Tuesday, February 15, 2011

KEMPEN TOLAK CADANGAN Ghauth Jasmon(NC UM) MENGENAI BAHASA INGGERIS

Salam perpaduan dan salam malaysia..bukan salam 1MALAYSIA..harap faham dan memahami..

malam ini, aku terpanggil untuk berkongsi mengenai cadangan dan gesaan Ghauth Jasmon, Naib Chanselor Universiti Malaya (UM) untuk memperkasakan bahasa inggeris melalui komunikasi harian dan dalam pembelajaran..

pada malam ini..aku dengan secara terbuka menenteng keras cadangan tersebut dan menganggapnya sebagai satu penghinaan kepada bahasa melayu khususnya..alasannya?

pertama, jika kita melihat penggunaan bahasa inggeris diperingkat universiti dan alam kerjaya yang hebat semata-mata..sememangnya ada betul kita wajib menggunakan bahasa inggeris..tetapi adakah kita perlu menggunakan bahasa inggeris dalam komunikasi dan pembelajaran setiap masa?

jika kita terlalu mengagungkan bahasa inggeris, kita akan kerugian satu keratan kek yang agak besar..kenapa? jika hanya bahasa inggeris sahaja digunakan sebagai medium utama untuk menyampaikan ilmu, maka nilai keilmuan dalam bahasa melayu akan jatuh dengan teruk..maka, bahasa melayu hanya menjadi bahasa pasar yang tidak mempunyai nilai keintelektualan.

apa yang lebih parah,kesannya kita akan dapat lihat selepas 10 tahun keatas..akan wujud 2 golongan yang besar..iaitu golongan elit yang menggunakan bahasa inggeris dan golongan miskin yang menggunakan bahasa melayu..apa yang dikesali, jika rakyat tidak mampu berkomunikasi dalam bahasa inggeris akan diketepikan untuk mendapat pekerjaan yang baik di peringkat awam dan swasta..dan, mereka yang tidak mampu berkomunikasi dalam bahasa inggeris ini ialah mereka yang kurang berpendidikan dan MISKIN..adakah kita mahukan rakyat yang miskin terus ditindas?

apa yang lebih teruk, tidak semua pelajar sekolah berjaya menempatkan diri di peringkat pengajian tinggi dan masih ramai pelajar yang tidak lulus dalam bahasa inggeris pada peperiksaan awam setiap tahun..maka, sudah pastilah mereka ini akan mewarisi kemiskinan yang sedia ada..yang lebih miskin akan terus di papa kedana kan..

kesimpulan mudah, corak pentadbiran british dahulu yang hanya memberi peluang kepada mereka yang mahir dalam bahasa inggeris untuk melanjutkan pelajaran di peringkat tertinggi dan menjawat jawatan penting terus berlaku..APA GUNANYA KITA MERDEKA?

jika diteliti sejarah..adakah masyarakat melayu melaka menggunakan bahasa inggeris untuk maju dalam perdagangan? adakah baghdad yang terkenal dengan institusi keilmuan baitul hikmah pada masa dahulu menggunakan bahasa yunani untuk mematangkan keilmuan mereka? sama-sama kita berfikir..aku xnk bagi jawapan..biar anda mencarinya..

kesudahannya..aku menentang keras cadangan Ghauth Jasmon, Naib Chanselor Universiti Malaya (UM)..alasan aku yang lain akan menyusul di lain kali…

Friday, February 11, 2011

SISTEM 1 SEKOLAH UNTUK MALAYSIA

hari ini, sahabat saya azrin anuar ada mengutarakan mengenai sistem 1 sekolah untuk semua warga negara malaysia seperti yang diamalkan di negara indonesia dan thailand misalnya…

saya menyambut baik cadangan itu atas beberapa faktor, namun faktor untuk saya menolak cadangan tersebut lebih kuat, kesimpulannya saya menolah cadangan untuk mengadakan sistem pendidikan 1 sekolah..

pertamanya, kita lihat apakah positifnya bila diadakan sistem 1 sekolah ini sebagai menjustifikasikan ayat saya diatas tadi bahawa saya menyambut baik cadangan 1 sekolah..

