Saturday, October 9, 2010

HAPUS PMR : aku setuju....

hari ini hampir kecoh apabila kerajaan mahu mengekalkan UPSR tetapi PMR dimansuhkan..pada aku ini adalah langkah yang agak baik atas beberapa pendapat aku..


1) mengurangkan kos dan perbelanjaan untuk peperiksaan awam yang tidak terlalu penting..

betul, tugas kerajaan untuk memberi pendidikan yang sempurna kepada rakyat,tetapi sistem pendidikan yang terlalu berorientasi peperiksaan hanya merugikan sesetengah pelajar yang kurang pandai dan beberapa sekolah diluar bandar..kos bagi setiap peperiksaan awam bukannya kecil..daripada kos yang asas seperti mencetak kertas soalan dan elaun bagi pemeriksa skrip jawapan, banyak lagi kos lain yang perlu ditanggung oleh kerajaan seperti elaun pengawas peperiksaan,kos menggubal soalan,dan pelbagai lagi elaun..

diharapkan peruntukan kewangan tersebut boleh digunakan untuk perkara yang lebih baik kepada pelajar sekolah..terutamanya dalam bidang sahsiah dan keagamaan..kerana rata-rata pelajar sekolah makin rosak akhlaknya..bukannya menubuhkan lebih banyak sekolah termengandung Ali Rustam..hehehe


2) memastikan pelajar yang pandai dikawasan luar bandar tidak terlalu ramai ke sekolah berasrama penuh(SBP) dan maktab rendah sains mara(MRSM).

ideanya cukup mudah, berbaloikah apabila guru di sekolah luar bandar yang mendidik pelajar hingga pandai dan kejayaan pelajar tersebut semasa SPM di ragut dengan senang oleh SBP dan MRSM? jika semua pelajar yang pandai di letakkan di SBP dan MRSM, maka sekolah yang telah mendidik mereka semasa tingkatan 1-3 apa hanya mendapat kebanggaan..adakah sebegitu? saya melihat dalam konteks lebih luas..apabila hanya pelajar yang kurang pandai di sekolah tersebut, siapa lagi yang dapat menjadi perangsang untuk pelajar lain berjaya dalam akademik? yang tinggal hanyalah pelajar yang bermasalah dalam akademik..tidak ramai pelajar yang boleh ditonjolkan oleh sekolah luar bandar di peringkat nasional..

apa yang penting..guru-guru yang berkaliber perlu diagihkan sama rata, bukannya mewujudkan sekolah kluster..yang menempat ramai guru-guru yang hebat..tapi sekolah luar bandar? adakah mereka bukan modal insan yang perlu diasuh dengan ilmu akademik dan kokurikulum? inilah kerajaan kita..apabila orang barat buat, semua nak tiru..padahal struktur rakyat kita tidak semestinya sama dengan barat.yang penting pengagihan tenaga pengajar akademik dan kokurukulum perlulah sekata dan adil.


3) mengurangkan tekanan bagi ibubapa dan guru..

jika sekarang, kita dapat lihat, guru-guru yang mengajar begitu tertekan apabila terpaksa mengajar pelajar yang akan mengambil peperiksaan awam pada tahun tersebut..saban tahun, kelas tambahan terpaksa dibuat tidak kira samada siang atau malam..guru-guru ini juga mahu rehat seperti guru--guru lain..tidak patut kita membebankan guru semata-mata kerana keputusan peperiksaan PMR..kos ibubapa untuk menghantar anak mereka ke tuisyen juga boleh dikurangkan..


kesimpulannya..saya memang bersetuju dengan langkah ini...thanks kerajaan UMNO-BN..

tapi sekolah klauster aku kurang bersetuju....


p/s : idea UMNO-BN ni kadang-kadang boleh pakai sikit je..hehehehe

Friday, October 8, 2010

HELAH lama, TAKTIK baru..


Apa tujuan utama bilangan Askar Wataniah nak ditambah? untuk saja2? atau nak suka2?

Alasan yang diberi...

Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Dr Ismail Ahmad, berkata kementerian itu menjangkakan askar wataniah akan ditempatkan di baki 50 kawasan lagi menjelang tahun depan demi mencapai Petunjuk Prestasi Utama (KPI) kementerian itu iaitu 66,600 anggota dalam tempoh lima tahun akan datang.

ulasan lain..

