soal pilih kasih? atau kerajaan persekuatuan dah pokai? itu hakikatnya..tidak lain dan tidak bukan..ini adalah mainan politik..untuk menunjukkan bahawa kerajaan pakatan di kedah tidak mampu menolong rakyat..namun, adakah BN menolong rakyat? YA..MENOLONG HARGA BARANG NAIK...

p/s : bestnye main air banjir..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...