Monday, November 15, 2010

POLITIK KEPARTIAN SATU PENIPUAN

Nampaknya proses pendemokrasian PKR melalui satu ahli, satu undi hanya menjemput jembalang ke dalam parti tersebut..kalau dahulu ada sekelumit manusia yang mengadakan protes semasa pemilihan cabang berjalan, kini calon pula yang menarik diri..apa yang berlaku sebenarnya?

kalau dilihat secara kasar..memang parti ini amat bermasalah sekali disebabkan proses "demokrasi" ini..namun, kita harus sedar, bahawa memang terdapat segelintir manusia yang akan mengambil kesempatan atas proses pemilihan seperti ini, seperti yang berlaku kepada UMNO...politik wang dan salah guna kuasa adalah satu realiti yang x dapat kita lari bila bergelumang dalam parti politik..

kerana kuasa, manusia sanggup buat apa sahaja..kalau semasa pilihanraya, pakatan selalu mendakwa bahawa UMNO dan BN sentisa merasuah pengundi..apa kurangnya dalam proses pemilihan UMNO dan PKR sendiri? walaupun tidak ada pemberian wang secara jelas atau rasuah di dalam PKR, namun pengusaan Anwar didalam PKR berjaya menjejaskan pendemokrasian dalam PKR itu sendiri..

kerana apa? kerana Anwar telah tidak sengaja mempromosikan beberapa ketul calon yang sedang bertanding..apabila Anwar memberikan pandangan sedemikian, maka ia akan mengubah persepsi sesetengah pengundi terhadap calon tersebut.maknanya, Anwar telah menjatuhkan kredibiliti calon yang lain..dan ini amat mengusarkan calon lain..maka keluar la mamat2 PKR yang mengatakan Anwar pilih kasih..Anwar cuba memonopoli pemilihan PKR..Anwar patut berundur..dan mesej ini amat jelas disampaikan oleh ahli PKR sendiri..

ini cukup jelas bahawa dalam mana-mana pemilihan, walhal pilihanraya sekalipun, proses pendemokrasian yang benar2 bersih sukar untuk wujud..rakyat harus faham, bahawa calon yang mempunyai wang dan "kabel" sahaja yang mampu mendominasi undi dalam setiap pemilihan..jika satu calon itu hanya ke masjid dan terlalu tawaduk...maka dia akan kalah dalam pengundian walau ramai orang setuju bawa calon tersebut baik..kerana pengundi tidak hanya melihat kepada amal ibadat sahaja..masih banyak lagi faktor yang mempengaruhi pengundi..

oleh itu,kita harus faham bahawa perkara buruk dalam proses pendemokrasian pemilihan masih wujud apatah lagi bagi parti PKR yang buat pertama kali melakukan pemilihan seperti ini..malah, ini adalah langkah paling berani yang dilakukan Anwar untuk melestarikan demokrasi negara dengan mencuba di peringkat parti sendiri..ini perlu dipuji..tapi, rakyat masih belum faham, bahawa mereka yang mempunyai wang dan kuasa hanya mampu mengusai parti..malangnya Zaid ibrahim tidak mempunyai kuasa yang besar dibelakang seperti yang dimiliki Azmin Ali..

siapa kuasa dibelakang??????


kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...

4 comments:

  1. Adakah parti-parti politik ini benar-benar mengutamakan rakyat?? dalam polisi parti, jawapannya 'YA'..tapi dalam polisi individu, sukar utk menentukannya...nilai parti itu ada pada pencapaian dan pemimpinnya..

    ReplyDelete
  2. yup..setiap parti ada agenda tersendiri..memang di luarnya mereka bertopeng rakyat..tapi matlamat dalam hati mereka tidak kita tahu..kadang2 polisi parti mengutamakan rakyat..namun di peringkat sebenar..polisi tersebut lansung tidak wujud sebab pati politik ini ada niat sendiri...

    ReplyDelete
  3. ap bnda ni semua..................aq satu ap pun x amik thu psal dunia politik ni..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...