Friday, January 28, 2011

E-DEMOKRASI– boikot?

hari ini hari jumaat..penghulu segala hari dan hari-hari yang penting dalam islam..semalam, semakin kukuh bahawa teori Pilihanraya Umum akan menggunakan sistem E ini akan dilaksana..

kalau sebelum ni..kesemua universiti hanya menjalankan proses E-VOTING..selepas ini, E-PENAMAAN akan dilaksanakan di UNIVERSITI MALAYA..aku melihat, ini adalah salah satu proses untuk mematikan demokrasi sihat di malaysia..

teorinya cukup mudah..sebahagian dasar yang akan dijalankan di peringkat nasional oleh kerajaan akan dicuba di peringkat universiti terlebih dahulu..Pilihanraya kampus 2011 adalah pilihanraya yang ke-2 menggunakan sistem e-voting ini..apabila sistem ini berjalan selama lebih 10 tahun di peringkat universiti, maka konco-konco BN-UMNO akan mengsihtiharkan bahawa sistem e-voting ini selamat untuk dilaksanakan di peringkat PRU..

buktinya lihat saja di universiti, mahasiswa yang cerdik pandai sudah menerima bahawa sistem e-voting ini selamat dan menjimatkan masa selain kita mampu menjimatkan kos kertas undi..malah mesra alam

cerita-cerita tahyul bahlul wal tolol ini akan terus dicanangkan sekiranya UMNO-BN masih mengusai tampuk pemerintahan negara dan MAHASISWA TIDAK MENENTANG SISTEM E-VOTING..

e-voting ini hanyalah satu ilusi untuk mengatakan bahawa pengundian itu selamat kerana sesuatu yang berkaitan dengan sistem komputer ini tidak pernah selamat..penciptaan virus, hack, dan jenayah siber sentiasa berkembang dan bertambah maju selari dengan kemajuan sistem keselamatan komputer..

contoh paling mudah..ANTI-VIRUS dicipta setelah virus dan worm itu wujud atau sebelum virus itu wujud? kalau virus dan worm itu tidak wujud..kenapa kita perlu susah payah habiskan duit untuk membeli antivirus? kenapa perlu ada orang menjual anti virus? cuba kita kaji dan selidik..jangan malas untuk berfikir..

pendangan peribadi aku..aku hanya mampu mengucapkan bahawa SISTEM E-VOTING ini adalah salah satu cara paling mudah untuk memanipulasikan demokrasi..hari ini..demokrasi kampus hampir-hampir mati akibat tekanan dari pihak pentadbiran universiti yang sentiasa menyalahkan mahasiswa yang beraktivis memperjuangakan kebajikan mahasiswa dan rakyat umumnya ditambah pula dengan sistem pengundian  yang jelek..

solusinya…BOIKOT E-VOTING!!!..PERJUANGKAN HAK KITA UNTUK MENGURUSKAN PRK!

SELEPAS INI : STUDENT GOVERMENT MILIK MAHASISWA..KENAPA HEP PERLU CAMPUR TANGAN??

1 comment:

  1. Saya ada dengar Keputusan PRK UM kali ini memihak pada Pro-M. Jadi adakah saudara masih membantah dengan sistem E-voting di UM?? Minta pendapat ikhlas dari saudara.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...