Tuesday, October 19, 2010

ISTANA : PERNAHKAH RAJA/SULTAN MINTA?

dipetik dari malaysiakini

wah!! rumah raja bernilai RM797 juta..raja mana yang nak duduk ni? perlu ke raja ada tempat tinggal sebegini megah kalau rakyatnya masih melarat kemiskinan? buta huruf yang masih lagi berleluasa di kawasan luar bandar..dengan hak orang asli masih diketepikan..wahai raja..adakah anda yang minta semua ini??

ahh..ini sandiwara UMNO-BN..sengaja memahalkan harga istana untuk kepantingan kroni..kalau anda dah baca post sebelum ni..anda akan tahu siapa antara kontraktor yang terlibat..dan jelas ini projek kroni..menggunakan nama sultan, mereka kaut keuntungan..mereka guna istana supaya rakyat x bantah, kononnya orang melayu dan rakyat malaysia mesti patuh pada raja..

RAJA JENIS MANA YANG ANDA MAHU??? raja menindas?? wahai raja2..kalau lah kalian duk lam rumah tu sambil "berfacebooking" dan "berchatting" baca la post ku ini..AKU BENCI PADA RAJA DAN KERAJAAN YANG MENINDAS DAN TIDAK HIRAUKAN MASALAH RAKYAT..jgn buat keputusan atas kapasiti sendiri tanpa hiraukan masyarat yang daif dan tertindas..

bagi aku, raja/sultan yang baik ialah raja/sultan yang dapat memenuhi kehendak rakyat..beri lah sedikit tanah anda pada yang x memiliki..kongsilah harta anda pada orang miskin...kerana duit itu, duit rakyat...jangan sampai 1 tahap rakyat menolak sistem beraja di Malaysia..


RAJA ALIM RAJA DISEMBAH,
RAJA ZALIM RAJA DISANGGAH


P/S : mahasiswa agen perubahan kearah sistem masyarakat yang lebih baik..

Monday, October 18, 2010

PENDIDIKAN : dimana kualitinya?


yang ni dah lama aku nk bagi komen..tapi apakan daya,daku terlalu sibuk..pendidikan di malaysia dan tahap kualitinya...ye, memang betul pendidikan berkualiti menjamin negara maju..tapi adakah dengan pendidikan sudah memadai? sememangnya tidak..pendidikan merupakan pelaburan jangka masa panjang untuk pembangunan negara..

persoalannya, adakah pendidikan di negara kita betul berkualiti?..aku akan bagi pandangan peribadi berdasarkan apa yang telah aku lalui selama 19 tahun 9 bulan di dunia dan 9 bulan lam perut mak aku..hehehe..setahu aku perkembangan otak bayi bermula ketika dalam rahim lagi..tp aku rasa macam x igt pape pun..hahaha

selama aku sekolah rendah, aku tidak rasa apa2 yg membebankan..biasa je...tp bila skrg, aku dpt lihat ada bayaknya compang-camping pendidikan di sekolah rendah..sejak dari sekolah rendah lagi, pelajar telah diasuh untuk belajar bagi menjawab peperiksaan..dan ia berterusan sehingga sekolah menengah..itu yang silapnya, sepatutnya pendidikan disekolah rendah lebih banyak tertumpu pada pengetahuan asas tentang kehidupan dan kerohanian serta tanggungjawab..ye, betul, ada diajar..tp tidak dipraktikkan, semata-mata untuk jawab peperiksaan..sepatutnya proses p&p perlu lebih tertumpu pada bagaimana untuk melahirkan budaya berfikir dan berdikari..

di sekolah menengah., lagi la teruk aku di tekan dengan sistem pelajaran..semasa PMR, aku rasa keseluruhan apa yang diajar berbentuk "exam orientation"..tidak banyak yang mengajar pelajar untuk berfikir dengan kreatif dan kritis..semasa SPM, aku melalui aliran sains tulen..memang "tough"..semua kena dihafal,difahami....tambah2 lagi aku ni jenis yang x minat menghafal, maka pernah aku failed biologi dengan kimia..tp aku dan rakan2 cuba bantu diri masing2 dengan macam2 cara..maka keluar la pelbagai cara menghafal yang unik...disitu kami belajar berfikir dengan kritis..tp masih lagi berorientasi peperiksaan..

bagaimana kita ingin membentuk masyarakat madani yang betul2 berfikir kalau sistem pelajaran yang diterap selama hampir 12-13 tahun terlalu berorientasi peperiksaan? maka akan wujud masyarakat yang malas berfikir diluar kerangka manusia biasa..wujudlah masyarakat yang hanya mengabdikan diri pada pekerjaan semata-mata...hilangnya pemikir bererti hilangnya kekayaan ilmu..

maka seharusnya pendidikan di malaysia harus di kaji semula supaya lebih releven,bukan hanya untuk pembangunan ekonomi dan infrastruktur semata-mata, tetapi juga pembangunan sahsiah dan pemikiran..


p/s : di universiti memang berbeza..betul2 mengajar aku berfikir...





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...