1 . dapat memupuk perpaduan

  • mengelakkan pra-sangka buruk
  • dapat menjalinkan kemesraan tanpa mengira latar belakang agama dan kaum..

2. menggalakkan interaksi antara masyarakat sekitar terutama pelajar

dan yang paling ditekankan oleh sahabat saya iaitu mengenai bahasa, sokongan politik dan mengelakkan unsur perkauman dan pembezaan malah mengetengahkan kesamaan..saya amat setuju pada pandangan tersebut..

tapi kita jangan lihat kes 1 sekolah ini hanya pada positifnya.kita harus menilai realiti yang berlaku jika sistem pendidikan ini diamalkan di malaysia..

jika sistem 1 sekolah dilaksanakan..adakah kita ingin merombak sistem pengajian pondok yang sudah di musnahkan oleh UMNO-BN menjadi lebih teruk? ataupun, kita mahukan sebuah negara yang mempunyai satu identiti semata-mata seperti mana yang terjadi di thailand dan indonesia?

kalau kita lihat keadaan umat islam di thailand khususnya selatan thai (baca : Patani darussalam)..keadaan pengajian sistem pondok di sana semakin teruk diancam oleh pemerintah thai..malah, semua identiti melayu dan islam cuba dihapuskan oleh mereka..maka, melayu menjadi siam..

di indonesia pun sama, kesemua orang cina dan tiong hua menjadi melayu pada namanya..malah, hampir keseluruhan masyarakat cina, tiong hua di indonesia tidak mahir bertutur dalam bahasa cina..

pada saya, ini amat merugikan bagi mereka yang menjadi kaum atau bangsa minoriti dalam sebuah negara tersebut..di thailand, melayu-islam yang menjadi minoriti, maka, melayu-islam yang akan di tindas..adakah sepanjang Patani Darussalam di jajah siam, ada pemimpin melayu islam yang berjaya menjadi pemimpin besar di thailand?

dalam konteks ini, kita tidak boleh samakan keadaan di malaysia dengan amerika syarikat..kerana USA telah lama merdeka, maka percampuran kaumnya lebih majmuk berbanding malaysia yang masih lagi sekitar 50 tahun..kalau merujuk kembali sirah USA, keadaan perkauman disana lebih teruk ketika usia kemerdekaan mereka 50 tahun kerana kaum afrika-amerika menuntut agar persamaan taraf..mereka yang berkulit hitam menuntut agar anak mereka boleh bersekolah bersama dengan mereka yang berkulit putih..adakah keseluruhan orang cina dan india menuntut agar anak-anak mereka belajar di sekolah kebangsaan?

di peringkat kerajaan, jika ada kaum cina dan india yang menghantar anak mereka ke sekolah kebangsaan amat lah di galakkan..namun, jika ada sekolah jenis kebangsaan..mana satu kah yang mereka pilih? semestinya mereka memilih untuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah jenis kebangsaan..

kerana apa??

kerana mereka tidak mahu anak-anak mereka hilang nilai yang ada pada kaum mereka..kerana mereka mahu cina fasih berbahasa mandarin..tetapi tidak bagi bani melayu..ada yang rasa gembira apabila kita hilang jati diri melayu iaitu tulisan jawi setelah dihalau keluar dari bilik darjah oleh UMNO..

adakah kita mahukan persamaan taraf antara bumiputra dengan bumiputra?

SAYA MAHU!! tetapi mungkin tidak bagi mereka yang fanatik dengan PERKASAm dan KETUANAN MELAYU UMNO..dilema ini yang harus sama-sama kita pecahkan dahulu sebelum kita melangkah ke alam 1 SEKOLAH..jika melayu sedia menerima kaum lain sebagai bumiputra ataupun sistem bumiputra dan ketuanan ini dihapuskan seperti yang berlaku di amerika..barulah saya bersetuju atas cadangan 1 SEKOLAH tersebut..

kesimpulannya, buat masa ini saya masih belum bersetuju untuk menerima 1 SEKOLAH sekiranya KETUANAN MELAYU dan BUMIPUTRA itu wujud…

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...