Tuesday, September 28, 2010

UNIVERSITI melahirkan siapa ?

Apakah matlamat penubuhan universiti?
Adakah tercapai matlamat tersebut?
Atau hanya sekadar retorik?


Mari kita tengok visi,misi dan matlamat universiti yang telah ku pilih...







hampir keseluruhan universiti mempunyai matlamat yang sama iaitu ingin melahirkan mahasiswa yang bukan sahaja cemerlang dari segi akademik,malah kokurikulum, sahsiah dan penampilan diri, serta cara bergaul dengan masyarakat sekitar..persoalan yang timbul...adakah universiti berjaya melahirkan mahasiswa yang sedemikinan? atau sekadar tenaga kerja mahir untuk memenuhi permintaan dunia?


mari kita fikir sejenak............adakah kita mahasiswa?
apakah kemahiran yang kita mahukan selepas tamat belajar di universiti?


lupakan seketika soal wang.....................


macam mana kalau kita menggangur??...........


nak cari kt mana duit?? nak sara diri lagi...bayar hutang ptptn lg...........


SALAHKAN UNIVERSITI............


PELAJAR LA SALAH.....


KERAJAAN LAGI LA SALAH......


cukuplah salahkan mereka(kerajaan&universiti) apabila anda(pelajar) telah tamat belajar...itu adalah masalah anda..bukan masalah mereka..

bagi yang masih bergelar mahasiswa atau mahasitua...ini adalah masa untuk kita memperkembangkan soft skill supaya masalah yang dihadapi oleh mereka yang telah graduasi dapat kita atasi sebaik mungkin... jangan malu untuk bersosial ke arah kebaikan la..hehehe.cuba sertai pelbagai aktiviti yang dianjurkan oleh universiti dan badan-badan pelajar..

p/s : nasihat senior..tp aku x dgr sgt pn...


Apa yang aku ingin hasut hari ini adalah mengenai hak kita...dalam misi,visi universiti ada jelas memaparkan mereka ingin melahirkan siswazah yang berkepimpinan, mempunyai jati diri dan mempunyai semangat cinta akan negara..apa yang aku kesali..misi ini seolah-olah retorik semata-mata..kerana universiti dan kerajaan semacam tidak mahu melihat pelajarnya menjadi dewasa dalam memimpin....lihat sahaja kes UKM4...mengapa mahasiswa jurusan sains politik ini dikenakan tindakan tatatertib kerna menyalahi AUKU..disebabkan menunjukkan simpati terhadap parti politik..betulkah mereka menunjukkan simpati?

kalau mengikutkan jurusan(sains politik) yang diambil di universiti oleh mereka...saya merasakan berada di kawasan pilihan raya adalah hak mereka...jangan jadi terlalu dungu wahai pemimpin hipokrit..anda menjadi pemimpin politik dan masyarakat sekarang..semasa anda pelajar universiti dahulu, pernahkah anda turun ke kawasan pilihan raya untuk menilai sejauh mana keberkesanan SPR dan kempen parti politik? sebelum menilai orang....cermin dulu diri sendiri..jangan salahkan keempat-empat mahasiswa ini, kerana mereka ingin belajar..seperti penulisan sebelum ini..sudah jelas kerajaan tidak ingin mewujudkan mahasiswa yang dapat menilai tindakan mereka dan berfikir luar dari kotak kuliah...mahasiswa "yes sir" matlamat mereka..

tindakan ini jelas bercanggah dengan nilai-nilai teras Universiti Malaya iaitu KEBEBASAN AKADEMIK..sejauh mana kebebasan akademik yang dicanangkan oleh universiti? anda boleh tgk pada gmbar yang paling atas..antaranya ialah bertoleransi dengan pendapat atau aktiviti yang berbeza dengan pandangan peribadi..betulkah HEP betul2 bertoleransi..kalau ya, mengapa projek "syarahan STUDENT POWER" oleh fahmi reza diharamkan? atas beberapa alasan yang langsung pada aku tidak munasabah..video...aku merasakan hak kita telah dirampas..tidakkah anda fikir? dimanakah letaknya satu lagi teras dalam kebebasan akademik iaitu Menggalakkan aktiviti yang boleh menjana dan menyebarkan ilmu pengetahuan yang boleh memanfaatkan negara dan kemanusiaan...apa yang dibawa oleh Fahmi Reza dalam syarahan tersebut adalah mengenai sejarah kebangkitan mahasiswa pada zaman 1960-1970'an...jadi satu lagi teras dalam kebebasan akademik iaitu Menghargai semangat kebebasan untuk mendapatkan penjelasan; penggalakannya akan menjurus kepada perkembangan intelektual dan kesedaran; penghakisannya akan menjurus kepada salah panduan dan kemerosotan intelektual adalah satu retorik semata-mata..

anda mahasiswa, nilailah sebaiknya....

jadi...apakah matlamat penubuhan universiti sebenarnya? adakah disebabkan AUKU, visi,misi dan matlamat asal universiti terpaksa dilupakan? sama-sama kita fikir.....

2 comments:

  1. aku setuju dan apa yang kau luahkan di sini...aku sebagai rakyat Malaysia dan mahasiswa UNiSEL Bestari Jaya tertipu dengan sejarah Malaysia yang kerajaan Malaysia berikan kepada aku!

    ReplyDelete
  2. malaysia negara milik mereka yang berkuasa...bukan milik rakyat..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...