"Dengan pencapaian ini, kita sebenarnya sudah mencapai 50 peratus sasaran yang ditetapkan dan kini fokus kita adalah di Sarawak dan Perak," katanya pada sidang media selepas majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Pertahanan di sini, hari ini.

Aku rasa ini adalah alasan yang paling ideal bagi orang malas nak berfikir dan alasan paling lawak bagi orang politik...sebab apa fokus di sarawak dan perak? mari sini nak bagi taw..
formulanya senang je..bila bilangan askar bertambah, maka banyak lagi undi pos..cuba fikir..ini adalah stategi politik jijik UMNO-BN..diorang dah taw yang sarawak mungkin akan jatuh ditangan Pakatan Rakyat..jadi, cepat2 diorang tambah talian hayat di sana..di Perak, bagi menjaga periuk nasi Zambri dan konco-konco, mereka terpaksa tambah undi pos untuk selamatkan pemerintahan mereka di perak..meraka dah tahu bahawa rakyat perak sedar bahawa undi mereka pada pru-12 telah dicabuli..jadi di Pru-13 kemungkinan besar mereka akan kalah lebih teruk..jadi, ASKAR TELAH DIPERGUNA UNTUK KEPENTINGAN POLITIK, BUKAN UNTUK MENJAGA NEGARA..

seharusnya kerajaan perlu menerapkan kepentingan mengundi dan kewajipan anak muda sebagai pengundi..selain itu, kerajaan hendaklah menggalakkan anak muda yang sudah layak untuk mengundi turun mendaftar sebagai pengundi..ataupun membuka "booth" tempat mendaftar di setiap universiti supaya mahasiswa dapat mengundi dan menggunakan akal yang waras untuk memilih pemimpin yang terbaik..itu baru demokrasi..bukannya menggunakan sesetengah pihak untuk kepentingan parti..


Alasan lain...

Pada 13 April tahun lalu, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan penubuhan satu batalion Askar Wataniah di semua 222 kawasan Parlimen dalam usaha memantapkan sistem pertahanan negara.

aku rasa alasan ini paling bebal yang aku pernah dengar..bilangan askar di tambah, tapi tahap keselamatan rakyat semakin baik ke? kadar jenayah x turun-turun jugak...malah disesetengah kawasan makin teruk..adakah ini satu sandiwara untuk mengurangkan pengganguran??hahaha..
bukan untuk mengelakkan pengganguran la...itu taktik politik..nak memantapkan sistem pertahanan negara kononnya,tapi yang peliknya enjin jet sebesar gajah boleh jugak lesap..mana askar-askar yang korang rekrut untuk jaga negara? jaga harta sendiri pun x boleh..nak jaga seluruh negara konon..beli kapal selam, x boleh menyelam..lepas ni pandu je kapal selam kat darat...

wahai pemimpin politik kotor..x perlu la anda buat bende ni semua...kita bukan lagi dijajah secara fizikal..tapi mentaliti masayarat terus terjajah..yang paling penting mentaliti rakyat perlu di pulihkan terlebih dahulu untuk mencintai negara..kalau rakyat betul2 sayangkan negera, x perlu nak tambah askar, sebab rakyat akan bangkit untuk menentang penindasan terhadap mereka..tapi yang sedihnya, pemimpin politik yang menjajah pemikiran rakyat..alangkah malunya aku bila bangsa melayu dijajah oleh bangsa melayu..


sebagai MAHASISWA dan ANAK MUDA,kita seharusnya menggunakan peluang untuk mengundi bagi mengubah nasib rakyat Malaysia ke arah yang lebih baik..jangan kerana sikap kita yang lewa untuk menunaikan tanggungjawab mengundi menyebabkan masa depan generasi sekarang dan masa depan terus rosak dibawah pemipin yang rosak..

siapa yang layak mengundi? Rakyat malaysia yang berumur 21 tahun dan ke atas..jadi, mahasiswa tidak terkecuali..sama-sama turun mendaftar dan mengundi..kerana...merujuk kepada kenyataan oleh Wan Ahmad Wan Omar, Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bahawa terdapat lebih kurang 28% atau 4.39 juta rakyat Malaysia yang berumur lebih 21 tahun yang masih belum belum mendaftar sebagai pengundi sehingga akhir tahun lalu.

p/s : hari jadi ke-21 aku, aku nak gi daftar..hehehe..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...