Thursday, October 7, 2010

KEMALUAN : besarkah melayu punya?

Salam satu dunia...(sebab bukan kat malaysia je penulisan aku ni wujud)


Maaf kalau tajuk post aku kali ini nampak terlalu lucah..memang hakikatnya aku nak buat tajuk ini..selepas aku merasa terlalu terhina dengan "demo" makmal hari ini...


sebenarnya tajuk yang aku nak tulis : MELAYU HILANG DI DUNIA


Tajuk di atas belum cukup menggambarkan perasaan dan apa yang aku ingin kongsi sekarang..tengah hari tadi masa dalam makmal, aku ada bertanya pada "demonstrator melayu".. "Abang, bende tu ape?" aku merujuk pada satu simbol..apa yang menyebabkan aku rasa terhina bila dia jawab dalam bahasa inggeris.."This is bla,bla,bla,,,"..aku x kisah kalau dia nak cakap bahasa inggeris masa cakap kat sume student..tapi kalau cakap dengan sama melayu, x boleh ke kita cakap bahasa melayu? sedangkan cina yang duduk sebelah aku pun cakap bahasa melayu dengan aku..masa cina tu cakap ngn kwn2 cina, elok je diorang guna bahasa cina..xde pulak nak malu2..even pensyarah cina pun cakap bahasa cina ngn student cina...hairan aku...


Sudah sampai satu tahap dimana kita terlalu terikut dengan orang barat...apa yang baik boleh la kita ikut..macam, tabiat tidak membawa barang dengan beg plastik, xde pulak nk ikut..adakah dengan belajar bahasa inggeris kita akan jadi hebat dan pandai? kaji balik sejarah..sejarah ketamadunan sesebuah bangsa tidak berlaku dengan mempelajari bahasa bangsa yang maju semata-mata, tetapi menceduk segala ilmu dan menterjemah dalam bahasa bangsa sendiri, supaya rakyat lain yang tidak pandai berbahasa asing (macam aku) turut sama dapat belajar..bangsa melayu punyai bahasa sendiri..sebolehnya para pensyarah menggalakkan pelajar menggunakan bahasa melayu..


buku dalam bi la..xkn nak belajar dalam bm..


bagi aku buku dalam bi bukan masalah sebab masa ilmuan islam dulu pun merujuk pada karya dari yunani dan mesir purba..dan mereka menterjemahkan ilmu tersebut dalam bahasa yang rakyat kawasan sekitar faham...apa yang ditekankan adalah belajar menggunakan bahasa kita(melayu)..aku rasa tamadun melayu di malaysia tidak akan maju...mengapa aku berkata sedemikian? kerana kurangnya ilmu dalam bahasa melayu..yang adanya adalah mitos-mitos, sejarah dan cerita kanak-kanak..kurangnya jurnal berimpak besar dan bahan ilmiah berkualiti dalam bahasa melaydu..tambahan pula dengan sistem pembelajaran di universiti yang hampir keseluruhannya dalam bahasa inggeris..mungkin pengecualian bagi fakulti sastera bahasa melayu.....Di universiti tempat aku belajar,semua subjek yang aku ambil sekarang dalam bahasa inggeris kecuali subjek TITAS..dalam fakulti kejuruteraan, aku rasa hampir keseluruhan menggunakan bahasa inggeris..sampai satu tahap aku fikir, adakah bahasa melayu ni tidak boleh digunakan sebagai medium belajar? atau bahasa melayu ini tidak pernah wujud? hakikatnya sekarang,bahasa melayu hanya digunakan sebagai bahasa pasar,bukan sebagai bahasa ilmu..dan tidak mustahil bahasa melayu akan pupus satu hari nanti seperti bahasa latin yang hampir pupus...dan banya lagi bahasa-bahasa kaum minoriti lain yang telah lenyap ditelan zaman..maka pepatah MELAYU TIDAK AKAN HILANG DIDUNIA adalah satu mitos semata-mata, kerana bahasa melambangkan bangsa..hilang bahasa hilanglah bangsa..


adakah anda berbangsa melayu? jangan lah malu berbahasa melayu...jikalau anda cina dan india..pertahankan bahasa dan tulisan anda kerana orang melayu sudah hilang tulisannya kerana pengkhianat melayu..pengkhianat melayu yang mengusir tulisan jawi dari sekolah..sehingga aku x pandai menulis jawi...aku bukan lagi melayu sejati............





p/s : aku bukan PERKASA...hahahahaha

1 comment:

  1. lorh, sudah tak pandai tulis jawi? masyaAllah..ini parah, mmg parah..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...