Saturday, October 9, 2010

HAPUS PMR : aku setuju....

hari ini hampir kecoh apabila kerajaan mahu mengekalkan UPSR tetapi PMR dimansuhkan..pada aku ini adalah langkah yang agak baik atas beberapa pendapat aku..


1) mengurangkan kos dan perbelanjaan untuk peperiksaan awam yang tidak terlalu penting..

betul, tugas kerajaan untuk memberi pendidikan yang sempurna kepada rakyat,tetapi sistem pendidikan yang terlalu berorientasi peperiksaan hanya merugikan sesetengah pelajar yang kurang pandai dan beberapa sekolah diluar bandar..kos bagi setiap peperiksaan awam bukannya kecil..daripada kos yang asas seperti mencetak kertas soalan dan elaun bagi pemeriksa skrip jawapan, banyak lagi kos lain yang perlu ditanggung oleh kerajaan seperti elaun pengawas peperiksaan,kos menggubal soalan,dan pelbagai lagi elaun..

diharapkan peruntukan kewangan tersebut boleh digunakan untuk perkara yang lebih baik kepada pelajar sekolah..terutamanya dalam bidang sahsiah dan keagamaan..kerana rata-rata pelajar sekolah makin rosak akhlaknya..bukannya menubuhkan lebih banyak sekolah termengandung Ali Rustam..hehehe


2) memastikan pelajar yang pandai dikawasan luar bandar tidak terlalu ramai ke sekolah berasrama penuh(SBP) dan maktab rendah sains mara(MRSM).

ideanya cukup mudah, berbaloikah apabila guru di sekolah luar bandar yang mendidik pelajar hingga pandai dan kejayaan pelajar tersebut semasa SPM di ragut dengan senang oleh SBP dan MRSM? jika semua pelajar yang pandai di letakkan di SBP dan MRSM, maka sekolah yang telah mendidik mereka semasa tingkatan 1-3 apa hanya mendapat kebanggaan..adakah sebegitu? saya melihat dalam konteks lebih luas..apabila hanya pelajar yang kurang pandai di sekolah tersebut, siapa lagi yang dapat menjadi perangsang untuk pelajar lain berjaya dalam akademik? yang tinggal hanyalah pelajar yang bermasalah dalam akademik..tidak ramai pelajar yang boleh ditonjolkan oleh sekolah luar bandar di peringkat nasional..

apa yang penting..guru-guru yang berkaliber perlu diagihkan sama rata, bukannya mewujudkan sekolah kluster..yang menempat ramai guru-guru yang hebat..tapi sekolah luar bandar? adakah mereka bukan modal insan yang perlu diasuh dengan ilmu akademik dan kokurikulum? inilah kerajaan kita..apabila orang barat buat, semua nak tiru..padahal struktur rakyat kita tidak semestinya sama dengan barat.yang penting pengagihan tenaga pengajar akademik dan kokurukulum perlulah sekata dan adil.


3) mengurangkan tekanan bagi ibubapa dan guru..

jika sekarang, kita dapat lihat, guru-guru yang mengajar begitu tertekan apabila terpaksa mengajar pelajar yang akan mengambil peperiksaan awam pada tahun tersebut..saban tahun, kelas tambahan terpaksa dibuat tidak kira samada siang atau malam..guru-guru ini juga mahu rehat seperti guru--guru lain..tidak patut kita membebankan guru semata-mata kerana keputusan peperiksaan PMR..kos ibubapa untuk menghantar anak mereka ke tuisyen juga boleh dikurangkan..


kesimpulannya..saya memang bersetuju dengan langkah ini...thanks kerajaan UMNO-BN..

tapi sekolah klauster aku kurang bersetuju....


p/s : idea UMNO-BN ni kadang-kadang boleh pakai sikit je..hehehehe

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...